Review Garage 51 Subang, Hidang Menu Minuman Unik Picagari | Hi
    korang! Baru-baru ni Kak Bell pergi melepak di sebuah cafe di area Sunway
    berdekatan dengan Sunway Pyramid iaitu Garage 51 by Coffee Societe. Cafe ini
    adalah antara cafe hipster yang paling best dan mendapat sambutan dari
    pengunjung di sekitar Subang Jaya dan KL. Cafe ini juga telah menerima Best
    Cafe Award dari TimeOut KL (TOKL).
    Biasa bila dengar perkataan Garage mesti kita akan ingat sebuah bengkel.
    Kebetulan pulak memang kafe ni terletak di deretan kedai dan di kawasan
    belakangnya memang ada bengkel kereta. Memang kena sangatlah dengan namanya.
  
Konsep Garage 51
    Garage 51 Subang merupakan sebuah kafe yang berinspirasikan Melbourne, menyajikan
    makanan dan minuman yang unik dalam sebuah industrial garage! Konsep Garage
    51 ni sebenarnya adalah sebuah garaj kafe di mana deco dan konsepnya layak
    sebuah garaj. Ada tempat duduk yang diperbuat daripada tong drum, hiasan
    dalaman simple gaya hipster dan ada sebuah Beetle VW lama di luar cafe untuk
    bergambar!
  
  
    Terdapat 3 bahagian dining/ruangan tempat makan. Disediakan bahagian luar
    yang dulunya untuk bahagian individu perokok dan 2 tempat makan di bahagian
    dalam. Satu di bahagian bawah dan satu lagi di bahagian atas.
  
  
    Di bahagian bawah penjuru meja terdapat cangkuk berwarna hitam untuk
    menggantungkan beg. Buat korang yang datang makan kat sini, bolehlah letak
    beg kat situ supaya lebih selesa semasa duduk menikmati hidangan. Bukannya
    apa mejanya agak kecil tetapi portion dan pinggan menu pulak besar. Rasannya
    kalau duduk bertiga memang penuh meja dengan makanan.
  
Garage 51 Sunway Menu
    Di sini ada minuman unik picagari. Garage 51 Sunway Menu yang dimaksudkan
    ialah Messed Up Family Milkshake. Minuman keluarga kacau bilau katanya! Ada
    Father-in-Law (Avocado Chocolate Milkshake), Mother-in-Law (Matcha
    Milksahe), Me-Loh (Milo Milkshake), The Son (Nutella Milkshake), The Cousin
    (Salted Caramel Milkshake with brownies) dan The Nephew (Cookies and Cream
    Milkshake) dengan harga RM 18.90 setiap satu. Picagari tu dalamnya susu.
  
  
    The Cousin (Salted Caramel Milkshake with brownies)
  
  
    Mochatella
  
    Kemudian ada juga promo Buy 1 Free 1 untuk Happy Hour dari 3PM-7PM, ada
    Mochatella (Coffee Cubes + Nutella + Milk) RM5 dan Free Flow Juice &
    Iced Lemon Tea.
  
  
    Untuk menu makanan ada garage 51 set lunch menu Brunch, Pancake &
    Waffles, Dessert, Rice Bowl, Soup & Salad, Pasta, Fitness Menu, Light
    Bites, Burger & Sandwich serta Build You Own Meal. Menunya memang banyak
    jadi korang kena tengok sendiri buku daftar menu kat sini.
  
  
    Spaghetti Basil-Spinach Pesto with Grilled Chicken RM25
  
Butter Chicken Burger with Fries RM25
  Fish & Chips with Hollandaise RM23
  
    Garage Pancake with Nutella, Fresh Berries & Ice Cream RM22
  
Garage 51 Review
    Untuk 6 hidangan yang Kak Bell order (termasuk 2 minuman), semuanya sedap!
    Baru cuba beberapa menu je ni. Sangat puas hati dengan portionnya yang
    besar. Garage 51 menu price sangat berbaloi dengan saiz hidangan, rasa dan
    juga presentation makanan. Ayam untuk Basil Pesto tu sangat juicy, sampai
    malam dah takeaway pun masih sedap ya!
  
  
    Selain makanan yang sedap, suasana makan kat sini pun best sebab sangat
    santai untuk lepak dan chill dengan kawan-kawan. Korang patut datang cuba
    makan kat sini.
  
  Garage 51 Halal Ke Tidak? Is It Halal?
    Mesti ramai yang akan tanya Garage 51 halal ke tidak. OK, Garage 51 tidak
    mempunyai sijil Halal tapi pork-free cafe (Non-halal certified-Pork-Free).
    Jadi terpulang kepada anda sebab makan mengikut budi bicara anda sendiri
    berkaitan perkara ini.
  
  51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +60 3-5612 5618
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad
11:00 am – 11:00 pm