11 Peserta Big Stage 2022 Diumumkan, Pemarkahan Live Marking Oleh Juri Diperkenalkan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 11 Peserta Big Stage 2022 Diumumkan, Pemarkahan Live Marking Oleh Juri Diperkenalkan

Trending

11 Peserta Big Stage 2022 Diumumkan, Pemarkahan Live Marking Oleh Juri Diperkenalkan

11 Peserta Big Stage 2022 Diumumkan, Pemarkahan Live Marking Oleh Juri Diperkenalkan | Program Big Stage sebuah program realiti pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai BBNU kini kembali dengan Big Stage Musim 4. Big Stage 2022 bakal menyaksikan persaingan kompetitif di antara 11 bintang utama yang mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama lapan minggu.

Poster Promo Big Stage

Peserta Dari Brunei Dan Indonesia Dalam Big Stage 4

Seramai sembilan BBNU dari Malaysia dan dua bintang BBNU dari Brunei dan Indonesia terpilih untuk beraksi di pentas Big Stage 4. Lima bintang wanita yang akan berentap untuk musim ini ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla. Manakala enam bintang lelaki pula adalah terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).**Peserta ke-12 ialah Iqbal Zulkefli (Malaysia).

11 Peserta Big Stage 2022


Konsep Baharu Penjurian Big Stage Malaysia 2022, Siti Nurhaliza & Ajai Juri Tetap

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar lebih telus, buat pertama kalinya konsep baharu penjurian program realiti Big Stage Malaysia 2022 diperkenalkan. Proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Dato Seri Siti Nurhaliza dan Ajai

Peserta Big Stage 4

Seorang juri jemputan juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu bagi mengisi kerusi ‘Juri Pedas’ untuk mengadili persembahan para bintang bersama-sama dua lagi juri tetap, Dato Seri Siti Nurhaliza dan Ajai. Manakala, kerusi Presiden Netizen yang diperkenalkan buat pertama kali pada musim lalu untuk menjurikan pertandingan Big Stage dengan kupasan sudut perspektif yang mewakili suara ramai masih lagi dikekalkan sebagai salah seorang panel juri Big Stage 2022. Pemilik kerusi ini hanya akan diumumkan sewaktu konsert pertama kelak.

Big Stage 2022 masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.


Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara big stage 2018 musim pertama. Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara big stage 2019 (musim kedua) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara big stage 2020.

Selebriti Alif Satar & Sherry Al Hadad

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.


Selebriti Alif Satar & Sherry Al Hadad masih kekal hos utama big stage musim 4 yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 6 Februari 2022.

Program Big Stage 2022 boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Bagi ntuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2022’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post