Trending


Pengalaman Beli Kereta Terpakai, Prefer Kereta Baru Atau Second Hand?

Pengalaman Beli Kereta Terpakai, Prefer Kereta Baru Atau Second Hand? | Bila hendak membeli kereta, kita perlu faham ianya adalah kehendak atau pun keperluan. Buat anda yang pertama kali hendak membeli kereta mesti ada terfikir samaada nak beli kereta baru atau kereta terpakai. Sekarang ni kereta recond pun tengah popular. Macam Kak Bell sendiri beli kereta terpakai aja sebab tak mampu nak beli kereta baru. Pejam celik rupanya lagi 3 bulan dah nak habis bayar. Alhamdulillah pembayaran cantik tanpa ada tunggakan bulanan.

Pengalaman Beli Kereta Terpakai, Prefer Kereta Baru Atau Second Hand?

Beli kereta baru atau kereta terpakai adalah pilihan masing-masing. Tapi paling penting, kena pastikan saja harga kereta berpadanan dengan gaji kita. Kebanyakkannya pasti akan lebih memilih kereta baharu sebab beli kereta baru senang sebab semua benda baru. Ada pula yang kata, lagi berbaloi beli kereta terpakai saja. Harga murah, kualiti sama macam kereta baharu asalkan pandai cari. Kalau dapat kereta second hand yang tip top memang rezekilah namanya.

Beli kereta baru atau kereta terpakai? Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pasaran kenderaan terpakai juga ada banyak pilihan, sebab boleh cari model kenderaan yang dah tidak disambung jualannya atau model lama. Kak Bell sekarang pakai Honda Jazz lama (model tahun 2005) hampir 9 tahun dan masih dalam keadaan baik dan boleh berkhidmat untuk ke sana ke sini. Paling sadis kereta pernah overhaul sebab ada kebocoran tangki minyak hitam, terduduk jugak dibuatnya. Masa awal beli tu memang tak ada masalah kemudian adalah masalah muncul. Maklumlah Kak Bell ni tak pandai bab kereta, masa dealer (kawan kepada kawan) cakap semua ok, kita ni percaya ajalah.


Permintaan untuk kereta terpakai sebenarnya melonjak 8% pada suku pertama 2022 dan harga juga meningkat kira-kira 5% untuk kereta kurang daripada lima tahun penggunaan menurut Dato Datuk Tony Khor, Presiden Federation of Motor and Credit Companies Association of Malaysia. Dari apa yang Kak Bell baca dari laporan The Star, nampak bahawa kereta terpakai masih berbaloi untuk dibeli.

Kebaikkan Beli Kereta Terpakai
Dengan pembelian kereta terpakai, korang tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan kenderaan terus sebab stoknya tersedia. Anda hanya perlu sediakan dokumen, tandatangan beberapa borang dan jika ingin ambil pinjaman dan tunggu kelulusan bank. Jika buat pembelian tunai, boleh bawa balik kenderaan tersebut terus.

Keburukkan Beli Kereta Terpakai
Tetapi ada juga kekurangan pembelian kereta terpakai. Kadar faedah tinggi, ada kos selenggara dan juga masalah tersembunyi yang menyebabkan kos beli kereta terpakai menjadi tinggi. Jika ambil pinjaman, perlu meletakkan bayaran muka yang tinggi sebab tiada pinjaman penuh dan kadar faedahnya juga tinggi. Bergantung kepada tempoh pinjaman, kereta second hand bayar bulanannya mungkin lebih daripada harga untuk sebuah kereta baru dalam jangka panjang.

Terdapat juga risiko beli kereta yang rosak atau pernah mengalami kemalangan yang teruk jika kita tidak dapat menilai sepenuhnya keadaan kereta terbabit. Melainkan korang bawa bersama mekanik atau orang yang arif pasal kereta untuk periksa sebelum beli kereta terpakai. Membeli kereta yang bermasalah akan membebankan dan menghabiskan masa dan wang yang banyak.


Tip Membeli Kereta Terpakai

Berikut ni adalah beberapi tip membeli kereta terpakai. Hope boleh dijadikan panduan asas. Lebih baik, Kak Bell cadangkan bawa seseorang yang pandai bab kereta untuk elak ditipu semasa beli kereta terpakai.

