Trending


Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning?

Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning? | Di zaman serba moden ini banyak barangan baru boleh terhasil melalui kemajuan teknologi yang dicapai. Seperti emas, kini didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling, not, syiling wafer dan yang paling mendapat permintaan tertinggi adalah barangan kemas emas. Seiring peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis rekaan yang ditawarkan di pasaran untuk menepati citarasa pencinta emas. Malahan, warna emas yang berada di pasaran kini bukan hanya warna kuning tetapi turut datang dalam pelbagai warna. Namun persoalannya di sini, apakah warna emas lain mempunyai nilai yang sama seperti emas berwarna kuning? Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui jenis emas di Malaysia.

Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning?
Antara barangan yang berasaskan emas yang ditawarkan di HABIB

Jenis-Jenis Emas Dan Kegunaannya

Terdapat pelbagai jenis mutu emas yang terdapat di pasaran yang anda boleh melabur dalam emas di mana ia berfungsi sebagai penyimpan nilai untuk jangka masa panjang. Untuk makluman anda, HABIB menawarkan pelbagai jenis mutu emas dalam beberapa bentuk yang boleh dibuat sebagai pelaburan. Antaranya, emas 999 (24K), emas 916 (22K), emas 750 (18K) dan emas 375 (9K). Kesemua jenis-jenis emas ini mempunyai kelebihan, ciri yang berbeza dan kegunaannya.

Sesebuah barangan kemas itu dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang digunakan. Di pasaran, berikut adalah jenis-jenis emas yang sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai rekaan barangan kemas.


  • Emas 999 (24K) - Mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan selalunya digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. Terdapat beberapa juga rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya adalah sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa ini perlu penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak dan kemek. Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K).

  • Emas 916 (22K) - Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas emas kerana ianya lebih padu berbanding emas 999. Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 91.6% dan ditambah aloi bagi menguatkan struktur rekaan jenis emas 916 (jenis emas padu)ini. Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K) dan amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

  • Emas 750 (18K) - Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah buat yang teristimewa. Jenis emas 750 ini mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya. Dikenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K).

  • Emas 585 (14K) - Jenis emas 585 ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakkan digunakan dalam rekaan barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.

  • Emas 375 (9K) - Jenis emas 375 ini adalah yang mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Ianya juga turut dikenali sebagai emas suasa yang menjadi popular dalam pembuatan cincin lelaki. Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K).


Jenis Dan Kualiti Emas Standard Di Malaysia
Mutu 999 – 24Karat
Mutu 950 – 23Karat
Mutu 916 – 22Karat
Mutu 875 – 21Karat
Mutu 835 – 20Karat
Mutu 750 – 18Karat
Mutu 585 – 14Karat
Mutu 375 – 9Karat

Cara Menukarkan Warna Asal Emas

Persoalan yang sering bermain di fikiran ramai adalah apakah benar warna emas selain warna kuning di pasaran bernilai dan boleh dijual semula? Jawapannya adalah YA. Hal ini demikian kerana nilai emas tidak dipengaruhi oleh warna tetapi kandungan emas. Terdapat tiga cara untuk menukarkan warna asal emas iaitu kuning kepada warna-warna lain iaitu:

1. Campuran Aloi
Sifat emas semulajadi yang lembut memerlukan emas dicampur dengan dengan bendasing atau dipanggil aloi untuk menguatkan struktur emas. Selain itu, aloi seperti perak, platinum, tembaga (copper) dan aluminum juga ditambah untuk menghasilkan warna emas selain warna kuning iaitu emas putih serta merah jambu. Warna emas yang terhasil tidak akan kembali kepada warna emas asal meskipun sudah dipakai dalam jangka masa yang lama. Sekiranya warna tidak lagi berseri dan menyerlah, hanya perlu melalui proses kilatan dan cucian sahaja

Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning?
Gelang tangan rekaan dari Oro Italia 916 yang menggunakan campuran aloi menghasilkan warna emas putih dan merah jambu


2. Teknik Elektroplating
Secara ringkasnya, teknik ini lakukan dengan menambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik. Kebiasaannya warna emas yang terhasil adalah lebih terhad kepada warna emas putih dan merah jambu. Lapisan ini akan pudar dan kembali kepada warna asal emas iaitu kuning pada jangka masa yang lama. Untuk memulihkan barangan kemas kepada rekaan asal, teknik ini perlu dilakukan semula dan menjadikan ianya kelihatan seperti baru.

Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning?
Rekaan cincin yang menggunakan teknik elektroplating yang ditawarkan HABIB

3. Melalui kemasan (finishing) yang dinamakan Cataphoresis Lacquer
Kemasan jenis ini digunakan untuk mengubah warna emas kepada warna selain kuning tanpa mengubah berat sesuatu barangan emas itu. Warna yang dihasilkan tidak terhad kepada warna emas putih dan merah jambu tetapi turut boleh menghasilkan warna-warna lain seperti merah, ungu, hijau, biru dan lain-lain. Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul. Kemasan seperti ini boleh dijumpai pada koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan hanya di HABIB dalam pelbagai rekaan.

Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning?
Gelang tangan rekaan dari Oro Italia 916 yang menggunakan kemasan Cataphoresis Lacquer


Bagaimana Dengan Emas Putih?
Emas putih adalah aloi emas dan beberapa logam putih seperti perak, nikel atau palladium. Warna putih dicapai dengan pilihan yang berhati-hati dari logam mengaloi, yang memancarkan kuning emas murni yang dalam. Jumlah aloi yang dicampur dengan emas dipanggil karatnya. Kunci untuk memahami karat emas adalah nilai karat lebih dari 24. Contohnya ialah cincin perkahwinan emas 14 karat. Ia adalah 14/24, yang sama dengan 58.3% emas dan 41.7% aloi. Warna putih dicapai dengan pilihan yang berhati-hati dari logam mengaloi, yang memancarkan kuning emas tulen.

Untuk info, ketulenan emas ialah sama dengan emas versi negeri lain. Tiada istilah emas Kelantan karat tak cukup. Harga Emas Kelantan murah kerana saingan penjual emas tinggi dan kos operasinya juga rendah. Berat emas Kelantan diukur dalam unit 1 rial berat bersamaan dengan 2.72 gram.


Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya hendak membeli emas yang berwarna selain daripada warna kuning. Setiap barangan emas masih mempunyai nilai untuk dijual semula mengikut harga pasaran dunia. Buat orang ramai yang ingin menukarkan barangan kemas lama kepada yang baru, sepanjang Pesta Emas yang sedang berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang bulan ini. HABIB menawarkan harga yang kompetitif dan terdapat pelbagai rekaan menarik yang pastinya memenuhi citarasa anda. Kami juga menawarkan khidmat penilaian dan mencuci barangan kemas secara percuma. Selain itu, perkhidmatan seperti mengubah saiz barangan kemas, menggilap, mengukir turut ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pesta Emas yang sedang berlangsung ini, sila layari laman sesawang rasmi HABIB dan ikuti HABIB di laman media sosial Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post