Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First

Trending

Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First

Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First | Pengarah muda berbakat besar yang telah menggegarkan industri filem tempatan pada tahun 2020 dengan hasil karyanya, Mael Totey The Movie iaitu Syahmi Sazli kembali mempertaruhkan filem keduanya iaitu 35mm.

Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First

Menariknya, filem 35mm bukan sahaja mempertaruhkan jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa atau ‘time travel’, malah turut padat dengan aksi mendebarkan dan hasil produksi berkualiti tinggi dengan penggunaan teknik CGI. Ini sekali gus menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli sebagai pengarah kreatif dalam menghasilkan filem.

Terdahulu Syahmi Sazli bermula dengan menghasilkan konten digital di Youtube sehingga berjaya mencuri tumpuan penonton sehingga tular. Dorongan daripada sokongan peminat yang sering menantikan konten terbarunya, Syahmi Sazli team mengambil langkah berani dengan mengarahkan filem Mael Totey The Movie dan mendapat sambutan hangat sehingga berjaya meraih kutipan paling tinggi di Malaysia bagi filem tempatan pada tahun 2020 dan sekali gus mendominasi platform Astro First menjadi filem pertama mengutip lebih RM7 juta. Bukan itu sahaja, malah kejayaan tersebut turut menerima pujian dari ramai pihak, antaranya para pengkarya seni tempatan serta diperkatakan di dalam dewan rakyat.

Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First

Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First


Idea asal 35mm adalah daripada Syahmi Sazli sendiri dan menerusi filem berdurasi 1 jam 47 minit ini, beliau cuba membawa penonton mengimbau evolusi dan budaya masyarakat tempatan dari zaman Dinasti Cina, kemudian memasuki zaman jajahan Jepun dan British, era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an, imbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi. Ia juga bagi membuatkan ceritanya lebih mudah untuk diikuti dan difahami.

Manakala teraju utama yang menggerakkan watak-watak adalah Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi (syahmi sazli team). Meskipun sarat dengan babak aksi namun watak mereka pasti tidak akan menghampakan penonton dengan selingan adegan-adegan komedi yang mencuit hati. Malah nilai persahabatan di antara mereka turut diterapkan. Selain mereka antara yang membintangi filem 35mm adalah Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

Filem Aksi 35MM Filem Kedua Syahmi Sazli Di Astro First

Tajuk : 35mm
Genre : Adventure Comedy Fantasy
Pengarah : Syahmi Sazli & Senibayan
Produksi : Nine Flix Production Sdn.Bhd
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 1 jam 47
Jumlah Hari Penggambaran : 21 hari
Lokasi Penggambaran : Pulau Pinang
Tarikh Tayangan di Astro First : 21/6/2022

LAGU TEMA

“Munajat Suci”
Lirik/Lyric :Datuk Zaidi Mohd. Said
Lagu/Composer:Didi Syahputra & Datuk Zaidi Mohd.Said
Penyanyi / Singer: Fajar Feat Didibiola
Hakcipta /Copyright : Datuk Zaidi Bin Mohd Said

“ Mekar Di Jiwa”
Lirik /Lyric : X-Ray
Lagu/Composer : X-Ray
Penyanyi (cover) / Singer (cover) : Emie Sukmasari
Penyanyi Asal / Original Singer : X-Ray
Album : Sungguh Tak Ku Sangka (1997)
Record Label : Rock Records (M) Sdn.Bhd

“ Geweku Ore Kelate”
Lirik/Lyric : Emie Sukmasari / Sai Kamal
Lagu/Composer: Emie Sukmasari
Penyanyi / Singer: Emie Sukmasari Feat Sai Kamal
Produksi / Production : Syahmi Sazli Production Sdn.Bhd


Barisan Pelakon Filem 35MM
Syahmi Sazli sbg Syahmi
Asif Suhaimi sbg Asif
Yoe Parey sbg Yoe
Kenji Sawahii sbg Kapitan Hung
Puteri Kapitan Hung sbg Katherin Teng
Melanie Tan sbg Pengiring Puteri Kapitan Hung
Ainul Yakin sbg Pengiring Puteri Kapitan Hung
Mohammad (Abe Mat) sbg Mahaguru Cina
Xing Hu sbg Isteri Mahaguru Cina
MN Badri sbg Mejar Fujikura
Wea Selamos sbg Buang (Talibarut Jepun)
Mamu Abu sbg Mat (Talibarut Jepun)
Cg.Yaakob Abd.Aziz sbg Sir Mac Mouse
Dr.Andika Aziz sbg Sir J. Cowly
Hushairy Hussein sbg Bahadur
Mukhtar (Pok Tar) sbg Pok Tar
Nawi Mohd sbg Talibarut British
Abrar sbg Talibarut British
Epul sbg Talibarut British


Sinopsis Filem 35MM
Filem aksi 35MM mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.


35mm Syahmi Sazli diarahkan oleh Syahmi Sazli bersama Senibayan, manakala terbitan dan produksi oleh Nine Flix Production. Sesi penggambaran telah dijalankan di Pulau Pinang.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan filem aksi 35MM full movie di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post