App McDonald’s Malaysia Perkenal Ciri Baharu Order & Collect|Siapa sahaja yang tidak suka makan di McDonald’s. Boleh dikatakan setiap orang mesti pernah membuat pesanan McDonald’s order online (mcdonald delivery). McD menu pun enak dan ada banyak pilihan seperti burger, ayam goreng, kentang goreng, aiskrim dan juga pelbagai pilihan kopi diperkenalkan oleh restoran khidmat segera popular ini. Buat korang yang gemar membuat pesanan melalui McDelivery, Kak Bell nak kongsi tentang ciri baharu Order & Collect di aplikasi McDonald’s. Nak tahu, jom baca lebih lanjut.
Menikmati hidangan kegemaran anda di McDonald’s menjadi lebih mudah dengan
ciri Order & Collect baharu yang terdapat dalam aplikasi McDonald’s.
Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan,
membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana
mereka ingin mengambil pesanan mereka, secara terus melalui telefon bimbit
untuk mcdonalds order online/mc delivery. Lebih mudah lah nanti kalau nak buat pesanan McD Breakfast menu atau McDonald’s Happy Meal untuk kanak-kanak.
McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman
pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui
aplikasi McDonald’s. Sama ada anda seorang ibu atau pelajar, ciri McDonald's
Order & Collect ini direka untuk menjadi alat yang menjimatkan masa dan
membolehkan pelanggan memesan hidangan menu McDonald’s kegemaran dengan
mudah hanya dengan satu klik. Pesanan akan disediakan serta merta oleh
cawangan restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui
Visa atau MasterCard.
Ciri Baharu Order And Collect Di Aplikasi McDonald’s Malaysia
Ciri baharu ini membolehkan pelanggan memesan dan membayar makanan secara
terus melalui aplikasi McDonald’s. Pelanggan boleh memilih untuk mengambil
pesanan melalui empat cara di restoran McDonald’s yang dipilih melalui ciri
baharu Order & Collect di aplikasi McDonald’s Malaysia.
Setelah memuat turun McD app Malaysia (bukan app McDelivery Malaysia), klik
pada order dan select restaurant McD near me. Korang akan nampak logo McD
yang available untuk menggunakan ciri Order and Collect. Setelah buat
pilihan restoren terdekat, korang perlu pilih samaada nak buat pesanan Bawa
Pulang (Takeaway), Makan di Restoran (Dine-in), Pandu-Lalu (Drive-Thru) atau
Pandu-Masuk (Drive-In). Di aplikasi juga akan tunjukkan masa operasi bagi
ciri pilihan berkenaan. Berikut ini adalah empat cara bagaimana nak membuat
pesanan McD menu kegemaran korang.
1. Bawa Pulang (Takeaway)
Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan
melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter.
2. Makan di Restoran (Dine-in)
Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui
telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja
mereka di restoran.
3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)
Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran
Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.
4. Pandu-Masuk (Drive-In)
Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di
restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan
disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan.
Malaysia Pasaran Pertama Asia Tenggara Menggunakan Ciri McDonald's Order And Collect
Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di
restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke
semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran
pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini. Kalau korang semak
masih tiada ciri ini, don't worry sebab McD akan tambah dan kembangkan ciri
ni di semua restoren mereka di Malaysia.
“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
“Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati.
Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s pantas menjadi salah satu
aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. Sejak daripada itu, aplikasi
tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan
Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang
memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran
pelanggan.
Kak Bell sudah mula menggunakan ciri ini melalui McD app. Duduk
siap-siap kat meja, buat order nanti depa tolong hantarkan hidangan McDonald's korang. Walaupun sebelum ni dah cepat ada kaunter layan diri dan cuma
collect hidangan di kaunter, sekarang ni lagi mudah dan pantas dengan ciri baru McD app ni! Tak payah nak beratur dan dapatlah kita minimalkan
contact dengan orang sekeliling.
Selain itu, apa yang Kak Bell suka di aplikasi Mcd ni ada tawaran hidangan
promosi di bahagian McDonald's Deals. Memang berbaloi sangat sebab lebih
murah dan dapat lebih banyak hidangan McD. Untuk McD Deals ni korang perlu
pesan di kaunter lah. Kemudian ada juga McCafe Rewards.
Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma
setiap minggu apabila mereka membelanjakan RM25 untuk Order & Collect
melalui Visa. Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun
aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store. Bersempena dengan
musim perayaan tahun baru Cina ni, korang dah order ke McD Prosperity
Burger? Jom muat turun McD app dan cuba cara baru order McDonald’s. Pasti
tidak mengecewakan!
Untuk maklumat lanjut layari https://www.mcdonalds.com.my/
Yayy tak payah guna Grab, Foodpanda dah. Lagi laju order pakai apps ni. Ruby dah guna semalam. Masuk mekdi takyah order kat mesin dah. Duduk dan order je kat meja. Anak pun tak berlari sana sini. Mak pun tak terjerit-jerit panggil anak. Hahaha
ReplyDeleteHahahah. Betul tu nk kn tgk anak lak masa beratur. Nampak pulak hadiah happy meal. Habis! Mudah dgn ciri baru ni. Yang penting kene rebut meja tu siap2.
Deletekite ingatkan benda ni dah lama ad rupanya baru launching sebab kite pakai awal lg sebelm dorg launch. yes benda ni sangat bagus dan diperlukan ya sebab mcd salu jem. yang kat shah alam tu rasanya dah boleh pertimbangkan kot pintu masuk parking dorg susah ye situ jem
ReplyDeletebae memang penggunaan apps mcd tapi tak pernah try lagi features ni. nanti boleh try
ReplyDeleteBagusnya mcd sekarang. Tahniah atas usaha mcd bagi memudahkan orang ramai. Btw kte peminat awak tau hahaha
ReplyDeleteBagus juga ni, mudah.. boleh order dr parking je then collect terus.. terus rasa nak order mcD oiii hahahahha
ReplyDeletethis is the greatest news ever! i love how they continuously make user experience easier for all. sometimes it does get challenging to even get a parking spot outside, so this is definitely a lot more convenient!
ReplyDeletelebih senang dan mudah. tak payah berurusan di kaunter. bila kemudahan ini diutamakan mmg lagi ramai pelanggan yg selesa & akan membelinya
ReplyDeletesenangkan bila dah ada apps ni.. boleh plan nak makan apa x perlu stress dah smpi kaunter br nak order
ReplyDeleteBagus this new feature, sis pun dah bayak kali try and like it. So easy and jimat masa.
ReplyDelete