Trending


Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar | Penggunaan daun herba seperti daun sup, daun ketumbar atau daun seleri dalam masakan adalah suatu kemestian sebagai penyedap rasa dan penambah aroma. Jika buat sup, tomyam atau spageti, mesti nak kena tabur daun herba ni sebagai penambah rasa dan penyeri warna. Barulah masakan jadi lebih sedap.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Bagi yang jarang memasak kadangkala mesti keliru nak membezakan ketiga-tiga jenis bahan ini dalam masakan. Mesti juga antara korang yang pernah alami pengalaman nak beli daun sup, tapi terbeli daun ketumbar. Kemudian keliru pulak nak beli daun ketumbar terbeli daun Parsli.

Masa memula nak belajar masak, Kak Bell pun nampak sama aje pokok ni. Cuma memang notis ada perbezaan terutama baunya. Dah tambah pulak semua daun herba ni lebih kurang sama aja kan. Kalau diikutkan daun sup, daun ketumbar dan daun seleri ni memang nampak sama macam adik-beradik. Sekali pandang memang tak perasan langsung apa beza antara kedua-duanya.


Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Jadi Kak Bell akan kongsikan perbezaan daun sup vs daun ketumbar dan juga sedikit info tentang daun parsley. Nanti korang mesti dah boleh tahu apa beza daun parsley vs daun ketumbar atau daun sup vs daun ketumbar. Dah macam tournament pulak ya versus situ sana sini.

1. Nama/Label Di Pasaraya
Sebenarnya ada beberapa nama lain bagi kedua-dua daun ini yang biasa digunakan pada labelnya.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Daun Sup in English: Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery (Petroselinum crispum)

Daun Ketumbar in English: Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro (Coriandrum sativum)


2. Beza Akar
Kebiasaannya daun sup dan daun ketumbar ni dijual sekali dengan akarnya. Jadi lebih mudah nak membezakan antara keduanya. Cara yang paling mudah untuk kita kenal perbezaan kedua-dua daun ni adalah melalui akar.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut dan banyak.

Daun Ketumbar : Daun ketumbar akarnya bersaiz lebih besar (satu akar yang besar di tengah) dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.

3. Beza Batang & Daun
Kalau bahagian akar telah dibuang/dah dipotong, kita boleh tengok juga pada struktur daun dan batangnya. Walaupun gak susah nak bezakan, tetapi masih ada perbezaan antara keduanya.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Daun Sup : Mempunyai batang yang lebih panjang dan gemuk jika dibandingkan dengan batang daun ketumbar.
Daun Ketumbar : Mempunyai batang yang lebih pendek dan kurus jika dibandingkan dengan batang daun sup.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Daun Ketumbar : Mempunyai daun yang lebih kecil dan warna hijaunya lebih muda berbanding daun sup. 
Daun Sup : Daun sup pula lebih besar dan warna hijaunya lebih jelas berbanding daun ketumbar.


4. Perbezaan Bau
Cara paling mudah nak kenal mana daun sup dan daun ketumbar adalah dari segi bau atau aromanya.

Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild atau baunya lebih lembut.

Daun Ketumbar : Daun ketumbur mempunyai bau yang agak tajam dan seolah-olah bau serangga. Sesetengah orang tidak berapa suka dengan bau ni tetapi aromanya masih berbau segar sitrus.

5. Kegunaan Dalam Masakan
Dari segi kegunaan, biasanya daun sup lebih universal dalam masakan Melayu. Daun ketumbar ni tak berapa ramai yang pakai kecuali untuk masak beberapa jenis masakan tertentu, terutamanya tomyam. Daun ketumbar juga biasanya digunakan dalam masakan Thai atau India.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.

Daun Ketumbar : Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.


6. Perbezaan Rasa
Coriander has a stronger flavor than parsley. A significant point when deciding between coriander and parsley is their flavor. While parsley has a herb-like flavor that may feel fresh and minty, coriander is a different story. Coriander (or cilantro) has a much stronger flavor, reminding you of herby lemongrass. Some folks claim it tastes like soap or detergent, so that may give you an inkling.

