Cara Cek Coverage unifi Fiber, unifi Mobile & unifi Air - Ini Adalah Bellarina Natasya Cara Cek Coverage unifi Fiber, unifi Mobile & unifi Air

Trending

Cara Cek Coverage unifi Fiber, unifi Mobile & unifi Air

Cara Cek Coverage unifi Fiber, unifi Mobile & unifi Air | Sekarang ni kebanyakkan syarikat masih kekalkan untuk pekerja bekerja dari rumah. Maklumlah virus Covid-19 ni masih ada walaupun dah menuju fasa endemik. Bila dah masing-masing work from home (WFH), mestilah kena ada capaian internet di rumah untuk buat semua kerja. Pasti berpusu-pusulah nak mendaftar untuk pelan internet. Sebelum nak daftar, mestilah kena semak liputan dahulu dan cek samada kawasan atau alamat rumah kita berada di dalam kawasan liputan.

Cara Cek Coverage unifi Fiber

Terdapat pelbagai pakej internet menarik yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi dan internet jalur lebar di Malaysia. Antaranya Telekomunikasi Malaysia (TM) , TIME atau Maxis Fiber. Yang baru sekarang ada TNB fiber Allo WiFi.

TM merupakan syarikat gergasi yang tak asing lagi dari pengetahuan umum dan unifi adalah pelan jalur lebar yang ditawarkan. Jadi, bagaimana kita nak tahu sama ada kawasan yang kita diami mempunyai coverage yang baik atau tidak? Macam mana nak check coverage unifi?


Cara Semak Coverage Unifi Fiber

Untuk artikel ni, Kak Bell kongsi tentang Cara Semak Coverage unifi fiber, unifi Mobile dan juga unifi Air.

1. Cek Coverage unifi Di Laman Web Rasmi TM
Untuk semakan tepat, disarankan untuk cek coverage unifi di laman web rasmi TM unifi (Klik pada fibre Broadband) sendiri. Nak semak atau langgan di laman reseller pun boleh. Bagi mengelakkan sebarang isu kena pastikan yang domain tersebut adalah betul domain rasmi dari TM.

Cara Cek Coverage unifi

Jika hadapi masalah, korang boleh hubungi Telekom Malaysia untuk bantuan semakan lanjut kalau tak tahu cara cek coverage wifi. Kalau ada masalah tiada infra atau port penuh, pihak TM akan buatkan satu laporan untuk demand list atau permohonan untuk naik taraf infra unifi atau tambah port unifi. Kena banyak sabarlah sebab kadang-kadang ambil masa nak tambah infra TM.


2. Cara Cek Coverage unifi Mobile BEBAS, unifi Mobile Postpaid dan unifi Air
Bagi semakan liputan pelan Telco unifi, korang boleh pilih dahulu pelan yang nak dilanggan samaada unifi Mobile BEBAS Prepaid, unifi Mobile Postpaid atau pelan wireless broadband unifi Air.

Masih pada laman yang sama, cuma korang perlu tick pada 4G untuk check coverage unifi mobile dan cara cek coverage unifi air pula, tick pada unifi Air untuk semak liputan wireless broadband unifi Air. Sekarang ni sama je untuk unifi bebas coverage dan unifi mobile coverage mapnya sama.

Cara cek coverage unifi mobile/ cara cek coverage unifi air
  1. Tick pada kotak 4G atau unifi Air
  2. Masukkan alamat ke dalam kotak carian
  3. Gerakkan pin ke alamat atau pin point alamat anda dengan lebih tepat
  4. Tekan Check Now

  • Sekiranya anda memilih 4G, kawasan yang diwarnakan biru di maps menandakan terdapatnya 4G coverage.
  • Dan jika anda memilih unifi Air, kawasan yang diwarnakan hijau di maps menandakan terdapatnya coverage unifi Air.
**untuk makluman, liputan 3G dah tak ada. Sekarang tunggu naik taraf liputan Telco ke 5G.


3. Semak Coverage unifi/Telco Guna Aplikasi Open Signal
Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui coverage unifi serta ingin membandingkan dengan coverage telco yang lain, anda boleh check dan bandingkan menggunakan aplikasi Open Signal di telefon bimbit.

Cara Cek Coverage unifi

Berikut adalah Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda dengan hanya menggunakan aplikasi di smartphone.

  1. Muat turun aplikasi Open signal menggunakan pautan ini bagi iOS atau Android.
  2. Setelah muat turun, tekan pada butang berlogo Location.
  3. Butang ini terletak pada bahagian bawah dan berkedudukan di tengah.
  4. Di halaman locaion ini anda perlu memasukkan lokasi yang ingin anda semak dan juga memilih operator telekomunikasi yang anda inginkan.
  5. Masukkan alamat atau poskod di kotak Search location.
  6. Kemudian, pilih syarikat yang anda ingin semak di kotak Operator.
  7. Sekiranya imej maps diwarnakan dengan hijau, kawasan itu mempunyai coverage yang kuat.
  8. Manakala sekiranya berwarna merah, kawasan itu mempunyai coverage yang lemah.
  9. Klik pada butang Compare performance di bahagian bawah maps untuk membandingkan coverage dari operator yang lain.
  10. Operator selain Unifi yang tersenarai untuk membuat perbandingan adalah Celcom, Digi, Maxis dan Umobile.


Sekiranya imej maps diwarnakan dengan hijau, kawasan itu mempunyai coverage yang kuat. Mankala sekiranya berwarna merah, kawasan itu mempunyai coverge yang lemah. Klik pada butang Compare performance di bahagian bawah maps untuk membandingkan coverage dari operator yang lain.

Bagi era zaman moden sekarang, capaian internet adalah keutamaan jadi jika syarikat Telco berlumba-lumba menyediakan plan internet yang terbaik. Ada bagi dengan harga yang murah, ada juga menawarkan dengan jumlah data yang banyak dan sebagainya. Apa pun kena tepuk dada tanya selera. Sebelum langgan pastikan cara cek coverage internet dahulu, baca T&C dan kena tahu apa tawaran yang ada dalam pelan langganan.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

Previous Post Next Post