Trending


Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara | Hi semua! Negara kita Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan dari berbilang bangsa dan negara. Banyak menu kita ada influence dari masakan dari negara Asia Tengah seperti India, Arab dan sebagainya. Kali ini Kak Bell nak berkongsi tentang pengalaman pertama kali mencuba Authentic Pakistani Street Food di Najia's Pakistani Tawa & Grill. Korang dah pernah cuba makan di Pakistani restaurant? Apa hidangan menarik yang boleh korang cuba di sini? Jom baca lebih lanjut.

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara

Jika ke kedai mamak, menu hidangan seperti kari atau roti naan Arab memang dah menjadi kebiasaan. Tak pernah terlintas pula hendak mencuba menu dari negara Pakistan. Memang tak sangka ada restoren makanan Pakistan di Malaysia (restoran Pakistan KL). Masakan Pakistan boleh dicirikan oleh gabungan berbagai tradisi memasak serantau di benua kecil India, Asia Tengah serta unsur-unsur dari warisan Mughalnya. Ada pelbagai masakan berasal dari kepelbagaian etnik dan budaya Pakistan menjadikan menu mereka pelbagai dan kaya rasa.


Makanan Asli Pelbagai Wilayah Dan Pakistani Street Food Di Restoren Najia's Pakistani Tawa & Grill
Restoren Najia's Pakistani Tawa & Grill ini terletak di Solaris Mont Kiara, berdepan dengan pasaraya Mercanto Hartamas. Restoren ini telah beroperasi lebih dari 5 tahun dan menyediakan Pakistani Provincial Food Specialties dan juga Authentic Pakistani Street Food. Senang cakap, menu yang disediakan adalah menu authentic, makanan asli Pakistan.

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara


Restoren Najia's Tawa and Grill mempunyai dekorasi dinding berwarna-warni termasuklah hiasan kedai dengan suntikan elemen Pakistan. Ada poster-poster filem lama Pakistan dan paling menarik ada lukisan moral tokoh-tokoh terkenal negara Pakistan yang dikenali sebagai sebuah negara Islam. Masuk sahaja kedai, korang akan disajikan dengan alunan lagu yang menambahkan lagi vibes Pakistan!

Dimiliki oleh Puan Najia, warga Pakistan yang telah lama menetap di Kuala Lumpur beliau berhasrat membawa dan memperkenalkan rasa sebenar masakan asli Pakistan buat rakyat Malaysia lebih mengenali Pakistan cuisine. Untuk pengetahuan korang, semua rempah dan bahan disediakan sendiri oleh Puan Najia dan pekerjanya. Bukan kerja yang mudah sebab rempahnya banayk dan perlu disediakan dalam kuantiti banyak untuk menghasilkan makanan Pakistan yang cukup rasanya.

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Sindhi Chicken Biryani, Mutton Qorma

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Peshaawari Baigan (terung), Tawa Keema


Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Plain Naan dan Lahori Paratha

Najias Pakistan Tawa & Grill menu memang banyak. Diantara menu yang Kak Bell dah cuba ialah Tawa Keema, Mutton Qorma, Sindhi Chicken Biryani, Peshaawari Baigan, Garlic Butter Naan, Plain Naan dan Lahori Paratha. Untuk pilihan air, sis cuba Mint Lemonade, Watermelon Juice dan Sweet Lassee.

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Garlic Butter Naan

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Dhaaga Kabab, Masala Fries

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Mint Lemonade, Sweet Lassee, Watermelon Juice

Makanan dari negara Pakistan memang banyak dan masing-masing mempunyai nama dan rasa yang berbeza bergantung kepada wilayah atau tempat masakan tersebuat berasal. Kalau korang nak tahu masakan Cina Pakistan pun ada di sana dan rasa menunya lebih kurang sama seperti hidangan restoren Amber Chinese Muslim di sini.


Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill
Sebenarnya ini adalah kali pertama Kak Bell mencuba Pakistani food. Kalau menu masakan Arab, Istanbul atau India memang dah biasa sangat. Memang ada persamaan tetapi sangat berbeza dari segi rasa. Rasa makanan asli Pakistan ada lebih rasa rempah, terasa spices dan herbs dalam masakan. Kak Bell suka dengan rasanya sebab memang suka makanan yang rich flavour.

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Pakistani Cuisine

Kalau nak buat pilihan dari menu yang dicuba, terus terang Kak Bell suka ke semuanya. Kak Bell cuba tiga jenis roti termasuk roti naan dan rasanya memang sangat berbeza dan gebu dari yang pernah Kak Bell try di kedai mamak. Kemudian korang boleh makan roti naan ni dengan semua jenis menu seperti Tawa Keema, Mutton Qorma, atau Peshaawari Baigan.

Special untuk korang, Kak Bell sempat pergi tengok sendiri macam mana Bangladeshi crew kat sana buat Garlic Butter Naan. Punyalah panas dapur roti naan tu, merah menyala apinya! Satu lagi tak perlu risau sebab restoren ni Halal dan pekerjanya juga Muslim.

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara
Cara masak roti naan


Tawa Keema ni dibuat dari daging samada ayam, lembu atau kambing. Untuk Mutton Qorma tu sebenarnya masak kurma macam kat sini tapi rupa paras dia nampak macam rendang. Peshaawari Baigan tu pula sebenarnya masakan terung. Kak Bell kurang sikit dengan terung kecuali betul-betul masak lembik atau buat sambal baru Kak Bell makan. Tapi bila dah cuba Peshaawari Baigan Najia's Pakistani Tawa & Grill memang terus jatuh hati. Sedap sangat!

Untuk menu utama, Kak Bell cuba Sindhi Chicken Biryani. Ada banyak jenis biryani kat sini dan pasti semuanya penuh rasa dan aroma. Untuk portian hidangan kat sini besar dan banyak, memang boleh makan untuk 2-3 orang. Satu lagi Kak Bell nak recommend, jangan lupa cuba Masala Fries di sini. Rempah masala dia memang power dan makan fries aje pun dah boleh kenyang tau!

Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara

Secara peribadi, jujur Kak Bell suka dengan semua menu di Najia's Pakistani Tawa & Grill, best Pakistani restaurant in KL! Memang tak rugi korang datang cuba dan sangat berbaloi dengan harganya. Memang tak mengecewakan. Mana yang tengah cari Pakistani Biryani restaurant atau nak try menu Pakistani cuisine restaurant, Kak Bell suggest korang datang sini. Kak Bell bagi 5 bintang!

NAJIA'S PAKISTANI TAWA & GRILL
6, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara, 
50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am to 10pm), Isnin Tutup
Telefon: 03-62061236
Menu dan Delivery/ Pickup
Instagram: @najiaspakistan

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post