Trending


Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama | Ramai di antara kita yang beranggapan bahawa kita telah menguasai bahasa Melayu dengan baik. Maklumlah sejak bangku sekolah rendah lagi kita telah bercakap dalam bahasa Melayu. Walaupun demikian, sering kali juga kita dapati kesalahan bahasa dalam penulisan sama ada dalam artikel, papan tanda, surat dan sebagainya.

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama

Sebagai rakyat Malaysia yang telah mempelajari bahasa Melayu sejak kecil lagi, aspek ejaan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil, ‘di’ dan ‘ke’ yang didekatkan atau dijauhkan merupakan perkara asas dalam penulisan bahasa Melayu yang perlu dijaga. Dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan penulisan, kita sepatutnya tidak boleh membiarkan kesalahan seumpama ini terus berlaku dalam penulisan.

Kak Bell sendiri pun kadangkala sering kali melakukan kesalahan tatabahasa tetapi sebaik mungkin akan meminimumkan kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam penulisan. Jika untuk bahasa Inggeris, Kak Bell akan menyemak kesalahan bahasa checker online menggunakan Grammarly. Bagaimanakah pula dengan penyemak tatabahasa bagi Bahasa Melayu?


DewanEja 11 Perisian Pemeriksa Tatabahasa Pertama Untuk Bahasa Melayu

Perisian DewanEja 11 ialah pemeriksa tatabahasa pertama untuk Bahasa Melayu. Perisian ini secara rasmi disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi membantu dalam penulisan Bahasa Melayu daripada segi ejaan dan tatabahasa. DewanEja 11 juga ada menyediakan koleksi Kamus Pro Online yang lengkap, terdiri daripada Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan, Kamus Cina Melayu dan banyak lagi. Sebutan suara untuk bahasa Inggeris dan Cina juga disertakan. Perisian semakan ini menjadi rujukan nombor 1 untuk bahasa-bahasa di Malaysia yang membantu anda menulis dan belajar dengan lebih cepat dan mudah.

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama
Cloud speller for Bahasa Melayu

Kegunaan Perisian DewanEja 11

Perisian DewanEja ini telah ada sejak 20 tahun lalu dan sekarang sudah masuk versi ke-11 iaitu DewanEja 11. Berikut ialah kegunaan perisian DewanEja 11.

  • Proofing Tools untuk membantu anda menulis dan belajar bahasa Melayu dengan cepat dan lebih baik
  • Penyemak tatabahasa Melayu bagi membantu penulisan bahasa Melayu yang betul
  • Menyemak kesalahan ejaan
  • Boleh mencari takrif kamus bagi mana-mana perkataan Melayu
  • Disediakan Kamus Peribahasa dan Simpulan Bahasa
  • Sangat sesuai untuk penulisan akademik dan editorial
  • Bantu pekerja menulis dokumen atau laporan dengan betul

Untuk gunakan dewan eja pro online, pengguna boleh sahaja try dewan eja pro free download tetapi tak full access lah. Sekarang dah masuk edisi ke-11 jadi bolehlah cuba dewaneja 11 free download atau versi free trial.


Bahasa Malaysia Atau Bahasa Melayu?

"Mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Ungkapan “bahasa Malaysia” tidak digunakan dalam perlembagaan tetapi hanya digunakan oleh masyarakat Malaysia demi menimbulkan rasa milik bersama bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan seharusnya menjadi tanggungjawab semua kaum di Malaysia," Dewan Bahasa dan Pustaka.

Review DewanEja 11

Review DewanEja 11 | Perisian ini akan menganalisis dan mengesan kesalahan tatabahasa semasa kita menaip di MS Office. Perisian dewan eja DBP ini dapat mengenal pasti lebih daripada 60 jenis kesalahan tatabahasa biasa dengan menggarisnya dengan warna biru. Untuk betulkan ejaan atau tatabahasa, tekan right klik pada tetikus untuk semak cadangan untuk pembetulan.

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama
Dewan Eja pada platform blogger

1. Bold semua text
2. Tekan ikon Dewan Eja

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama
Dewan Eja pada MS Office

1. Bold text
2. Tekan right click pada mouse


Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama
Tanpa bold semua artikel, boleh right klik garis baru untuk semak cadangan pembetulan

Selepas menaip perkataan di MS Word, DewanEja 11 juga akan meramalkan perkataan seterusnya untuk anda (autoprediction), berdasarkan ribuan frasa bahasa Melayu yang dianalisis berdasarkan data statistik. Sebagai contoh, taip "terima", dan "kasih" akan dicadangkan secara automatik. Hanya tekan kekunci TAB untuk mengaplikasikannya.

