Trending


Panduan Tukar NCD Kereta Dengan Mudah

Panduan Tukar NCD Kereta Dengan Mudah | Anda tahu tak? Jika anda tak pernah mengalami apa-apa kemalangan atau tidak membuat sebarang tuntutan dari perlindungan motor anda, pengendali takaful selalunya akan memberikan anda sebuah ‘No-Claim Discount’ atau NCD kereta. NCD ini boleh ditukar dari kenderaan yang lama kepada kenderaan yang baru. Nak tahu macam mana? Teruskan membaca untuk panduan tukar NCD kereta dengan mudah.


1) Sediakan Dokumen & Duit
Untuk transfer NCD kereta dari kenderaan yang lama ke yang baru, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting terlebih dahulu. Dokumen yang anda perlu sediakan adalah salinan kad pengenalan anda dan juga maklumat bank.

“Mengapa perlu bawa duit?” Jangan risau, duit ini hanya digunakan jika anda ada baki premium yang perlu dibayar terus sebelum menukar NCD anda.

2) Pergi Ke Cawangan
Seterusnya, anda perlu pergi ke cawangan pengendali perlindungan anda seperti pejabat insurans atau takaful. Langkah ini adalah untuk menyelesaikan proses penyerahan dokumen dan mengesahkan identiti anda.


3) Isi Borang Pemindahan NCD
Isi dan tandatangan borang-borang yang disediakan. Salinan surat akan diberikan apabila proses pemindahan selesai. Borang ini diperlukan sekiranya insurans kereta lama anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh.

4) Selesaikan Baki Premium
Jika insurans anda masih belum tamat tempoh, anda mungkin perlu menjelaskan baki sedia ada sebelum boleh memindahkan NCD ke kereta baru. Jumlah yang perlu dibayar bergantung pada tempoh polisi yang masih sah.

Panduan Tukar NCD Kereta Dengan Mudah


5) Berikan Cover Note (Bagi Insurans Yang Tamat Tempoh)
Bila anda nak tukar NCD kepada kereta baru, anda hanya perlu berikan nombor cover note perlindungan kereta lama. Jangan lupa untuk menyimpan salinan insurans kereta lama yang mempunyai kadar NCD yang tinggi.

6) Semak NCD Kereta Anda
Bila dah selesai semuanya, anda boleh semak NCD kenderaan baru dalam talian. Pastikan info dan butiran telah dikemaskini dengan betul. Jika ada apa-apa yang tak kena, hubungi pengendali insurans atau takaful anda.


Mudah sahaja nak tukar NCD kereta sebenarnya. Dapatkan perlindungan kereta untuk kenderaan baru sebelum anda memandu di atas jalan raya. Takaful Ikhlas menawarkan pelbagai pelan takaful motor yang fleksibel serta proses pemindahan NCD kereta yang mudah dan lancar. Ketahui lebih lanjut di https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post