Raffa Affa Rakam Ulang Lagu Tiara Dato M. Nasir - Raffa Affa Tiara - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Raffa Affa Rakam Ulang Lagu Tiara Dato M. Nasir - Raffa Affa Tiara

Trending

Raffa Affa Rakam Ulang Lagu Tiara Dato M. Nasir - Raffa Affa Tiara

Raffa Affa Rakam Ulang Lagu Tiara Dato M. Nasir - Raffa Affa Tiara | Tiara lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dato M.Nasir, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris, menjadi single terkini Raffa Affar, setelah lagu hitnya Cinta Sampai Mati. Raffa Affar, pemuda dari Jawa Barat Indonesia, adalah satu nama popular dalam media sosial dengan hampir 4 juta pengikut di aplikasi Tik Tok, merakam ulang (cover) lagu Tiara yang pernah menjadi siulan pada tahun 90-an.

Raffa Affa Rakam Ulang Lagu Tiara Dato M. Nasir
Raffa Affa Tiara

Apabila ditanya kenapa memilih Tiara daripada beribu lagu malar segar daripada negara jiran Malaysia, Raffa menjawab lagu tersebut dekat dalam hati nya dan beliau rasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini.

Lagu Tiara yang dahulunya adalah lagu ‘slow rock, telah dibawakan oleh Raffa dengan cara dan gayanya sendiri. Selain lagu singlenya Cinta Sampai Mati viral di TikTok, Raffa terkenal juga dengan suaranya yang unik dan wajah mudanya yang kacak.


Aidilhayat Omar, Pengarah Urusan Hayat Kreatif Studio berkata, “Kini memang menjadi satu trend lagu-lagu Malaysia dirakam ulang oleh penyanyi-penyanyi Indonesia. Rupanya tanpa disedari, pengaruh lagu-lagu malar segar daripada pencipta-pencipta negara ini, telah pergi jauh sehingga ke negeri-negeri seberang.

Hayat Kreatif Studio yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan promosi untuk lagu nyanyian Raffa di Malaysia, yakin pemilihan lagu Tiara adalah tepat. Jumlah tontonan di saluran youtube Raffa mencecah 300,000 setiap hari. Setelah Raffa, ramai yang sudah mula rakam ulang lagu “Tiara” di Indonesia.


Aidilhayat berterima kasih kepada Dato M.Nasir dan Luncai Emas Sdn Bhd akan kebenaran yang diberikan untuk rakam ulang Tiara. Proses perlesenan hakcipta telah dipermudahkan oleh pihak Luncai Emas Sdn Bhd. Dengan kolaborasi ini, Hayat Kreatif Studio juga berharap trend merakam ulang lagu-lagu malar segar popular seperti Tiara ini akan berterusan kerana ianya dapat memperkenalkan kembali lagu-lagu lama kepada generasi muda hari ini.


Single Tiara ini merupakan single kedua hasil kolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertainment. Manakala, hakcipta lagu ini adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd. Kini, lagu Tiara oleh Raffa Affar boleh didapati di semua pelantar streaming dan video muziknya telah pun di muat naik di saluran Youtube Hayat Kreatif Studio untuk tontonan ramai.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post