Trending


Konsert Kembara Panorama Jingga Di Plenari Hall

Konsert Kembara Panorama Jingga Di Plenari Hall | Setelah lapan tahun kumpulan Kembara bakal muncul dengan konsert setelah konsert terakhir mereka pada tahun 2014. Untuk tahun ini, Shiraz Projects Sdn Bhd memikul tanggungjawab melunaskan kerinduan peminat mereka dengan membawakan KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert Kembara Panorama Jingga Di Plenari Hall

Bakal bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan turut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.

Buat Zoul selaku gitaris dan gitaris kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1979 ini, semangat mereka kali ini lebih membara. “Saya merasakan bahawa semangat kami lebih walaupun usia semua sudah agak menjangkau tetapi semangat kuasa kuda masih ‘maintain’. Kami betul-betul teruja dengan konsert yang akan datang ini.”


Kumpulan Kembara sudah memulakan persiapan sejak dua bulan lepas dan membayangkan bahawa banyak lagu yang akan dimainkan khusus untuk para peminat setia mereka. Menarik lagi, pemilihan lagu-lagu untuk konsert kali ini dibayangkan dalam repertoir yang sangat istimewa dan rare! Ada lagu yang belum pernah dimainkan, iaitu lagu yang dirakamkan lebih 30 tahun lalu akan dinyanyikan di konsert nanti.

Konsert Kembara Panorama Jingga Di Plenari Hall

Ditanyakan kepada Dato’ M. Nasir tentang keistimewaan konsert kali ini, beliau menyifatkan ia sebagai suara satu generasi.

“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi. Generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80-an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu dari segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia. Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80 an) sahaja. Dan bentuk muzik akan menjangkau generasi.” kata beliau yang merupakan vokalis dan pengasas kumpulan ini.


Menurut Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, sudah lama pihaknya mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakal terlaksana juga pada Julai ini.

Konsert Kembara Panorama Jingga Di Plenari Hall

Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar. Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) sudah dijual mulai 10 Jun 2022 lalu. Peminat-peminat Kembara juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia.


Shiraz Projects mengharapkan para peminat Kembara khususnya akan mendukung konsert ini. Melihatkan sokongan yang diberikan kepada selebriti tanah air yang muncul dengan pelbagai konsert tahun ini, Shiraz malah yakin konsert ini memang ditunggu-tunggu.

Konsert Panorama Jingga 1444 tesebut disifatkan akan mengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik Kembara dengan akrab lagi dengan persembahan bertenaga mereka kelak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post