Trending


Anak Kucing Mati Dalam Perut, Penyebab Jangkitan Pada Rahim Kucing

Minggu lepas kucing Kak Bell, Cici masuk wad untuk sebuah surgeri. Hari ni kira dah masuk 6 hari selepas operation. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kisahnya pada Ahad lepas Kak Bell ingatkan si Cici nak beranak sebab cairan amnion atau yang disebut juga air ketuban dah ada keluar. Tapi dah beberapa jam tetap tak melahirkan. Rupa-rupanya anak kucing mati dalam perut dan menyebabkan jangkitan pada rahim kucing.


Cici Kena Jangkitan Pada Rahim Kucing iaitu Pyometra

Biasanya kalau kucing nak beranak, kita akan perasan depa ni akan mula cari tempat nak beranak atau nak bersarang. Kemudian gelisah tak tentu hala ke sana sini dan bunyi bising. Kak Bell perasan Cici ada keluar masuk litter box 2-3 kali tapi tak kencing. Ingatkan dia nak beranak dalam litter box. Kemudian nampak macam ada keluar something dari nonok dia. Kak Bell asingkan dia dan tunggu dia beranak. Tapi tak kunjung tiba, rupanya yang keluar tu adalah discaj atau nanah disebabkan Cici kena jangkitan pada rahim kucing iaitu pyometra.


Sebab dah tunggu beberapa jam, dah usap perut dia masih tak beranak, mula la rasa tak sedap hati. CIci masih keluar masuk litter box dan baru Kak Bell dapat amati betu-betul dan konfem yang keluar tu adalah discaj sebab warna warna discaj pyometra kucing adalah warna coklat atau pink merah. Then dia pun dah mula start muntah, jadi memang sahlah kena pyometra ni. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat artikel sebelum ni pasal pyometra Muezza dan Yaya (2 ekor dah pernah kena sakit ni).

Untuk kes sebelum ni berbeza dengan kes Cici yang disebabkan anak dia mati dalam perut. Lepas check-up semua dan confirm jangkitan rahim, Cici operate petang tu jugak sebab dah kritikal. Bahagian perut dia besar macam hamil. After surgeri selesai, doctor veterinar cakap memang ada 2 fetus (janin kucing) dalam perut yang dah mati dan menyebabkan jangkitan rahim. Masa sign borang consent tu risau jugak sebab doc cakap keadaan dah teruk dan ada risiko yang lepas surgeri pun ada cat yang tak boleh survive. Vet on antibiotik dulu sebelum bedah sebab approximate dah seminggu dia sakit. Nasib la tau juga bila discaj keluar (pyometra terbuka). Kalau pyometra tertutup memang innalillah lah.


Kucing Mengandung Berapa Bulan?

Sebagai pemilik, pentingnya kita memperhatikan kucing yang hamil. Bagi menjawab soalan kucing mengandung berapa bulan, pada umumnya kucing akan melahirkan bayi kucing pada hari ke 64 sampai 67 atau hari ke 58 sampai 67 masa kehamilan. Biasa memang payah untuk kita menentukan hari pertama kehamilan, dan sebab tu ada masa tenggang sampai hari ke 67. Jika sudah melebihi 67 hari, kucing perlu dibawa ke vet untuk pemeriksaan lebih lanjut dan operasi pembedahan cesar.

Masa Mengandung Kucing Berapa Bulan?
58 – 67 hari
64 - 67 hari



Memahami Tanda Anak Kucing Mati Dalam Perut

Untuk kes Cici memang Kak Bell tahu dia preggy tapi tak sangka pulak anak kucing mati dalam perut. Terdapat beberapa tanda anak kucing mati dalam perut dan salah satu kesan anak kucing mati dalam perut akan menyebabkan keluarnya discaj atau nanah dari kelamin kucing. Berikut adalah ciri-ciri janin kucing mati di dalam kandungan.

