Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing, Apa Ciri-Ciri Kucing Anemia?
    | Penyakit anemia pada kucing berlaku bila jumlah darah merah haiwan turun
    lebih rendah daripada biasa. Penurunan ini dapat disebabkan oleh kehilangan
    darah, penurunan jumlah sel darah merah yang dihasilkan, atau peningkatan
    jumlah sel darah putih.
    Ada banyak sebab dan punca yang boleh menyebabkan kucing menjadi anemia.
    Sekiranya jumlah sel darah merah turun dengan cepat atau sangat rendah,
    kucing memerlukan rawatan cepat kerana boleh membawa maut. Macam manusia
    jugalah, bila kurang darah kita tak dapat nak buat kerja rasa lemah sebab
    darah tak cukup nak bawa oksigen. 
  
  
    Kisahnya 14 Februari lepas, Cik Lily kena anemia. Mulanya dia duduk diam kat
    dapur, kencing di tempat dia duduk dan bulu kotor tak terurus. Tengah-tengah
    malam terpaksa Kak Bell basuh dan mandikan sikit dia. Kak Bell forced feed
    makan dan air tapi lepas 24 jam dia memang lemah sampai nak jalan pun tak
    larat. Balik kerja terus bawa ke emergency sebab rasa dia dah teruk sangat
    dah. Nasib baiklah Kak Bell cepat bawa ke klinik haiwan untuk rawatan.
  
Apa Itu Anemia Kucing?
    Apa itu anemia kucing | Anemia merupakan defisiensi atau penurunan
    jumlah sel darah merah (eritrosit) dalam darah kucing. Anemia pada kucing
    biasanya muncul secara beransur-ansur, tetapi ia juga boleh berlaku secara
    tiba-tiba. Terdapat dua jenis anemia kucing dan penyebab anemia pada kucing
    pun berbeza mengikut sebab dan jenisnya seperti post-hemorrhagic, hemolytic,
    hipoplastik, aplastic atau alergi.
  
  
    Anemia regeneratif: Ia adalah yang paling ringan, mudah dirawat dan
    berumur pendek. Sumsum tulang kucing masih mampu menghasilkan sel darah
    merah, tetapi ia mempunyai anemia kerana kadar kehilangan lebih besar
    daripada regenerasi. Iaitu, walaupun ia menjana sel darah merah, ia tidak
    mencukupi.
  
  
    Anemia bukan regeneratif: Kucing tidak lagi dapat menghasilkan sel
    darah merah, jadi kehilangannya lebih serius dan rawatan lebih panjang dan
    lebih rumit.
  
  Ciri-Ciri Kucing Anemia
Disenaraikan 12 ciri-ciri kucing anemia dan gejala anemia kucing.1) Kucing mengalami infeksi disebabkan parasit kutu.
2) Kucing akan lebih duduk diam dan bersendiri, hanya mahu berehat.
3) Kucing lemah dan lesu melampau kerana kurang darah
4) Kurang selera makan atau tak makan
5) Penurunan berat badan drastik
6) Bernafas pendek/abnormal
7) Dehidrasi/Kurang air
8) Gusi mengalami perubahan warna-mulut/bibir pucat
9) Bulu kucing kasar/tekstur bulu berubah
10) Muntah dan cirit birit
11) Warna kulit jadi kuning (jaundice)
12) Demam
Punca-Punca Anemia Kucing
Berikut adalah diantara punca-punca anemia kucing:- Kehilangan darah dari pendarahan luaran atau dalaman
- Penyakit autoimun
- Infeksi disebabkan parasit kutu
- Jangkitan virus -FIP/FPV (parvo)
- Penyakit buah pinggang
- Kanser
- Reaksi dari ubat
    Setelah bawa Cik Lily ke Hospital Veterinar Gasing, pertama sekali kena buat
    blood test/ujian darah. Untuk diagnosis kenalah buat ujian analitik pada
    sampel darah. Hematocrit dibuat untuk tengok jumlah sel darah merah sama ada
    normal atau tak, kemudian test kiraan darah lengkap untuk cek jumlah semua
    unsur darah, sel darah merah, sel darah putih dan platelet.
  