Kak Bell sebenarnya ada juga perasan rakan-rakan yang selalu salah menulis kata bilangan pisahan/himpunan/tak tentu ganda bagi penggunaan kata "Para". Para tu dah menunjukkan bilangan yang ramai, jadi tak perlu digandakan kepada "para-para". Berikut ialah contoh pembetulan dan cadangan oleh Dewan Eja.


Frasa Nama
Repeated kata ganda
Kami-kami hendak ke pasar (Kami hendak ke pasar)

Typo and other incorrect usages
Hampir tiap-tiap (Hampir setiap guru)
Dianya sangat cantik (Dia sangat cantik)

Incorrect usage of kata bilangan pisahan/himpunan/tak tentu ganda
Para-para pelajar (para pelajar)
Pelbagai-pelbagai makanan (pelbagai makanan)

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama

Frasa Tanya
Missing ‘?’
Mengapakah dia menangis (Mengapakah dia menangis ?)

Missing ‘-kah’
Apa pekerjaan ayah kamu? (Apakah pekerjaan ayah kamu?)
Berapa helai kertas berwarna kuning? (Berapakah helai kertas berwarna kuning?)


Seperti kebanyakan perisian penyemak grammar, Dewan Eja juga boleh disambungkan pada pelayar browser seperti Chrome, Edge dan Firefox. Bila anda klik pada sambungan pelayar DewanEja11, ia akan menyemak sebarang teks dalam editor aktif. Selain MS Office, boleh juga digunakan ketika menulis di platform blogger, WordPress atau Gmail asalkan dalam pelayar yang sudah ada plugin Dewan Eja (browser extensions).

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama
Kamus Dewan 4

Untuk compatibility, perisian DewanEja 11 hanya boleh digunakan untuk MS Office 2016, 2019, 2021 dan Microsoft Office Office 365. Bagi versi Microsoft Windows ia compatible dengan Windows 10 & 11.

Bagi tetapan sebagai browser extention pula mesti ada versi terkini untuk Chrome, Edge atau Firefox dengan ruang hard disk 1.4GB. Untuk laptop Kak Bell, hanya berjaya set plugin pada Microosoft Edge tetapi tak keluar untuk pelayar Chrome walaupun dah tekan add extension. Kemudian, amatlah menyedihkan sebab tak support untuk digunakan pada macOS di Macbook atau produk Apple.

Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama

Sesetengah perisian anti-virus mungkin tersilap menandai beberapa fail DewanEja 11 sebagai virus. Jika DewanEja 11 tidak berfungsi, anda perlu semak perisian anti-virus untuk sebarang fail yang di kuarantin, dan tekan whitelist.

Untuk interface DewanEja 11 ini nampak agak outdated. Kalau interface yang lebih moden mungkin akan nampak lebih cantik. Kemudian perisian ini perlu di muat turun terlebih dahulu dan kemudian setup. Ianya mungkin boleh dikemaskini lagi seperti Grammarly yang terus boleh digunakan secara online pada browser.


Harga DewanEja 11

Terdapat 3 harga untuk langganan DewanEja 11 bergantung kepada tempoh langganan. Kak bell gunakan yang full version. Berikut adalah senarai DewanEja 11 price.

DewanEja 11 (Subscription)
RM89 /year
Auto-renew. Cancel any time.

DewanEja (Subscription)
RM178 /2 years
Auto-renew. Cancel any time.

DewanEja 11 Best Deal
RM298 /forever
Use forever. Never expires.

Penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan akan menaikkan imej seseorang penulis. Secara tak langsung boleh menghapuskan kekeliruan dan salah faham pembaca. Kak Bell berpendapat perisian Dewan Eja Pro atau malay spell checker microsoft office ini sangat bagus untuk mengurangkan kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam penyediaan dokumen dalam Bahasa Melayu.

Bagi anda yang menulis dalam bahasa Melayu, apa kata cuba DewanEja 11. Mulai hari ini marilah kita menggunakan bahasa yang betul dalam penulisan kita. Pelajarilah bahasa kita dan cintailah bahasa kita. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman di bawah.

Website The Name Technology Sdn. Bhd.
FB TNTSB

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. wahh, lebih mudah untuk menulis dengan betul guna dewaneja ini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post