PEDIGREE Beri Makan Anjing Terbiar & Di Pusat Jagaan Melalui Kempen Feed a Friend, Fill the Bowl - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal PEDIGREE Beri Makan Anjing Terbiar & Di Pusat Jagaan Melalui Kempen Feed a Friend, Fill the Bowl

Trending

PEDIGREE Beri Makan Anjing Terbiar & Di Pusat Jagaan Melalui Kempen Feed a Friend, Fill the Bowl

PEDIGREE Beri Makan Anjing Terbiar & Di Pusat Jagaan Melalui Kempen Feed a Friend, Fill the Bowl | Hi semua! Buat pecinta haiwan, Kak Bell nak kongsi mengenai kerja amal oleh Pedigree Malaysia dan juga Malaysia Independent Animal Rescue yang sentiasa membantu haiwan terbiar (stray dog/cat). Kempen ini bertujuan menyediakan makanan untuk anjing terbiar yang kelaparan sementara menunggu mereka di adopt dan dijadikan haiwan peliharaan.

PEDIGREE Beri Makan Anjing Terbiar

Tiada siapa yang benar-benar dapat menyelami betapa sukarnya kehidupan haiwan terbiar, dan pencinta haiwan yang baik hati sangat teruja untuk memberi sokongan kepada anjing-anjing kelaparan ini melalui inisiatif Feed a friend. Fill the bowl PEDIGREE. Gandingan usaha mereka telah membantu menyediakan kira-kira 61,000 hidangan makanan berkhasiat untuk menyokong kerja mulia Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR), sebuah organisasi tidak berkeuntungan yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan.

“Makan adalah perkara yang asas, tetapi banyak anjing terbiar yang kelaparan, dan kumpulan seperti Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR) berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyediakan makanan untuk anjing di bawah jagaan mereka. Kami ingin memberi mereka makanan yang terbaik dan bernutrisi, dan sangat berbesar hati dengan sikap dermawan ramai rakyat Malaysia yang membolehkan kami membantu menjayakan misi MIAR untuk menjaga anjing yang masih menunggu giliran dijadikan haiwan peliharaan. Pada masa sama, kami juga dapat memenuhi matlamat kami untuk mewujudkan Dunia Yang Lebih Baik Buat Haiwan Peliharaan,” kata Wee Li Ying, Pengurus Besar, Mars Pet Nutrition Malaysia.

PEDIGREE Beri Makan Anjing Terbiar


Bahkan ketika ramai pemilik haiwan peliharaan memanjakan dan melimpahkan kasih sayang kepada anjing mereka sendiri, organisasi dan pusat perlindungan haiwan memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang ramai.

“Rakyat Malaysia sangat prihatin dan kami amat berterima kasih atas semua sokongan daripada orang ramai serta PEDIGREE® yang membolehkan kami menyediakan keperluan asas untuk haiwan-haiwan di pusat perlindungan kami,” kata Puspa Rani, Presiden MIAR. “Pada masa yang sama, ini adalah usaha yang berterusan dan kami mengalu-alukan sebarang bantuan, sama ada dalam bentuk tenaga sukarela, sumbangan wang tunai dan bekalan seperti makanan atau peralatan pembersihan, selain menjadikan haiwan ini sebagai ahli keluarga baharu supaya anak-anak comel ini mempunyai kediaman yang selesa.”

About Mars Petcare
Part of Mars, Incorporated, a family-owned business with more than a century of history-making diverse products and offering services for people and the pets people love, the 85,000 Associates across 50+ countries in Mars Petcare are dedicated to one purpose: A BETTER WORLD FOR PETS.

With 75 years of experience, their portfolio of almost 50 brands serves the health and nutrition needs of the world’s pets – including brands PEDIGREE, WHISKAS, ROYAL CANIN, NUTRO, GREENIES, SHEBA, CESAR, IAMS, and EUKANUBA as well as the WALTHAM Petcare Science Institute which has advanced research in the nutrition and health of pets for over 50 years.


Mars Petcare is also a leading veterinary health provider through an international network of over 2,000 pet hospitals and diagnostic services including BANFIELD, BLUEPEARL, VCA, Linnaeus, AniCura, and Antech. They are also active in innovation and technology for pets, with WISDOM PANEL genetic health screening and DNA testing for dogs, the WHISTLE GPS dog tracker, and LEAP VENTURE STUDIO accelerator and COMPANION FUND programs that drive innovation and disruption in the pet care industry. As a family business and guided by our principles, they are privileged with the flexibility to fight for what they believe in – and they choose to fight for: A BETTER WORLD FOR PETS.

Sila lawati FB Malaysia Independent Animal Rescue bagi mendapatkan maklumat mengenai pengambilan haiwan untuk dijadikan peliharaan atau cara lain bagi membantu mewujudkan dunia yang lebih baik buat haiwan peliharaan, sesuai dengan cogankata #ABetterWorldForPets.

Ikuti laman Facebook laman Facebook PEDIGREE Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan aktiviti akan datang.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post