Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App) Tawar Harga Serendah RM2.90! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App) Tawar Harga Serendah RM2.90!

Trending

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App) Tawar Harga Serendah RM2.90!

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App) Tawar Harga Serendah RM2.90! | Hari ini Kak Bell berjalan ke Citta Mall lepas menyinggah ke rumah kawan sebab nak ambil spek mata yang tertinggal. Seminggu jugalah terpaksa redha tanpa spek mata. Kak Bell ke Citta untuk beli barang memasak, singgah Mr DIY dan kedai gadjet. Dah alang-alang terus ke restoren Marrybrown kat bawah tu tapau untuk berbuka.

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

Minggu lepas bila scroll socmed nampak ada yang share tentang Aplikasi Marrybrown 2022. Jadi Kak Bell pun cubalah buat pesanan Marrybrown online order melalui MB App (aplikasi online) yang Kak Bell dah download dan register siap-siap.


MB App Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa Dengan Penjimatan Hebat

Antara tawaran istimewa dengan penjimatan hebat yang ada di dalam MB App ini seperti Marrybrown's Crispy Chicken dijual dengan harga RM1 sahaja, Potato Wedges, Onion Rings, Mushroom Soup, Bubur Ayam Combo (bubur Marrybrown), Boba Tea, Hotouch Burger Combo, Tower Burger Combo MB Kiddy Meals Chicken Burger dan banyak lagi dengan harga lebih murah. Memang jimat banyak kalau buat pesanan melalui aplikasi Marrybrown Malaysia berbanding dengan harga asal.

Kak Bell tak beli banyak Marrybrown menu sebab takut tak habis.Tapi bila dah sampai rumah, dah berbuka eh tak cukuplah pulak! Haha. Kak Bell redeem deals MB seperti di bawah:

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

MB Kiddy Meals Chicken Burger: RM9.90 (NP: RM10.90)
Chicken Nugget : RM5.90 (NP:RM8.49)
Marrybrown's Crispy Chicken (percuma untuk new member)


Cara Untuk Redeem Available Deals Marrybrown

Ada 2 cara untuk redeem available deals Marrybrown. Mudah sahaja, cuma kena download dulu MB app ni.

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

1. Buka MB App dan klik pada Tab Tawaran (Deals) pada bar navigasi dan pilih Available Deals.
2. Kemudian korang boleh pilih menu yang ada di Available Deals dan klik Redeem.
3. Untuk tengok redeem korang berjaya atau tak, klik pada tab My Rewards. Kalau berjaya, list menu yang korang redeem tadi akan tertera di sini.
4. Kemudian masa di kaunter, pilih menu yang korang nak redeem. Nanti akan keluar QR Code untuk deals tersebut. Tunjuk pada cashier untuk di scan dan order korang telah diterima.

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

Untuk cara kedua, sama sahaja. Cuma korang boleh terus tekan tab 'Deals' terus untuk lihat paparan semua tawaran menu di aplikasi Marrybrown tadi.


Kelebihan Guna Aplikasi Marrybrown Malaysia/MB App

Aplikasi Marrybrown untuk apa? Selain boleh dapatkan harga menu lebih murah, ada kelebihan bila guna aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App) ni.

1. Kumpul Mata dan Tebus Freebies
Setiap RM1 yang kita belanja di Marrybrown guna MB App, kita akan dapat 1 mata MB reward points. Points tu kemudian kita boleh guna untuk tebus menu yang ada. Kalau di tab 'Deals' boleh redeem guna point pada paparan menu warna unggu.

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

2. Tawaran Eksklusif In-App
Buat ahli yang pertama kali mendaftar (new member) korang akan dapat seketul ayam goreng secara percuma semasa penebusan kali pertama. Nantikan sahaja pelbagai tawaran eksklusif yang lain nanti.

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

3. Tawaran Harijadi
Ada juga tawar Hari Jadi dengan special deals. Ahli akan terima diskaun istimewa sempena bulan kelahiran sebanyak 40% off. Jadi, Lets celebrate your birthday party at Marrybrown!

4. Berita Promosi Terkini
Semua berita baru, outlet baru atau pengumuman promosi baru akan dikemaskini di aplikasi ini. Boleh jadi orang pertama yang tahu promosi yang bakal ditawarkan.


5. Contactless Ordering
Melalui MB App, boleh juga buat pesanan dengan selamat melalui pesanan secara pickup atau drive through pickup. Boleh buat order melalui khidmat penghantaran seperti Grab Food, Food Panda atau Shopee Food.

Kalau masa dine-in, scan sahaja menu yang korang nak terus dari meja makan dan kemudian terus buat bayaran di kaunter. Tak perlu beratur di kaunter!

Aplikasi Marrybrown Malaysia (MB App)

Marrybrown App deals memang berbaloi sebab dapat jimat banyak. Jika korang downloand Marrybrown App sekarang, sebagai new member korang akan dapat free 1pc MB Crispy Chicken.

Walaubagaimanapun, penggunaan aplikasi Marrybrown ni hanya di beberapa lokasi Marrybrown Malaysia sahaja. Jadi, korang boleh semak dahulu outlet yang menawarkan great deals ni. Boleh check list Marrybrown Participating Outlet dan juga Marrybrown Near Me.


Korang boleh download aplikasi Marrybrown 2022, download Marrybrown Apps for free di Google Play atau Apple Store. Maklumat lanjut, layari laman di bawah.

Website Marrybrown
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Telegram: https://t.me/marrybrownmy

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post