Sambut ketibaan Tahun Harimau Dengan Peraduan Menang Emas KITKAT | Tahun
    Baharu merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mengujakan buat
    ramai orang. Pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk meraikan
    segala pencapaian dan kenangan yang dikecapi sepanjang tahun bersama
    keluarga dan kawan kawan. Tahun ini, jenama konfeksioneri terkemuka di
    Malaysia, KITKAT ingin mengajak semua pengguna untuk “Kongsikan Kasih
    Sayang, Kongsikan Detik Keemasan” pada musim perayaan ini. Untuk
    menyempurnakan saat penuh bermakna ini, rangkaian KITKAT Gold edisi terhad
    amat sesuai diberikan sebagai hadiah kepada sanak taulan dan rakan bagi
    meraikan semangat kekitaan pada Tahun Baru Cina yang akan datang.
    Keseronokan dalam bertukar-tukar hadiah, atau berkongsi sekotak coklat
    dengan orang tersayang adalah detik yang cukup indah untuk dinikmati. Tahun
    ini KITKAT Malaysia berbesar hati untuk menawarkan pek perayaan dengan reka
    bentuk yang lebih unik, yang cukup sesuai untuk dikongsikan atau dihadiahkan
    kepada orang yang tersayang.
  
Rangkaian KITKAT Gold Edisi Terhad Dengan Kotak Penyimpanan KITKAT Prosperity CNY
    Rangkaian KITKAT Gold Edisi Terhad didatangkan dalam rekaan eksklusif
    bungkusan emas yang diserlahkan lagi dengan elemen-elemen perayaan yang
    bersinar dan berkilauan, sesuai bukan sahaja untuk dikongsi bersama malahan
    juga diberikan sebagai hadiah perayaan untuk Krismas dan Tahun Baru Cina.
    Rangkaian edisi terhad ini terdiri daripada pelbagai jenis pek-pek istimewa
    termasuklah KITKAT Gold 4 Jejari Tunggal, Beg Perkongsian KITKAT Gold,
    Sarung Beg Perkongsian Perayaan KITKAT 12 kepingan, Sarung Perayaan KITKAT
    Bar, KITKAT Senses, KITKAT Cele-break dan kotak penyimpanan KITKAT
    Prosperity CNY.
  
  
    KITKAT Gold menawarkan wafer rangup istimewa KITKAT yang disaluti gabungan
    dua lapisan coklat - coklat kuningan emas (di atas) dan coklat susu halus
    (di bawah), disempurnakan lagi dengan rasa kaya kacang dan mentega.
    Memberikan anda pengalaman yang unik dan mempesonakan dalam setiap gigitan.
  
Jom Sertai Peraduan Menang Emas KITKAT Sempena Tahun Harimau 2022
    Sempena tahun Harimau yang bertuah bagi Tahun Baru Cina kali ini, KITKAT
    juga ingin berkongsi detik keemasan (Golden Break) bersama para pengguna
    melalui pelancaran Peraduan Menang Emas KITKAT. Peraduan unik ini yang
    bermula dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022, menawarkan
    hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM460,000 untuk dimenangi.
  
  
  • Hadiah Pertama : RM8,888 - 12 x pemenang
• Hadiah Istimewa : RM888 – 18 x pemenang
• Hadiah Mingguan : RM188 - 80 x pemenang mingguan
Cara penyertaan peraduan:
• Langkah 1 : Beli mana-mana produk KITKAT Konfeksioneri bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit
• Langkah 2 : Tulis nama dan nombor Kad Pengenalan (seperti tertera pada Kad Pengenalan) di atas resit pembelian asal;
• Langkah 3 : Tangkap gambar resit tersebut dengan jelas
• Langkah 4 : Hantarkan gambar resit melalui WhatsApp ke 018-228 3911
  
    • KITKAT Gold Tiramisu (Klik untuk resepi)
• Hadiah Istimewa : RM888 – 18 x pemenang
• Hadiah Mingguan : RM188 - 80 x pemenang mingguan
Cara penyertaan peraduan:
• Langkah 1 : Beli mana-mana produk KITKAT Konfeksioneri bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit
• Langkah 2 : Tulis nama dan nombor Kad Pengenalan (seperti tertera pada Kad Pengenalan) di atas resit pembelian asal;
• Langkah 3 : Tangkap gambar resit tersebut dengan jelas
• Langkah 4 : Hantarkan gambar resit melalui WhatsApp ke 018-228 3911
#KITKATEasyRecipeasy
      KITKAT Gold juga ingin berkongsi resipi kek dan kuih istimewa
      (KITKATEasyRecipeasy) yang menggunakan KITKAT Gold edisi terhad. KITKAT
      mengajak para peminatnya untuk mencuba dan menikmati ciptaan lazat baharu
      ini bersama orang tersayang!
    
  • KITKAT Gold Crème Brulee donuts (klik untuk resepi)
Anda boleh tonton video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan dilancarkan melalui https://www.youtube.com/KitKatMalaysia
Kunjungi laman sosial mereka di https://www.facebook.com/kitkatmalaysia untuk maklumat lanjut.