Trending


Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia | Hi semua! Sempena dengan Hari Pemakanan Sedunia (World Nutrition Day) pada 28 Mei setiap tahun, pihak Potatoes USA meraikan Hari Pemakanan Sedunia yang bertemakan “A World Of Flavours” (Aneka Cita Rasa) dengan menganjurkan pertandingan memasak di TCH Foodworks Culinary Workspace Petaling Jaya baru-baru ini. Seramai 20 personaliti berpengaruh di media sosial (blogger) telah menyertai cook-off challenge ini dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan kentang A.S. sebagai bahan utama.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Sebelum ini Kak Bell telah menyertai beberapa pertandingan memasak dan kali ini Kak Bell bergandingan dengan blogger Dik Bee untuk menyediakan resepi U.S. Potatoes Prosperity Wrap. Buat korang yang pernah guna potato US mesti tahu perbezaannya dengan kentang lain kan? Sebelum bercerita lebih lanjut tentang cook-off challenge berkenaan, jom Kak Bell cerita dahulu perihal tentang kentang A.S yang lazat, mudah disediakan dan paling penting berkhasiat.


Kentang A.S., sama ada yang segar atau sejuk beku, ialah ramuan serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai sajian seperti pembuka selera, sup, hidangan utama mahupun manisan. Di samping itu, kentang A.S. kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular lain.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji kentang A.S saiz sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, dan tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Kentang A.S merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.

Sebiji kentang A.S. sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia
Pakar runding diet Indra Balaratnam

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia
Tania Lee, pakar diet sukan

Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat Kentang A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.


“Kentang mengandungi 3 gram protein setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.

Di acara tersebut, pakar diet Indra Balaratnam mengesyorkan empat resipi yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan kentang A.S. – Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Indra menerangkan bahawa sajian-sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia
Mufin Kentang Russet A.S.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia
Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia
Kroket Feta & Parsli Kentang A.S.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia
Kentang A.S. Bakar ala TexMex

Recipe U.S. RUSSET POTATO MUFFINS
Description of the recipe: Vegetarian, Gluten-free
Recipe by: Indra Balaratnam, Consultant Dietitian
Prep Time: 20 minutes
Cook Time: 30 minutes
Ready Time: 50 minutes
Potato Type: US Russet
Serves: Makes 12 muffins
Prep Method: Boiling, Baking
Course: Snack, Appetizer


Bahan-bahan:
3 Kentang Russet AS bersaiz sederhana – kulit, rebus dan tumbuk
1 biji telur – dipukul sedikit
½ cawan lobak merah diparut sangat halus
1/4 cawan bawang besar dicincang halus
½ sudu teh serbuk bawang putih
½ cawan (50 gram) keju cheddar yang dicincang
Garam & lada hitam ditumbuk secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan ketuhar hingga 180ºC. Sapu periuk muffin tidak melekat dengan sedikit minyak zaitun
  2. Potong kentang US Russet yang telah dikupas menjadi kiub kecil dan rebus dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut apabila dicucuk dengan garpu. Toskan kentang dan tumbuk
  3. Masukkan telur yang telah dipukul, lobak merah parut halus, bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa
  4. Bakar muffin selama 30 minit sehingga perang keemasan dan garing di sekeliling tepi.
  5. Keluarkan kuali dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 10 minit sebelum perlahan-lahan mengeluarkannya dari kuali muffin.

TIPS!
Muffin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk beku. Untuk memanaskan semula, masukkan sahaja ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 40 saat.

Nutrition Information (per muffin):
Calories: 69
Protein: 3g
Fat: 2g (26% fat from total calories)
Carbohydrates: 10g
Fiber: 1g
Sodium: 55mg


Pertandingan Memasak Kentang A.S

Seramai 20 orang blogger telah menyerlahkan kebolehan memasak dan mencipta resipi masing-masing menggunakan Kentang A.S dalam cook-off challenge kali ini. Ternyata semua peserta berjaya memperlihatkan keserbagunaan, kepelbagaian cita rasa, kelazatan dan kesenangan menyediakan hasil masakan masing-masing. Terdapat 10 kumpulan dan Kak Bell berpasangan dengan blogger Dik Bee menyediakan U.S. Potatoes Prosperity Wrap untuk edisi pertandingan memasak kentang A.S ini.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Berikut senarai 10 team bersama dengan menu masing-masing :

1. Racheal + KitKat Nel = Gut-Friendly Miso U.S. Potato Salad
2. Miera Nadhirah + Faiz Rahim = Loaded Mashed US Potato
3. Rane + Jessie = Local meet Western - Kerabu US Potato
4. Ivy + Charmaine = US Potatoes Golden Ball
5. Dikbee + Bella = U.S. Potatoes Prosperity Wrap
6. Kelly + Wilson = U.S. Potatoes Satay
7. Wuikathy + Christy = U.S. Potato Poke Bowl
8. Min + Reef = Rendang Hijau US Potato
9. Sally + Amir = U.S Stuffed Baked Potatoes
10. Moka + Mawardi = Potato Waffle with Potato Smoothie

Masa memasak adalah selama 45 minit dan semua peserta bertungkus-lumus menyiapkan hidangan masing-masing. Yang penting team kami tak pernah cuba pun resepi ni, on the dot je buat semua. Kami berdua memilih resepi yang simple tetapi berkhasiat kerana semua bahan menggunakan sayur-sayuran dan tidak menggunakan bahan perasa tambahan yang berlebihan.

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia


Namanya pertandingan memang kelam kabut juga dibuatnya. Bila tengok hasil masakan team lain terus kecut dibuatnya sebab semuanya jaguh memasak! Kriteria pemarkahan pula adalah seperti berikut:

1. Overall Taste and flavour
2. Nutrition balance (nutricious components uses in your dish, how u make it heathily eg fried, baked or steam etc)
3. Presentation
4. Creativity

Selepas penilaian juri 3 team dengan resepi terbaik telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai. Walaupun kalah, Kak Bell tetap happy sebab dapat berjumpa semua peserta setelah lama tak berjumpa. Berikut adalah senarai pemenang pertandingan memasak Kentang A.S anjuran Potatoes USA sempena World Nutrition Day 2022 kali ini. Tahniah kepada pemenang dan juga semua peserta!

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan Sedunia

Juara: MoKA + Mawardi = Potato Waffle with Potato Smoothie
Naib Juara: Kelly + Wilson = U.S. Potatoes Satay
Tempat ke-3: Wuikathy + Christy = U.S. Potato Poke Bowl

Bagi korang yang belum pernah cuba U.S Potato, bolehlah cuba mana-mana resepi kentang U.S. sebab rasa dia memang berbeza. Kalau nak tahu kulit pun boleh makan ya dan kaya dengan fiber. Kalau malas buat resepi susah, korang cucuk kentang pakai garpu di beberapa bahagian kemudian bakar dalam oven atau air fryer. Siap!

Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik, kunjungi laman US Potato Goodness atau Facebook: @My Potatoes USA

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post