Lirik Lagu Lip Lap Raya - Lagu Raya Baru Dato Sri Siti Nurhaliza - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Lip Lap Raya - Lagu Raya Baru Dato Sri Siti Nurhaliza

Trending

Lirik Lagu Lip Lap Raya - Lagu Raya Baru Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Lip Lap Raya - Lagu Raya Baru Dato Sri Siti Nurhaliza | Tahun ini Dato' Sri Siti Nurhaliza muncul dengan lagu raya 2022 setelah kali terakhir Siti muncul dengan single raya pada tahun 2016 menerusi lagu Hari Kemenangan. Biasanya kalau lagu raya Tokti mesti semuanya menjadi dan bakal jadi siulan dan evergreen. Kalau artis lain macam tak berapa minat nak dengar macam tak sampai standard lagu raya. Payah ye nak hasilkan lagu raya yang best dan popular.

Lirik Lagu Lip Lap Raya

Antara lagu yang popular Siti Nurhaliza seperti Air Mata Syawal, Nazam Lebaran, Sesuci Lebaran, Anugerah Aidilfitri dan banyak lagilah. Tahun ini, penyanyi nombor 1 negara muncul dengan lagu Lip Lap Raya berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun negara berada dalam fasa pandemik. Lagu Lip Lap Raya adalah hasil sentuhan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan yang menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat.

Manakala lirik lagu tersebut berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik. Kalau kita dengarkan betul-betul lirik sangat simple tapi penuh makna kerana tahun ini kita dapat juga menyambut raya seperti mana dulu walaupun masih ada SOP lagi.


Lirik Lagu Lip Lap Raya Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Lip Lap Raya Siti Nurhaliza, Executive Producer: Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Kim Lim.

Verse 1:
Malam takbir bergema Semua insan gembira
Meraikan hari yang mulia
Ayah dan juga bonda
Berlinang air mata
Menyambut pulang anak tercinta

Chorus:
Rai Hari Raya
Bermaaf-maafan semua
Ampun salah silap
Lip lap lip lap Hari Raya

Rai Hari Raya
Pakai baju raya sama Cahaya gemerlap
Lip lap lip lap Selamat Hari Raya

Verse 2:
Indah dapat balik beraya semula hoi
Bagai dejavu saling memaafkan
Setiap tahun tetap raikan bersama
Mari kita Raya Raya

Chorus Bridge:
Lip lap lip lap x2
Selamat hari raya
Lip lap lip lap x2
Selamat hari raya


Walaubagaimanapun muzik Video lagu terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza telah menerima kritikan yang dikatakan berbajet rendah dan tak mencapai standard Siti sebagai penyanyi tersohor negara. Ada juga yang kritik konsep muzik video Lip Lap Raya hampir sama dengan muzik video Oh My God nyanyian Adele.

Lirik Lagu Lip Lap Raya

Siti juga menerima pujian peminat yang menggemari melodi Lip Lap Raya yang kena dengan peredaran masa serta catchy. Menurut Siti, beliau menyifatkan Lip Lap Raya sebagai lagu yang dapat menarik minat peminat selepas mendengarnya buat kali pertama. Juga lagu ini bakal bermain terus dibibir peminat yang cintakan lagu betemakan Hari Raya.

Video muzik rasmi Lip Lap Raya boleh ditonton di saluran Youtube Siti Nurhaliza bermula 20 April 2022, jam 9 malam.


Selain itu, penyanyi lagu popular Nazam Lebaran itu turut menitipkan harapan agar lagu tersebut menjadi sebuah lagu raya ‘evergreen’ yang sentiasa diingati pendengar.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post