Trending


Saiful Jaicob Menghidupkan Semula Lagu Etnik Sabah Dengan Nokuro Baino

Saiful Jaicob Menghidupkan Semula Lagu Etnik Sabah Dengan Nokuro Baino | Seperti yang kita sedia tahu bahawa negeri Sabah adalah negeri yang dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu dan merupakan negeri yang mempunyai pelbagai bahasa serta dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional . Majoriti etniknya adalah Kadazan, Dusun, Murut.


Maksud Lagu Nokuro Baino

Saiful Jaicob atau nama sebenar Md Noor Saifullah yang merupakan penyanyi dan composer, anak kelahiran Sabah mengambil peluang untuk mengetengahkan budaya ini dengan meriliskan single terbarunya dalam Bahasa Dusun (lirik lagu Dusun) yang berjudul Nokuro Baino. Maksud lagu Nokuro Baino ialah 'Mengapa Sekarang' dan dicipta sepenuhnya oleh Saiful Jaicob dan dirakam di Ben Studio, Sabah.

"Sepanjang proses rakaman lagu ini, pelbagai dugaan yang ditempuhi seperti penggubahan lirik lagu itu kerana terdapat sebahagian penggunaan perkataan yang kurang sesuai. Tambahan pula saya seorang yang kurang pengetahuan tentang perkataan-perkataan Dusun yang lebih mendalam dan puitis. Walaubagaimanapun, lagu ini akhirnya berjaya disiapkan setelah meminta rujukan kepada seorang komposer Dusun yang lebih arif di Sabah iaitu Sekar Madusa . Saya mula aktif kembali selepas pandemik covid-19 dan dijangka akan mengeluarkan single terbaru dalam masa terdekat ini’’ kata Saiful Jaicob

Menurut Saiful , lagu ini diilhamkan dari kisah benarnya sendiri. Lagu ini sudah siap rekod sepenuhnya pada tahun 2019, namun belum dikeluarkan secara rasmi. Lagu Dusun ini dicipta ketika pertandingan tahunan "Sugandoi Kaamatan" yang semakin rancak di Sabah. Sugandoi Kaamatan ialah pertandingan nyanyian yang dianjurkan sempena Pesta Kaamatan di Sabah. Syarat lagu yang dinyanyikan adalah lagu dalam bahasa Dusun,bKadazan, Murut. Disebabkan itulah lagu ini diciptakan untuk mengetengahkan lagu ini.


Sebelum ini, Saiful Jaicob mempunyai beberapa buah single pada tahun 2014 dan telah menemui langkah untuk menceburi dalam dunia nyanyian apabila menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 bersama beberapa composer tempatan Sabah yang lain. Program tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni utamanya tentang kesedaran & kepentingan hakcipta dalam karya – karya mereka, perkongsian tips & cara membuat lagu hits serta pembikinan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit.


Saiful Jaicob menjelaskan bahawa beliau berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaannya sebelum ini kepada Luncai Emas menerusi program Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Video Muzik telah menjadikan beliau sebagai composer secara eksklusif di bawah publisher Luncai Emas. Lagu-lagu ciptaannya sebelum ini ditadbir & diuruskan secara digital oleh Luncai Emas.

"Saya memilih Luncai Emas adalah kerana saya yakin Luncai Emas boleh mengetengahkan pelbagai jenis lagu atau bahasa di Malaysia ini Khususnya di Semenanjung" kata Saiful Jaicob.

Single Nokuro Baino ini telah berada di semua saluran digital & youtube Luncai Emas untuk didengarkan. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Di bawah adalah lirik lagu Nokuro Baino dan maksud lagu nokuro baino dalam bahasa Malaysia.


Nokuro Baino Lirik (lirik lagu dusun)
Lagu & lirik : Saiful Jaicob

Gisom do baino kakal oku oupus dika
Au milo nodi do iduon hiti suang do ginawoku
Kumaa dika oi koupusanku sundung baino au koh nodi
Rumikot hiti toningku

Nunu sala ku kumaa dika
Tu au koh nodi mupus doho
Au koh nodi mintong doho
Tumolikud koh nopo kasari

Poboroson nopo daa doho
Nung haro kosinduol ginawo ni
Nung haro nangku katgadan ni
Kumaa doho

Osorou ku podi gulu
Dih maso toh miginawo
Sopi duo-duo kito poh
Sopi irak-irak toh

Nga baino nokosuai nodi
Iti piupusan toh
Kada tilombuso sinduol nu
Dih au ku orotian

Umbalan ku monolop suang do ginawo ni
Om haro poh nangku tupus nu kumaa doho

Nunu sala ku kumaa dika
Tu au koh nodi mupus doho
Au koh nodi mintong doho
Tumolikud koh nopo kasari

Poboroson nopo daa doho
Nung haro kosinduol ginawo ni
Nung haro nangku katgadan ni
Kumaa doho


Mengapa Sekarang Lirik (Lirik Bahasa Melayu)

Sehingga kini aku masih mencintaimu
Sukar untuk menghilangkan perasaan ini kepadamu kekasih ku
Walaupun kini engkau tidak mahu lagi hadir di sisiku

Apakah salahku terhadap mu
Kau seolah tidak mencintaiku lagi
Kau tidak lagi mahu memandangku
Kau selalu berpaling muka kepada ku

Cuba beritahu kepada saya
Apakah ada sesuatu yang menyakitkan hatimu
Mungkin ada perkara yang membuatkan kamu marah
Terhadap saya

Aku masih teringat suatu ketika dahulu
Sewaktu kita masih menjalinkan perasaan
Kita berdua-duaan
Sambil ketawa bersama

Namun kini telah berbeza
Jalinan cinta kita
Dan ku mohon padamu jangan teruskan tingkahmu
Yang sukar di mengertikan

Aku coba menyelami perasaan mu
Adakah masih ada sisa cinta mu terhadap ku namun sia-sia

Apakah salahku terhadap mu
Kau seolah tidak mencintaiku lagi
Kau tidak lagi mahu memandangku
Kau selalu berpaling muka kepada ku

Coba beritahu kepada saya
Apakah ada sesuatu yang menyakitkan hatimu
Dan mungkin ada perkara yang membuatkan kamu marah terhadap saya

Semoga lagu ini berjaya memikat pendengar dan lagu bahasa dusun berkembang sehingga ke semenanjung.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post