Trending


Fazura Lancar Koleksi Fazura X Muhayya, Telekung Eksklusif Muhayya Magical

Fazura Lancar Koleksi Fazura × Muhayya, Telekung Eksklusif Muhayya Magical | Tak lama lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia dan sememangnya merupakan bulan yang dikasihi dan ditunggu-tunggu buat kita semua. Menarik sempena kedatangan Ramadan tahun ini, 18 Mac 2022 lalu, pelakon dan usahawan terkemuka, Nur Fazura Sharifuddin memperkenalkan koleksi telekung Fazura x Muhayya, kolaborasi eksklusif bersama Datuk Profesor Dr. Che Muhaya Haji Mohamad.

Telekung FazuraXMuhayya

"Alhamdullillah, syukur ke hadrat llahi kerana termakbulnya hasrat Faz untuk berkolaborasi bersama insan yang Faz kasihi, iaitu Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical." kata Fazura di di majlis pelancaran 'Baraqah Jumaat bersama Fazura & Bonda Muhaya' di Brick Studio by Metal Bees Petaling Jaya.


Koleksi Fazura X Muhayya

Koleksi Fazura X Muhayya ini menampilkan 2 koleksi iaitu Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna-warna yang menarik sempena bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Telekung Fazura

Koleksi Telekung Rindu Ramadan yang didatangkan dalam 8 warna menarik ini menggabungkan rekaan berkualiti yang mudah disarung tanpa perlu mengikat tali di kepala dengan gaya eksklusif, mewah dan menawan ternyata akan mengindahkan lagi ibadah Ramadan para muslimah.

la diperbuat daripada material Dubai furan yang selesa, sejuk dan tidak jarang dengan kemasan 'pleated' di bahagian kain bawah dan hiasan di bahagian badan. Gaya fesyen 'minimal' dengan sentuhan elegan menyerlahkan lagi rekaan telekung ini, terutamanya tumpuan mata pada sulaman logo MF yang dihiasi batu Kristal Swarovski yang membuatkannya kelihatan eksklusif.


Manakala di bahagian belakang telekung pula dihiasi pula dengan rekaan 'fishtail’ yang bergaya. Kain bawah didatangkan bersama dua poket di sebelah kiri dan kanan untuk memudahkan para Muslimah menyimpan barangan kecil tanpa perlu membawa tas tangan.


Di pagi Syawal pula, para Muslimah boleh menggayakan Telekung Sayang Syawal yang diperbuat daripada premium satin bersama kain bawahnya yang menggunakan material 'pleated’ Dubai fursan. Telekung ini mempunyai dua poket di kiri dan kanan kain dan rekaan 'fishtail' di bahagian belakang.

Keunikan prof muhaya telekung ini adalah kain bawah yang direka khas berpotongan fesyen ‘A’-line' menyerlahkan lagi gaya si pemakai. Selain daripada hiasan batu kristal Swarovski di sulaman logo MF, ia juga diletakkan di bahagian keliling leher supaya nampak lebih elegan.

la selesa, ringan, sejuk dan tidak jarang. Koleksi Sayang Syawal ini pula didatangi dengan 10 warna yang eksklusif untuk para Muslimah kelihatan lebih anggun dan menawan ketika menunaikan solat Aidilfitri bersama keluarga tersayang.


Harga Telekung Fazura × Muhayya

Untuk keluaran pertama koleksi telekung ini, hanya 20,000 buah telekung untuk each collection akan dikeluarkan. Harga Telekung Fazura × Muhayya adalah seperti berikut:

Koleksi Rindu Ramadan RM177
Koleksi Sayang Syawal RM197

Telekung Prof Muhaya Review

Di antara review telekung prof Muhaya koleksi Fazura X Muhayya
  • selesa ketika beribadah tanpa tali pengikat telekung, telinga tak sakit
  • tak perlu basuh dahulu, boleh pakai terus, bersih
  • kain yang ringan, sejuk dan tidak jarang
  • dua poket di kiri dan kanan kain
  • rekaan 'fishtail' di bahagian belakang

Rangkaian koleksi telekung Fazura X Muhayya in boleh didapati di laman Fazura official website Fazbulous dan Prof Muhaya website Muhayya Magical serta melalui Fazura Besties yang berdaftar di semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 25 Mac (Rindu Ramadan) dan 8 April (Sayang Syawal) ini.

prof muhaya telekung, telekung prof muhaya review, tudung labuh prof muhaya, harga telekung muhaya, fazura tudung
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Kita macam nak beli, tapi mata tak kena pulak dengan ada dua tone antara kepala dan bawah tu.. kalau satu tone color semua okay.. tapi nampak selesa..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post