Trending


Resepi Telur Hancur Sayur Kucai Ringkas

Hi semua! 2 hari lepas cuti dari bekerja dan Kak Bell memang totally berehat sahaja di rumah. Memang duduk rumah hingga tak turun ke kedai langsung nak beli makanan dan seadanya. Dah masuk waktu petang, nasi pun belum ditanak apatah lagi nak masak menu hidangan lain. Barang dalam peti ais pun tak ada apa, cuma ada telur, sayur kucai dan cili. Lately memang jarang masak dan tak top-up pun barang basah atau sayur takut kejung je nanti dalam peti ais. Bila dah perut kelaparan, jadi pakai je apa barang yang ada.



Disebabkan malas nak tunggu nasik masak, Kak Bell masak lauk ajelah. Nampak tak punya lah malas bila tak datang mood nak memasak. Asalnya nak buat telur hancur, kemudian makan dengan daging burger Ramly. Tapi bila tengok ada sedikit lagi baki daun kucai masa buat cucur udang + crinkle fries aritu, Kak Bell campak je sekali buat Resepi Telur Hancur Sayur Kucai yang ringkas.

Bahan-bahan
3 biji telur ayam
1/2 potong cili merah
Sedikit daun kucai
Secukup rasa Maggi
Serbuk lada hitam/lada sulah
Sedikit minyak

Cara Buat Resepi Kucai Dengan Telur

1) Basuh telur dan pecahkan. Kemudian pukul rata telur.
2) Potong daun kucai dan cili merah.
3) Perasakan telur tadi dengan sedikit secukup rasa.
4) Panaskan minyak kemudian masukkan telur.
5) Kacau dan pecah-pecahkan telur hingga hancur.
6) Kemudian masukkkan kucai dan cili merah.
7) Taburkan sedikit serbuk lada hitam/lada sulah.
7) Kacau dan biarkan hingga kucai layu dan sedia dihidang.




Mudah sahaja kan. Untuk telur tu boleh sahaja nak tambahkan sedikit air putih nak bagi warna telur hancur tu cantik putih macam kat hotel. Kemudian masak sayur kucai tu sekejap sahaja sebab kucai cepat layu dan masak. Oklah selamat memasak!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post