1. Kucing mengalami stress dan gelisah
2. Alat kelamin kucing berbau busuk
3. Keluar discaj berwarna/nanah kerana jangkitan pada rahim (daerah reproduksi)
4. Perut kucing besar, tidak kunjung kempes dan tiada pergerakan
5. Ada pendarahan yang tidak normal pada kelamin kucing
6. Keluar cairan sebelum waktu melahirkan (air ketuban pecah awal)



Ubat Kucing Selepas Pembedahan
Sekarang Cici masih lagi dalam pengambilan antibiotik. Kak Bell akan bawa semula ke Vet untuk buka jahitan pada hari ke-10. Cici ni pulak bukan main payah nak makan ubat. Dah pakai syringe pun dia punya meronta-ronta susah nak kata. Tapi lepas bedah ni dia lagi manja dari sebelumnya. Dah operate tetap nak tido sebelah atas katil ye. Dulu nak pegang tak boleh garang ya rabbi. Maybe dia happy kot selepas selamat di bedah. Berikut adalah antara ubat kucing selepas pembedahan untuk Cici.

  1. Antibiotik Baytril (potong 4, kena simpan balik dalam foil sebab tak boleh kena udara)
  2. Ubat tahan sakit Metacam Syrup
  3. Tablet antibakteria Flagyl (Metronidazole)
  4. Ubat sapu Polybamycin (pada tempat luka jahitan)



Kos Biaya Mengeluarkan Anak Kucing Yang Mati Dalam Perut

Seperti Kak Bell maklumkan, yang Cici kena pyometra/jangkitan dalam rahim disebabkan ada fetus mati dalam tu. Jadi kos biaya mengeluarkan anak kucing yang mati dalam perut lebih kurang sama dengan kos sebelum ni pada Yaya. Biaya operasi anak kucing mati dalam perut ni bergantung pada vet atau hospital yang korang pergi. Disebabkan Kak Bell dah emergency, pergi je hospital terdekat sebab malas nak pening-pening. Duit nanti kita cari lagi ye.


Mesti ada yang akan tanya soalan-soalan killer seperti cara mengeluarkan anak kucing yang mati dalam perut tanpa operasi/bedah atau cara mengeluarkan anak kucing yang mati di dalam perut. Jawapannyan tak lain tak bukan, kena bawa ke vet atau hospital veterinar untuk keluarkan fetus/janin atau anak kucing yang dah mati. Mesti operasi dengan dokter ye! Toksahlah bagi itu ini supaya nyawa kucing korang pun selamat. Tak ada cara mengeluarkan anak kucing yang mati dalam perut tanpa operasi pembedahan!


Nak mudah atau cara mengetahui anak kucing mati dalam perut, just perlu meraba perut induk kucing tersebut, jika ada benda keras atau mungkin ada pergerakan, maka ada kemungkinan anak kucing yang masih tertinggal di rahim induk kucing. Kemudian tengoklah perubahan sikap kucing korang. Mesti korang akan perasan tanda-tanda anak kucing mati dalam perut.

Jadi apa yang penting kena selalu perhatikan dan pantau kucing kita. Perhatikan jika ada tanda-tanda komplikasi atau benda pelik, berkemungkinan kucing korang tengah sakit. Kak Bell doakan agar semua urusan korang lancar dan dipermudahkan dan begitu juga dengan urusan Kak Bell juga. Aminn.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

9 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. kesian nya ke cici. semoga cepat sembuh ye cici

    ReplyDelete
  2. allahu sedihnya.. i feel u bella.. tapi x sangka masalah rahimm adoi.. dengar pun agak ngeri

    ReplyDelete
  3. kesiannyey ibu kucing tuuh.,.

    ReplyDelete
  4. Aduii kita takut sebenarnya sebab kita pun ada kucing betina.. so far belum pernah laa lagi walau dah dua kali beranak.. adeii siannyaaa..

    ReplyDelete
  5. Baru saya tau... Pernah kucing saya anaknya mati dalam perut, bila lahir2 tu dah mati...

    ReplyDelete
  6. Kesian cici nasib baik Bella cpt bwk pg vet, kucing kak dah 6 genarasi beranak semua okay

    ReplyDelete
  7. Ya rabbi siannya cici. Teringat u cte ritu..sian sangat..huhu.. thanks tau tulis artikel bermanfaat ni

    ReplyDelete
  8. uih, bahaya juga. rupanya common juga problem ni kt kucing kan.

    ReplyDelete
  9. Allahu Akbar. Kesiannya Cici. Alhamdulillah Kak Bell ambil tindakan segera kan. Tini pernah gak terfikir part haiwan time melahirkan, mestilah macam kita juga kan, I meant in terms of sakit and possibilities for any uncertanties macam nak kena ceasar ke what not tu. Kesian juga bila memikirkannya. Harapnya Cici segera kembali sihat dan aktif macam selalu ya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post