Trending


Lirik Lagu Bunkface Korang, Lagu Baru Bunkface 2022

Lirik Lagu Bunkface Korang, Lagu Baru Bunkface 2022 | Kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul KORANG. Tidak seperti kebanyakkan lagu-lagu Bunkface sebelum ini dimana lagu nya ditulis sendiri oleh Sam (Vokalis Bunkface), kali ini Sam berkongsi karyanya bersama sama penulis yang lain seperti Epul Kuat, Izzy Musa dan Shahir. Anggota kumpulan yang lain, Youk & Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu KORANG.

Single Korang

“Lagu Bunkface ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface, dan kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama sama dengan peminat dan sahabat sahabat rapat disekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh dibelakang Bunkface! lagu ini adalah untuk korang semua” – Bunkface.

Tambah Sam lagi, Semua orang ada memori, semua orang ada hati, semua orang ada orang tersayang dan semua orang ada korang. Lagu “KORANG” telah dilancarkan pada jam 12 pagi 16 th Mac 2022 di seluruh platform digital rasmi Bunkface. 


Lirik Lagu Bunkface Korang

Single baru bunkface lyrics kat bawah ni! Lirik Lagu Bunkface Korang

Kumpulan Bunkface

Tajuk Lagu : KORANG
Composer: Sam Bunkface, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir
Lirik : Sam Bunkface, Paan, Youk
Producer: Sam Bunkface, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir
(C) 2022 Bunkface Production Sdn Bhd

Aku Ingat
Zaman Kita
Nakal Bersama
Setiap Masa
Memori Aku
Takkan Hilang

Lagu Ini
Engkau Pun Nyanyi
Pabila Malam
Engkau Sendiri
Memori Aku
Bila Bersama Korang
Korang, Korang, Korang

Tak Mungkin Aku Akan Lupa
Perjalanan Ini Bermakna
Ku Masih Ingat Kali Pertama
Lagu Kita Keluar Radio

Dan Aku Masih Orang Yang Sama
Imaginasi Aku Bergema
Kita Lepak Tunggu Dan Dengar
Lagu Kita Keluar Radio

Lepak Jamming
Depan Rumah
Kuat Mana Pun
Siapa Kisah
Memori Aku
Memang Takkan Hilang

Aku Rindu
Atas Pentas
Ku Nyanyi Lagu
Yang Semua Tahu
Memori Aku Bila Bersama Korang
Korang, Korang, Korang

Tak Mungkin Aku Akan Lupa
Perjalanan Ini Bermakna
Ku Masih Ingat Kali Pertama
Lagu Kita Keluar Radio

Dan Aku Masih Orang Yang Sama
Imaginasi Aku Bergema
Kita Lepak Tunggu Dan Dengar
Lagu Kita Keluar Radio

Korang, Korang, Korang, Korang, Korang, Korang!!!

Tak Mungkin Aku Akan Lupa
Perjalanan Ini Bermakna
Ku Masih Ingat Kali Pertama
Lagu Kita Keluar Radio

Dan Aku Masih Orang Yang Sama
Imaginasi Aku Bergema
Kita Lepak Tunggu Dan Dengar
Lagu Kita Keluar Radio
Radio Radio Radio
Radio Radio Radio

Kita Lepak Tunggu Dan Dengar
Lagu, Kita Keluar Radio
Dengar Lagu Kita Keluar Radio


Muzik Video Korang Bunkface

Muzik video KORANG bunkface pula telah dilancarkan pada jam 9 malam pada18 Mac 2022 di laman YouTube rasmi Bunkface.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post