Pengalaman Beli Kereta Terpakai, Prefer Kereta Baru Atau Second Hand?

1) Kenalpasti Bajet Bayaran Bulanan
Menetapkan bajet yang bersesuaian dengan kemampuan anda adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan dalam membeli kereta terpakai. Kenalah buat kira-kira apa-apa kos yang terlibat sebelum atau selepas membeli kereta seperti mengira pinjaman bulanan kereta, pajakan, rebat, operational costs dan personal finance. Tak kiralah beli kereta baru, terpakai atau trade-in korang mesti kira dahulu ya! 

Kereta Kak Bell tu sebenarnya mahal juga bayaran bulanannya dalam RM732. Tak boleh nak menyesal sebab dah nak habis bayar. Yang penting korang perlu tetapkan bajet bergantung kepada keadaan komitmen anda pada setiap bulan.


2) Had Tahun Pengeluaran 5 Tahun Ke Bawah
Salah satu sebab ramai membeli kereta terpakai adalah kerana harganya yang murah berbanding kereta baru. Untuk mengelakkan beban atau masalah lain di kemudian hari, pilih kereta dengan meletakkan had tahun pengeluaran 5 tahun ke bawah.

Kereta terpakai juga lebih susah untuk diinsurankan, terutama yang berusia lebih 10 tahun kerana tidak dapat manfaat dan perlindungan insuran first-party. Walaupun ada yang masih dalam keadaan baik untuk kereta lebih dari 5 tahun, better elakkan risiko ni.

3) Semak Mileage
Salah satu panduan dalam membeli kereta terpakai adalah dengan menyemak mileage kereta. Biasanya kalau semakin tinggi jumlah mileage sesebuah kereta, nilai jualan kereta terpakai semakin rendah. Pastikan anda memilih kereta dengan mileage yang rendah atau pun sederhana. Kena hati-hati juga takut pihak penjual kereta terpakai ubahsuai odometer atau jarak perbatuan (mileage).


4) Semak Luaran Dan Dalaman Kereta
Sebelum membeli korang perlu tengok luaran dan dalaman kereta. Pastikan badan kereta ok dan juga pastikan dalaman kereta juga berada pada tahap yang baik. Ciri dalaman kereta yang penting seperti aircond, power window, tombol signal, wiper, lampu hazard, lampu panel, lampu kabin, sistem kunci dan juga sistem audio. Kalau ada ciri elektronik perlu semak dengan lebih teliti.

5) Periksa Enjin Kereta
Kereta yang mahal tiada gunannya jika enjin tidak berada dalam keadaan yang baik. Sebab itulah anda perlu memeriksa enjin kereta terpakai yang anda ingin beli. Berikut adalah panduan semak enjin kereta terpakai:
  • Maklumat pada geran dan kereta sama
  • Semak nombor chasis dan juga nombor enjin sama pada geran


6) Pandu Uji Kereta Terpakai
Sebelum teruskan pembelian, korang ada hak untuk membuat pandu uji terhadap kereta second hand yang di pilih supaya lebih keyakinan untuk membeli kereta terpakai tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga masalah yang tak boleh dikesan terus ketika pandu uji atau pemeriksaan ringkas.

Masa beli kalau tak check kereta dan alatan dalaman haus, rosak dan perlu diganti, pembeli tidak mempunyai jaminan pengeluar sekiranya tempoh berkenaan sudah luput. Nasib baiklah kereta second-hand Kak Bell beli tak banyak masalah. Kena redha ajelah kalau ada rosak sikit sana sini. Selebihnya perlu tanggung sendiri kosnya, jika ada kerosakan.

Tak sabar sangat tunggu habis bayar lagi beberapa bulan. Bila beli kereta ni, bukan pakai air, kena juga fikir bajet bulanan untuk mengisi minyak kereta. Ada juga yang kata jangan beli kereta showroom. Entahlah walau apa kenalah buat research dan pastikan semua ok sebelum membuat keputusan. Korang punya hak membeli kereta terpakai atau sebaliknya. Jangan dek kerana nak bergaya habis tergadai semuanya.

Selamat membeli kereta dan jangan bawa kereta melebihi had laju. Kalau main game kereta bolehlah drive laju-laju. Hehe.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post