Daun Sup : Rasa daun sup tidak terlalu pahit.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar lebih kuat dan menyengat

Kedua-dua daun sup dan daun ketumbar memiliki khasiat tersendiri, jadi tak salah pun kalau kita menggunakan yang mana-mana daun dalam masakan, asalkan kena dengan tekak masing-masing.

Petua/Cara Simpan Daun Ketumbar/Daun Sup/Daun Pasli

Daun ketumbar tidak tahan lama jika salah cara simpan, daunnya akan jadi layu dan berubah warna. Kak Bell juga ada nampak ada perkongsian Petua Simpan Daun Ketumbar Supaya Kekal Segar & Hijau Selepas Sebulan. Kadangkala sayang sebab nak pakai sikit je tetapi kena beli banyak kalau di kedai atau pasar.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar
Sumber: RasaMY
  • Pilih daun yang segar jangan basuh dan perlu simpan kering
  • Masukkan dalam bekas kering dan kedap udara
  • Check semula selepas 4 hari dan buang daun yang berubah warna/kuning/rosak
  • Boleh guna kaedah ini untuk ‘frozen’

Cara Simpan Yang Salah
  • Jangan rendam akar dan masuk dalam bekas yang sama
  • Ianya tidak tahan lama sebab akar cepat reput dan busuk
  • Simpan biasa dalam freezer
  • Simpan dalam beg ziplock

Untuk kaedah ‘frozen’, korang boleh guna cara ini untuk pokok herba-herba lain seperti daun kesum, daun limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya. Basuh bersih daun, buang sisa pasir dan tunggu kering. Kemudian simpan dalam bekas/container seperti bekas dadih atau bekas kecil. Tuang air sampai menutupi daun-daun tadi dan frozenkan di bahagian ais.


Beza Daun Saderi Dan Daun Sup

Daun Saderi atau daun celery ni dikenali sebagai 'aromatic vegetables'. Selalu digunakan sebagai asas masakan sup, stew dan lain-lain. Berikuat adalah beberpa cara nak beza daun saderi dan daun sup.

Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

BENTUK DAUN
Daun sederi, bentuk daunnya lebih tajam, lebar dan warna hijaunya lebih tua. Mempunyai batang lebih besar dan bulat sedikit. Daun Parsli, hampir sama dengan seleri tajam dan hijau gelap tetapi ia lebih halus dan, kerinting dan batangnya sedikit melengkung. Berbanding daun seleri dan parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan, bentuk daunnya lebih bulat dan warna hijaunya lebih cerah. Saiznya lebih kecil dan aromanya lebih kuat berbanding daun seleri dan parsli.

RASA
Soal rasa, daun sederi lebih lembut baunyadan disukai ramai, tekstur batangnya juga rangup. Daun parsli hampir sama dengan daun sup tetapi lebih runcing. Sementara daun ketumbar lebih kuat bau ,hal ini menyebabkan ramai orang tidak menyukai baunya.


KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun sederi sesuai dengan sifatnya lebih lembut baunya, sebab itu ia lebih banyak digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti sup dan tumisan. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam. Sementara daun parsli lebih banyak digunakan sebagai garnish atau topping dalam kebanyakan masakan barat dan italian cuisine seperti pizza, spageti dan lasagna. Sementara daun ketumbar yang mempunyai aroma unik dan kuat baunya ini banyak digunakan sebagai penyedap makanan seperti kari dan tomyam.

Pokok herba atau sayuran macam ni tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Sangat mudah rosak, jadi lembik dan busuk. Biasanya memang lebihan daun sup dan ketumbar tu akan dibiarkan aje sebab bukan setiap hari kita akan pakai daun ni. Nanti nak pakai, terpaksa beli baru lagi dengan kuantiti banyak. Hope perkongsian ni sedikit sebanyak boleh bantu untuk bezakan beberapa tumbuhan herba ni.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post