Drama Hati yang Dikhianati, Mis Tres Hermanas Malaysia Tampilkan Elizad & Iqram Dinzly - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Drama Hati yang Dikhianati, Mis Tres Hermanas Malaysia Tampilkan Elizad & Iqram Dinzly

Trending

Drama Hati yang Dikhianati, Mis Tres Hermanas Malaysia Tampilkan Elizad & Iqram Dinzly

Bagi menyuntik kelainan segar sekaligus merancakkan lagi kisah penuh dramatik naskhah adaptasi Mis Tres Hermanas versi Malaysia iaitu drama Hati Yang Dikhianati, dua pelakon handalan yang tidak asing lagi, Elizad Sharifuddin dan Iqram Dinzly dibawa masuk untuk menyandang dua watak baharu yang diperkenalkan pada pertengahan jalan cerita. Pengenalan watak antagonis baharu dan konflik cinta yang semakin rumit bakal sentuh emosi peminat drama ‘Hati Yang Dikhianati (My Three Sisters Malaysia).


Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati

Elizad Sharifuddin melakonkan watak Tasya, seorang peguam yang sedang berperang dengan masalah depresi selepas kematian suaminya. Pada mulanya, niat Tasya hanya untuk membantu Elyas kerana iras wajah Elyas mengingatkan Tasya kepada arwah suaminya. Namun lama-kelamaan hatinya semakin tertaut dan mula jatuh cinta dengan Elyas sehingga menimbulkan konflik apabila Lisa yang telah lama hilang muncul semula. Manakala Iqram Dinzly pula membawakan watak antagonis bernama Azran, seorang bekas banduan yang juga merupakan bekas teman lelaki Maria. Azran juga merupakan seorang psikopat yang suka menipu. Azran memasang hasrat untuk merampas legasi Solis sekaligus menjatuhkan keluarga Dato’ Ghafar.



Penceritaan drama ‘HYD’ mengisahkan tentang perhubungan Elyas dan Lisa yang terus diduga. Kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya yang cuba mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula mengubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka. Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan.

Azran, seorang lelaki misteri yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria sekaligus membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.


Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati

Hati Yang Dikhianati Cast | Antara barisan pelakon drama hati yang dikhianati ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Wan, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam Noor, Fendy Bakry serta ramai lagi. Sebagai bonus, single terbaharu penyanyi Kaka Azraff berjudul ‘Janjiku’ turut diangkat menjadi lagu ost hati yang dikhianati.



Hati Yang Dikhianati Wikipedia

Pada 12 April 2021, drama adaptasi Hati Yang Dikhianati dapat ditayangkan sebanyak 40 episod sahaja akibat PKP 3.0. Kemudian, pada 22 Oktober 2021, drama tersebut disambung semula sehingga episod 65 tetapi ditambah 25 episod menjadikan sebanyak 90 episod. Drama tersebut terus ditambahkan beberapa episod setakat ini menjadikan sebanyak 105 episod dan kini ditambah sekali lagi sebanyak 120 episod setakat ini. Untuk makluman, jumlah episod keseluruhan sebenar drama Hati Yang Dikhianati belum dikenal pasti kerana mempunyai plot twist oleh penonton dan dikatakan drama Malaysian long-series yang berkonsepkan interaktif terbuka atau 'open ended'. Petikan dari Hati Yang Dikhianati Wikipedia.


Sehingga kini, drama ini sudahpun bersiaran lebih 100 episod menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) atau strim di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post