Apa Maksud POV Di Tiktok? Apakah Beza POV Media Sosial? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Apa Maksud POV Di Tiktok? Apakah Beza POV Media Sosial?

Trending

Apa Maksud POV Di Tiktok? Apakah Beza POV Media Sosial?

Apa Maksud POV Di Tiktok? Apakah Beza POV Media Sosial? | Hi korang! Hope semua pembaca blog Kak Bell sihat sejahtera hendaknya. Ceritanya minggu lepas Kak bell dapat input dan sokongan dari kawan-kawan blogger DikBee dan Moka Penaberkala untuk buat TikTok. Kalau TikTok aje mesti dengar terma POV la FYP la kan. Apa ke benda la tu. Dah mula start TT ni barulah Kak Bell tahu maksudnya. Nak tahu apa maksud penggunaan kata tersebut, jom baca lebih lanjut.

Maksud POV Di Tiktok
Sumber Dexerto

Kak Bell ni jenis kalau ada platform socmed baru, memang malas nak ambik pusing. Tapi dalam dunia blogger dan influencer ni perlu adapat dengan latest trend. Baru sekarang terkial-kial nak update content kat TikTok. Baru nak menyesal sebab dah terlambat sikit buat, but better late than never kan!


Apa Itu POV? Maksud POV TikTok?

Bagi yang sedang mencari makna POV, istilah POV ini semakin kerap digunakan di media sosial yang terus berkembang. Ada sahaja platform sosial media baru dengan teknologi baru dan juga dari segi bahasa atau istilahnya sendiri (literasi media sosial) pun ada macam-macam. Jadi apa itu POV? Maksud POV TikTok?

Maksud POV Di Tiktok
Maksud point of view

Ok, makna POV di TikTok adalah singkatan dari point of view atau sudut pandang.

What does POV mean on TikTok?
POV stands for ‘Point Of View’ and refers to a trend in which the video shows the viewer’s point of view of a certain situation (Wikipedia).

Makna POV Di Tiktok
contoh pov tiktok, contoh penggunaan kata pov

Istilah yang mulai viral dari Tiktok ini boleh ditemui dalam caption di media sosial manapun. Bila tengok TikTok barulah paham apa maksud POV yang creator buat, supaya audience faham dan dapat mengagak maksud video atau content yang dihasilkan. Sampaikan lagu POV Ariana Grande pun ada ye!


Apakah Beza POV Media Sosial?

Abbreviation POV/singkatan POV ni sebenarnya digunakan meluas bukan sahaja untuk media sosial. Maksud POV di wattpad, POV novel atau POV filem (arti pov dalam film) adalah berbeza dengan POV Media Sosial.

Makna POV yang paling biasa digunakan adalah seperti:

  • Privately Owned Vehicle
  • Power of veto
  • Abbreviation of poverty or impoverished


Maksud POV Di Wattpad

Dalam konteks penceritaan/narasi novel atau filem, istilah point of view atau sudut pandang yang digunakan lebih meluas tergantung cara penggambarannya sesuai yang diinginkan sang penulis. Ada sudut pandang orang pertama (aku), sudut pandang orang kedua (kau/kamu) atau sudut pandang orang ketiga (dia). Maksud POV di wattpad sering disingkatkan dengan POV1, POV2 dan POV3.

  • POV1 (sudut pandang orang pertama) menceritakan diri sendiri, biasanya aku merupakan pemain utama.
  • POV2 (sudut pandang orang kedua) menceritakan kamu sebagai orang yang ia ceritakan bukan dirinya atau orang lain, tetapi kamu (orang kedua). Sudut pandang ini sering dipakai untuk novel horor, thriller, misteri dan penggemar novel fiksi.
  • POV3 (sudut pandang orang ketiga) menceritakan orang lain dan penulis bertindak sebagai narrator. Ada POV3 Serbatahu dan POV 3 Terbatas, dimana pengetahuan penulis terbatas dan bercerita apa yang dilihat sahaja tetapi tidak menceritakan isi hati atau perasaan watak dalam ceritanya. *Sumber maksud pov wattpad (id quora bahasa indonesia).


Apa Maksud FYP di TikTok dan PFP Tiktok?

Selain POV ada juga istilah FYP tiktok dan juga PFP Tiktok. Kak Bell sharelah serba sedikit. Nanti Kak Bell buat entri lain untuk istilah literasi socmed Tiktok yang lain.

Maksud POV Di Tiktok
Follow @bellajamal1818

FYP bermaksud For You Page (Halaman Untuk Anda) atau For You dan merujuk kepada tab atau content yang pertama kali muncul bila korang buka TikTok. Jadi algorithm aplikasi TikTok akan pilih dan tailored content FYP yang sesuai dengan niche atau carian content yang kita suka. Jadi TikTok akan suggest content FYP kat korang, biasanya content yang ada banyak likes dan views. Bila FYP, content kita akan muncul di feeds pengguna TikTok lain dengan lebih kerap dan membuat video menjadi viral aka FYP.


Apakah Maksud PFP?
PFP bermaksud Profile Picture (Gambar Profil) dan bukan sahaja digunakan di TikTok, tetapi di banyak platform media sosial lain termasuk Twitter atau Telegram. PFP bermaksud Profile Picture yang unik di Google dan dgunakan oleh ramai pengguna sebagai ikon atau PFP akaun mereka.

Kalau ada yang silap dengan penerangan ni bolehlah betulkan ya. Maklumlah kite ni newbies kat TikTok. Jangan lupa follow dan like content TikTok Kak Bell @bellajamal1818 ye. Muahh!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post