Trending


Datuk K Berkongsi Cerita Bagaimana Anaknya Boleh Berubah Dan Bina Bisnes Mutyara

Datuk K Berkongsi Cerita Bagaimana Anaknya Boleh Berubah Dan Bina Bisnes Mutyara | Baru-baru ini, terdapat satu pautan di mana Datuk K berkongsi cerita bagaimana anaknya boleh berubah. Perubahan yang berlaku ini melibatkan bisnes anak menantunya yang diberi nama Mutyara. Berniaga tidak mudah. Ia perlukan perancangan 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun akan datang bahkan lebih jauh lagi. Ia juga perlukan kesungguhan untuk mengurus dan menghidupkan sesuatu perniagaan hingga berjaya.

Menyedari akan hal itu, Datuk K merasa amat terkesan dengan perubahan yang berlaku bilamana anaknya berjaya mengembangkan bisnes yang dibinanya sendiri walaupun usia anak menantunya itu masih di tahap masih muda.


Tidak kisahlah jika anda mempunyai sesuatu produk, perkhidmatan atau jenama, tidak mudah untuk memulakan sesebuah syarikat yang mampu bertahan dalam dunia moden ini. Anda perlu melakukan sesuatu yang radikal untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Di sini dikongsikan sekali beberapa checklist sebelum memulakan sesuatu bisnes supaya anda tahu yang dunia perniagaan ini bukannya boleh dilompat masuk tanpa ada sebarang persediaan baik secara mental mahupun fizikal.


Checklist Sebelum Memulakan Bisnes

Untuk memulakan sesebuah bisnes online tidak hanya bergantung pada bajet modal yang besar. Perlu ada checklist sebelum memulakan bisnes. Antara perkara yang perlu diketengahkan adalah :

1) Jual apa yang ada di tangan / apa yang disukai
Sebagai contoh, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang bernama Asyraf telah mewujudkan sebuah perniagaan atas nama Mutyara bersama istrinya Tya Arifin dan produk utama mereka adalah minuman jamu moden. Kenapa? Kerana Tya merupakan anak kelahiran Indonesia dan keluarga Tya ini memang sudah sinonim dengan produk minuman jamu.

2) Jual sesuatu yang ada permintaan di pasaran
Apabila anda mempunyai minat terhadap produk atau servis yang anda jual, sudah pasti anda akan melakukan yang terbaik dengan penuh bersemangat bagi memastikan ianya dapat dikembangkan di pasaran. Berbeza dengan menjual sesuatu yang kurang digemari, akan terasa seakan dipaksa-paksa.

3) Platform Jualan
Terdapat banyak platform online seperti e-commerce dan juga media sosial untuk anda pilih. Meskipun punya kedai mempunyai impian semua peniaga tetapi jangan abaikan platform jualan online yang sudah sehati sejiwa dengan kehendak masyarakat kita. Contohnya, Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan lain-lain.


4) Cara Pengiklanan
Iklan sangat penting kerana orang tidak akan beli barang anda jika mereka tidak pernah dengar dan tidak pernah tahu. Untuk berjaya kena bagi orang nampak bisnes dan produk yang kita niagakan. Apakah kelebihannya dan apa kebaikannya pada pengguna. Itu semua perlu ditekankan.

5) Cari Mentor Terbaik
Nak berjaya dalam bisnes yang penuh cabarannya ni, punya mentor merupakan salah satu jalan selamat untuk berjaya. Mentor ini pula tidak boleh dipilih dengan cara tangkap muat. Nak berjaya kena dapatkan mentor yang punya pengalaman tinggi dalam bidang bisnes. Lebih baik, jika berjaya dapatkan mentor yang sudah terang-terang telah berjaya membantu ramai usahawan hingga tahap jutawan.



Datuk Wira Dr Azizan Osman Antara Mentor Usahawan Pilihan Ramai

Datuk Wira Dr Azizan Osman Antara Mentor Usahawan Pilihan Ramai | Dalam Malaysia ini, terdapat ramai mentor dan salah seorang daripadanya adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama pasukannya RichWorks telah berpuluh tahun dalam bidang ini. Terlalu ramai usahawan yang berjaya menjadi jutawan selepas dibimbing oleh RichWorks.

Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan hanya sekadar membantu bimbing bisnes usahawan-usahawan ini supaya dapat memperolehi keuntungan yang besar dalam bisnes malah kehidupan anak didiknya juga turut dijaga supaya menjadi insan yang lebih baik berbanding dulu.

Datuk K meluahkan sendiri betapa berbedanya anak beliau itu sebelum dan selepas menuntut ilmu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.


Asyraf Berjaya Penuhi Impian Tunjuk Hasil Membanggakan Pada Keluarga

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.

Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau paham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.



Asyraf Menyifatkan Dr Azizan Sebagai Mentor Terbaik Untuk Dirinya

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.



Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Kesimpulannya, Untuk Berjaya Itu Perlu Ada Ilmu Dan Mentor Yang Membantu Dari Belakang

Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan bisnes online sekarang ini sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan. Suka ataupun tidak, ilmu dan mentor perlu diberi perhatian untuk selamat dan berjaya dalam dunia bisnes.

Jika ada diantara anda yang merasakan ingin berjaya sama seperti Asyraf dan isterinya Tya, boleh segera ambil tindakan untuk mendapatkan ilmu dari Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks. Talian telegram turut dibuka untuk pelbagai perkongsian ilmu bisnes yang terbaik dan bermanfaat.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post