  Negative FIP/FPV
  
    Kiraan bacaan hemoglobin (HCT/PCV) kucing adalah 27.5-28 ke atas. Result sel
    darah Cik Lily cuma 8.4 sahaja masa warded dan disahkan cat anemia. Doktor
    cakap kucing anemia karena kutu! Maafkan mama ko ye sebab tak rutin bagi
    ubat kutu. Kalau lambat memang boleh mati dan chances dia survive pun
    sebenarnya rendah. Lepas doktor veterinar run ubat, drip air semua doctor
    bincang untuk rawatan selanjutnya. Bagi kes Lily hormon injection utk
    inducing red blood cell tak membantu dan memerlukan tranfusi darah dari
    kucing lain. Jadi cara tu je boleh selamatkan Lily, esoknya Kak Bell bawa 2
    ekor kucing untuk test darah tgk sesuai atau tidak. Alhamdulillah kucing
    pertama matched dan terus derma darah dan tranfuse ke Cik Lucy.
  
  
    Kucing yang derma darah, Abang perlu dibius sebab jenis garang dan meronta.
    Kak Bell lupa berapa beg dia ambil. Lepas siap amik darah, Abang sedar dari
    bius dia terus meronta masa dalam cage. Cage kucing terjatuh, dan dia lari
    ye. Masa tu Kak Bell kat kaunter bayaran dan cage kat luar. Nasib baiklah
    kesan ubat tu masih ada dan dia tak lari jauh. Duduk bawah keta. Staff
    hospital siap bagi wet food dan Kak Bell berjaya tangkap dia. Huhu. Bengang
    la kot lapar pastu kena amik darah pulak. Sebab pagi sebelum amik darah,
    meow tak boleh makan minum, kena puasa kejap.
  
Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing
    Jangan terkejut sebab ektoparasit kutu penyebab anemia pada kucing. Kutu
    pada kucing dipanggil ctenocepahalides felis dan
    ctenocephlides canis pada anjing. Disebabkan kehilangan darah yang
    banyak dan parasit kutu akan menyebabkan jangkitan parasit dalam darah
    kucing. Ketidakupayaan untuk menghasilkan sel darah merah menyebabkan kucing
    anemia karena kutu.
  
  Makanan Untuk Kucing Anemia
    Untuk mencegah anemia maka harus diperhatikan untuk pemilik agar selalu
    memberi makanan yang bergizi dan seimbang nutrisinya. Korang kena elakkan
    bawang terkena pada meow. Bawang dalam semua bentuk mentah, masak, atau
    kering boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia
    pada kucing. Kucing boleh pucat dan lemah pada tahap serius.
  
    Untuk kes Lily, perlu menjalani pemindahan darah/tranfusi darah dan
    seterusnya makan ubat Asid Folic dan antibiotik Doxycycline (Doxy). Untuk
    Abang yang derma darah pun kena ambik asid folic dan 1 lagi jenis ubat. Kak
    Bell lupa nama apa. Dalam kes kekurangan nutrien, perlu ubah diet kucing dan
    buat rawatan antiparasit iaitu letak ubat kutu jika kutu penyebab anemia
    kucing. Anemia kucing ni tidak boleh dirawat di rumah dengan ubat semulajadi
    ye. Cara merawat kucing anemia, mesti nak bawa ke klinik veterinar sebab
    penyakit ni berkaitan dengan kucing kurang darah.
  
  
    Ada juga Kak Bell nampak supplemen untuk tambah darah kucing iaitu sangobion
    untuk kucing. Tapi Kak Bell tak jumpa pulak maklumat lengkap tentang
    sangobion untuk kucing ni. Ada jugak jus penambah darah, sangsi juga
    dibuatnya. Walau apa-pun mesti nak rujuk vet atau petshop bertauliah ya.
  
    Cik Lily warded selama 5 hari. Selepas tranfusi darah, bacaan darah dia naik
    sikit kepada 17.5. Itupun sebenarnya masih rendah. Masa hari kelima, nampak
    dia dah mengeow nak balik. Kos rawatan anemia kucing memang mahal ye. Kos
    untuk proses pemindahan darah pun dah RM350! Kos ni dah masuk sekali derma
    darah-tranfuse darah. Total untuk rawatan Cik Lily adalah hampir RM1500.
  
  
    Alhamdulillah sekarang Cik Lily dah semakin sihat. Nampak dia ceria balik.
    Vet pun cakap bawa balik dan monitor dulu. Kalau ada isu bawa balik ke
    hospital. Sekarang Kak bell kena rutin cek masalah kutu/pinjal dan bagi diet
    sihat.
  
  
    Banyak penyakit yang berlaku pada manusia juga berlaku pada haiwan
    peliharaan. Anemia pada kucing adalah penyakit yang boleh menjadi sangat
    biasa berlaku pada kucing. Kalau kucing pucat dan tidak mau makan, kena
    selalu pantau kucing sebab kalau lambat penyakit anemia boleh mengancam
    nyawa kucing.