Trending


Buffet Ramadhan 2022 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village

Buffet Ramadhan 2022 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village | Restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepanjang bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi. Baru-baru ini Kak Bell sendiri telah mencuba kelazatan menu hidangan yang disediakan disini.


Buffet Ramadhan Ummis Hijau Kasturi Menu : Sajian Istana & Nusantara

Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri yang juga merupakan pemilik serta chef di restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian Istana & Nusantara. Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri yang pernah berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei lebih dari 8 tahun, dikongsikan menerusi santapan Istana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi menu buffet Ramadhan Ummis Hijau Kasturi tersebut. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.







Pasangan suami isteri in telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional dan pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.

Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal lkan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.


Harga Buffet Ramadhan Ummis Hijau Kasturi

Harga Buffet Ramadhan Ummis Hijau Kasturi bermula dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Kalau dibandingkan harga early bird buffet ramadhan 2022, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet ramadhan 2022 Kuala Lumpur yang termurah pada tahun ini.




Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara, boleh hubungi talian 03-40324383 (pejabat), 017-6534133 (operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).

*Harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga
*Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan


Buffet Ramadhan Ummis Hijau Kasturi Review

Untuk review Buffet Ramadhan Ummis Hijau Kasturi, Kak Bell boleh cakap semua hidangan di sini sedap dan menepati selera tekak Kak Bell. Memang sangat puas hati. Bukan sahaja menu utama, hidangan kuih muih pun tak kurang hebat. Jangan lupa cuba menu lempeng, lauk daging, paru goreng dan sambal sotong mereka yang sangat sedap! Berbaloi sangat korang makan sini sebab buffet ramadhan ummis hijau kasturi price yang murah dan menyelerakan.




Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula,surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.

Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.


Sambutan Hari Lahir Blogger Khai Artzfar di Ummis Hijau Kasturi
Pada 22 Februari 2022 yang lepas, rakan blogger, wartawan hiburan Khai Artzfar (Blog Budak Pacak) telah mengadakan majlis hari jadi di sini. Menariknya tarikh sambutan hari lahir beliau jatuh pada 220222, malah serentak dengan tahun ke-12 penubuhan blog beliau. Jadi majlis yang diadakan di Ummis Hijau Kasturi ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada rakan-rakan media, blogger dan pengamal media sosial serta pegawai perhubungan awam dan komunikasi yang banyak membantu menaikkan nama dan sentiasa menyokong beliau sepanjang 12 tahun ni.



Majlis hari jadi beliau dihadiri lebih kurang 50 orang tetamu serta turut mendapat pelbagai tajaan rakan-rakan strategik sebagai tanda sokongan. Selain Ummis Hijau Kasturi sebagai penaja lokasi, kek pula ditaja oleh Cat & The Fiddle. Usahawan tempatan Aspeks Kitchen turut menaja biskut dan 22 kek cawan sebagai simbolik tarikh lahir Khai manakala stokis Heads Shampoo iaitu M Cosmec dan portal hiburan Gayah Is Typing serta Buzzing Malaysia pula menaja hadiah cabutan bertuah buat tetamu.

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan semoga segala perjalanan karier beliau berjalan dengan lancar. Malam tu Kak Bell menang besar sebab dapat cabutan bertuah dan menang best dress. Terima kasih buat penaja semua.


Buat korang semua, jangan lupa berkunjung ke sini untuk menikmati sajian Istana dan Nusantara Ramadhan nanti.

Alamat Santapan Ummis Hijau Kasturi
G3A, Sentul Village Service Apartment,
No 10, Jalan Sentul Perdana, Sentul,
51200 Kuala Lumpur

Waktu operasi harian : Dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Waktu operasi Bulan Ramadan : 6.30 petang hingga 9.00 malam

Facebook Ummis Hijau Kasturi
Instagram Ummis Hijau Kasturi
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post