Filem Bunga Dan Kayu Lakonan MK K-Clique & Azira Shafinaz Di Hari Raya Nanti - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Bunga Dan Kayu Lakonan MK K-Clique & Azira Shafinaz Di Hari Raya Nanti

Trending

Filem Bunga Dan Kayu Lakonan MK K-Clique & Azira Shafinaz Di Hari Raya Nanti

Filem Bunga Dan Kayu Lakonan MK K-Clique & Azira Shafinaz Di Hari Raya Nanti |Penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique yang sebelum ini sentiasa tampil dengan imej ‘swag’, kini terus mencipta nama dalam industri seni dengan tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kali menerusi filem romantik komedi kekeluargaan, Bunga Dan Kayu. Tambah menarik, MK telah bergandingan dengan pelakon filem Penunggang Agama dan juga merangkap penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz. Keserasian mereka dalam menggerakkan watak Noah dan Bunga menjadi tarikan utama filem raya ini.

Filem Bunga Dan Kayu

Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ia merupakan hasil terbitan oleh penerbit dan produksi filem ‘Hantu Kak Limah’, ‘Sangkar’, ‘J Revolusi’, Infinitus Gold. Filem di bawah arahan Wann Hafiz ini turut memperlihatkan sinematografi menarik dan sesi penggambaran telah dijalankan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang. Kehebatan Pengarah Wann Hafiz dalam mengarahkan filem romantik komedi kekeluargaan tidak perlu disangkal lagi kerana pengalaman beliau yang banyak terlibat sebagai pengarah (filem Surf This Love: Gelora Juara, Mat Tudung), penyunting (Magika, Dunia Baru : The Movie) dan pembantu pengarah (29 Februari).

Tajuk : Bunga & Kayu
Genre : Romantic Comedy
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi Filem : 100 minit
Jumlah Hari Penggambaran : 12 days
Tarikh Penggambaran : 13 – 24 October 2021
Lokasi Penggambaran : Berjaya Hills Bukit Tinggi & Janda Baik
Tarikh Tayangan di Astro First : 3 Mei 2022


Sinopsis Filem Bunga Dan Kayu

Sinopsis Filem Bunga Dan Kayu| Bunga Dan Kayu dipadatkan lagi dengan elemen cinta. Kisah bermula apabila Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga.

Sinopsis Filem Bunga Dan Kayu

Barisan Pelakon Filem Bunga Dan Kayu

Noah, a renowned local celebrity, has intentionally appointed Bunga as his girlfriend without any reasonable explanation. Noah’s unpredictable behavior becomes increasingly erratic when he discovers that his new acquaintance Bunga secretly wants to become an actress. Because of that, Noah offers Bunga an opportunity that would provoke 1001 disasters, which would not only cause trouble to Bunga but to Noah as well.


Barisan Pelakon Filem Bunga Dan Kayu

Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage, Yazmin Aziz. Berikut adalah barisan pelakon Filem Bunga Dan Kayu berserta watak.

Filem Bunga Dan Kayu

  • MK K-Clique sbg Noah
  • Azira Shafinaz sbg Bunga
  • Zalif Sidek sbg Farhan
  • Yazmin Aziz sbg Pretty
  • Elly Arifin sbg Zara Iman
  • Kazar sbg Hameed
  • Azad Jasmin sbg Encik Badri

Langgan dan saksikan filem bunga dan kayu full movie di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula Syawal ini, 3 May 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post