Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek X Alin Sidek, Trending di Youtube Dan TikTok - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek X Alin Sidek, Trending di Youtube Dan TikTok

Trending

Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek X Alin Sidek, Trending di Youtube Dan TikTok

Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek X Alin Sidek, Trending di Youtube Dan TikTok | Selepas menghasilkan debut single influencer TikTok pada awal tahun ini yang berjaya mencapai hampir setengah juta tontonan di Youtube 4U Entertainment, Aiman Sidek sekali lagi menghasilkan karya terbarunya yang dilancarkan minggu lepas yang diberi tajuk, Cinta Sejati.

Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek

Lagu Cinta Sejati merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang popular dengan single Cinta Terakhir yang pernah meraih lebih 10 juta tontonan di Youtube sejak lebih sedekad yang lalu. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Cinta Sejati dirakamkan secara duet bersama adik kandungnya sendiri, Alin Sidek yang membuat penampilan sulungnya dalam industri muzik tanah air.

Cinta Sejati mengisahkan tentang cabaran dan dugaan dalam mencari erti cinta sebenar yang tidak dapat ditukar ganti. Saya berharap nukilan ikhlas dari hati ini dapat dirasai oleh pendengar-pendengar dan pencinta muzik tanah air.


Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek

Lagu ini juga bakal menjadi OST telefilem Itulah Takdirnya yang akan bersiaran dalam masa terdekat serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem yang lain, dan dalam perbincangan untuk bekerjasama. Jom hayati Lirik Cinta Sejati Aiman Sidek.

Tertutup mata
Hilang semua ralat di jiwa
Berantakan merantai ritma
Yang tersimpan noda

Janji diputus Hati terguris
Membawa rasa Hilang tak ada

Ke mana ku cari ganti
Ke mana ku cari dia
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama

Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi
Bermadah pujangga

Beralun resah
Mengulit rasa rentap di jiwa
Ternanti-nanti
Pelangi yang mewarnai dunia

Janji diputus Hati terguris
Membawa rasa hilang tak ada

Ke mana ku cari ganti
Ke mana ku cari dia
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama

Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi
Bermadah pujangga

Hari yang bersilih ganti
Ku tetap ada di sini
Mencari erti sebenar
CINTA SEJATI

Ke mana ku cari ganti
Ke mana ku cari dia
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama

Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi
Bermadah pujangga


Cinta Sejati Lirik Video

Cinta Sejati Lirik Video | Sejak dilancarkan pada 1hb April yang lalu, jumlah tontonan di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 200,000 tontonan, selain tersenarai dalam carta trending di Youtube selama lebih seminggu dengan pencapaian terbaik pada tangga ke-8. Lagu Cinta Sejati juga telah mendapatkan lebih 10,000 perkongsian di TikTok dengan anggaran jumlah tontonan lebih 10 juta sebelum ianya dilancarkan pada 1 April yang lalu, selain perkongsian yang aktif di platform-platform media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp.


Rata-rata pendengar memberikan maklumbalas yang baik dan teruja berkenaan lagu yang dikatakan mempunyai vibe dan feel lagu-lagu hits dari seberang seperti karya-karya nukilan dan nyanyian artis hebat Indonesia seperti Melly Goeslow, Irwansyah dan lain-lain.

lirik cinta sejati aiman sidek chord
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post