Filem Backstage Indonesia Menemui Penonton Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Backstage Indonesia Menemui Penonton Malaysia

Trending

Filem Backstage Indonesia Menemui Penonton Malaysia

Penerbit Astro Shaw kembali merancakkan industri perfileman tanah air dengan kemunculan filem pertama di tahun 2022 menerusi drama kekeluargaan, Backstage! Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia. Filem Backstage Indonesia bakal menemui penonton Malaysia bermula 20 Januari ini.


Gandingan Adik-Beradik Terkenal Indonesia Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia

Menariknya, Backstage mempertaruhkan gandingan adik-beradik terkenal Indonesia iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. 


Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu di dalam filem. Lagu ‘Melangkah’ menjadi lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah, lagu lain yang turut menghiasi filem adalah ‘Apa Adanya’, ‘Aku Takkan Berhenti’, ‘Seberapa Pantas’, ‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’.

Selain itu, filem arahan pengarah Guntur Soeharjanto ini turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember 2021 sehingga kini.


Film Backstage Tentang Apa?

Film Backstage Tentang Apa? | Filem ini mempersembahkan jalan cerita yang dekat di hati penonton dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha Prescilla.


Penampilan pertama gandingan adik-beradik popular Vanesha dan Sissy di dalam filem ini juga membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’ yang mampu meninggalkan kesan. Malah, Backstage juga mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia.


Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, pihak Ideosource Entertainment dan Endeavor Content berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia.

Nantikan Film Backstage 2021 full movie yang hanya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari 2022. Ikuti perkembangan dan info tentang filem Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post