ASTRO Dapat Lesen Hak Cipta Adaptasi Siri Liar (UK) dan Call My Agent! (France) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal ASTRO Dapat Lesen Hak Cipta Adaptasi Siri Liar (UK) dan Call My Agent! (France)

Trending

ASTRO Dapat Lesen Hak Cipta Adaptasi Siri Liar (UK) dan Call My Agent! (France)

ASTRO Dapat Lesen Hak Cipta Adaptasi Siri Liar (UK) dan Call My Agent! (France) | Syarikat penyiaran terkemuka Malaysia Astro, menerusi anak syarikatnya iaitu Astro Shaw peneraju industri perfileman tempatan, telah mendapat lesen hak cipta drama siri thriller yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards, ‘Liar’ untuk adaptasi ke dalam format Malaysia melalui produksi independent televisyen, filem dan digital serta syarikat pengedaran terkemuka, All3Media International. Liar merupakan idea asal oleh calon penerbit dan penulis skrip terbaik di BAFTA and Golden Globe, Harry dan Jack Williams. Selain Liar, konten yang turut akan mendapat hak cipta adaptasi menerusi kerjasama bersama Astro adalah drama siri ‘Call My Agent!’ (Dix Pour Cent), pemenang dua tahun berturut-turut bagi Drama Siri Televisyen Terbaik di Globes de Cristal Awards, France (2018 & 2019).

Drama Liar Versi Malaysia

Hasil usaha sama ini turut melibatkan Double Vision sebagai produksi yang akan menghasilkan Liar. Produksi Double Vision yang banyak menghasilkan karya-karya hebat seperti nominasi TV Format Adaptasi Terbaik (Skrip) di The ContentAsia Awards, ‘The Bridge’, juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak cipta adaptasi ini.


Diterbitkan oleh Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017, Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema persefahaman, stereotaip jantina di zaman masa kini, kekeluargaan serta penipuan. Drama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta dan sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014. Tambah lagi, drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Manakala versi remake di Spain pada tahun 2020 menggunakan tajuk Mentiras. Terkenal dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan dalam kalangan penonton untuk menantikan setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Oleh sebab kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.


Call My Agent! siri komedi drama hasil ‘creator’ Fanny Herrero, memaparkan kisah agensi bakat yang sentiasa sibuk dan di kenali dengan nama A.S.K di Paris berusaha untuk memuaskan hati bintang-bintang di bawah naungannya di samping memantapkan lagi perniagaan mereka. Tiga agen, Mathias, Gabriel dan Andréa tempuhi bersama setiap suka dan duka di dalam kehidupan profesional mahupun personal. Call My Agent! juga telah diadaptasi ke versi India (Call My Agent: Bollywood), Canada (Call My Agent!) dan Turkey (Menajerimi Ara). Selain Malaysia, negara lain yang bakal mengadaptasi siri ini adalah Korea Selatan, Indonesia, Timur Tengah, Filipina dan Poland.

Drama premium Liar dan Call My Agent! versi Malaysia dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini. Kesemua adaptasi ini boleh ditonton di saluran Astro dan On Demand atau Astro GO.

Drama Liar versi Malaysia
Call My Agent! versi Malaysia

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post