Trending


Beza Halia, Lengkuas Dan Kunyit Hidup : Sama Tapi Tak Serupa!

Beza Halia, Lengkuas Dan Kunyit Hidup : Sama Tapi Tak Serupa! | Hi semua! Hari ini Kak Bell nak kongsikan tentang herba dapur iaitu halia, lengkuas dan kunyit. Kalau dalam sesetengah jenis masakan mesti nak kena ada bahan-bahan ni. Kalau tak ada tak menjadilah masakan jawapannya. Rasanya bagi yang selalu memasak mesti dah kenal dengan ketiga-tiga tumbuhan herba masakan ni. Biasanya kalau tersilap pun antara lengkuas dan halia sebab warna isinya sama berwarna putih. Jom baca lebih lanjut jika nak tahu beza lengkuas dan halia serta kunyit.

Beza Halia, Lengkuas Dan Kunyit Hidup : Sama Tapi Tak Serupa!

Halia (Zingiber officinale roscoe)
Halia atau nama botani Zingiber officinale Roscoe adalah sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ia termasuk dalam keluarga Zingiberaceae, yang juga termasuk kunyit, pelaga dan lengkuas. Ia merupakan sejenis tumbuhan di mana rizomnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim (dari Austronesia) dan ditanam secara meluas di India, China, Afrika Barat, Caribbean termasuklah Malaysia.

Beza Halia, Lengkuas Dan Kunyit Hidup : Sama Tapi Tak Serupa!

Halia in English: Ginger
Halia in Chinese : 哈利亚 Jiang/Hā lì yǎ
Halia in bahasa Indonesia : Jjahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia)

Halia warna kulitnya berwarna coklat lembut, ada garis-garis yang kurang jelas dan tekstur isinya lebih lembut berbanding lengkuas. Selain digunakan sebagai rempah dalam masakan, halia juga boleh dibuat minuman. Dipercayai antara kebaikan halia ini adalah melawan rasa loya, mengurangkan radang, mengawal kolestrol, mengurangkan kesakitan haid dan membuang angin.


Lengkuas (Alpinia galanga)
Lengkuas atau nama nama botaninya Alpinia galanga selalu digunakan di dalam masakan tempatan seperti rendang dan merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia(salah satu tumbuhan dari keluarga halia) tetapi ada perbezaan dari struktur luaran dan tekstur rasa.

Beza Halia, Lengkuas Dan Kunyit Hidup : Sama Tapi Tak Serupa!

Lengkuas in English : Galangal
Lengkuas in Chinese : 高良姜 Gāoliáng jiāng

Lengkuas mempunyai kulit berwarna coklat gelap atau berwarna putih dengan tunas warna pink. Tekstur kulitnya lebih licin dan berkilat berbanding halia. Garis-garis lengkuas lebih jelas dan dan ada rerambut akar pada ruas lengkuas. Tekstur isinya lebih keras dan rasa lengkuas juga lebih pedas berbanding halia (pengganti lengkuas dalam masakan).

Lengkuas sentiasa digunakan dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema, bertindak sebagai agen antibakteria dan boleh menghilangkan panau.


Kunyit (Curcuma longa)
Kunyit atau Curcuma longa dalah rempah yang biasa digunakan dalam masakan di negara-negara Asia seperti kari dan gulai. Kunyit digunakan untuk memberi memberi warna kuning kepada masakan atau sebagai bahan pengawet. Bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna asli dalam masakan bahkan, penambah rasa makanan ianya juga digunakan untuk kecantikkan. Daun serta bunga kunyit juga boleh dimakan sebagai ulam.

Beza Halia, Lengkuas Dan Kunyit Hidup : Sama Tapi Tak Serupa!
Kunyit in English: Turmeric
Kunyit in Chinese : 姜黄 Jiānghuáng

Kunyit hidup pula mempunyai permukaan kulit yang kasar dan berwarna coklat dan isinya pula berwarna kuning pekat dan sangat mudah dibezakan. Beza kunyit dan kunyit hidup dalam masakan, rasa masakan akan lebih sedap berbanding kunyit serbuk. Warna dari kunyit hidup juga sangat kuat dan melekat di tangan dan megambil masa untuk hilang.


Pengganti kunyit dalam masakan adalah serbuk sawi (serbuk Mustard) atau Safron/Saffron dari bunga crocus safron tetapi harga safron terlalu mahal. Rasanya lebih manis sedikit, jadi ia mungkin tidak sepadan dengan rasa pahit dan tanah kunyit. Biji Annatto yang berasal dari pokok achiote dari Mexico dan Brazil juga digunakan sebagai penambah warna kuning atau oren pada makanan.

Kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik menyembuhkan keradangan.

Mudah sahaja kan nak bezakan lengkuas kunyit halia. Semoga info berkenaan dapat bantu korang lebih kenal ketiga-tiga tumbuhan ni.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post