FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND TAMPILKAN PELUMBA KERETA & SUPERCAR NEGARA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND TAMPILKAN PELUMBA KERETA & SUPERCAR NEGARA

Trending

FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND TAMPILKAN PELUMBA KERETA & SUPERCAR NEGARA

Filem bertemakan perlumbaan kereta sering dilihat berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Salah satu daya tarikannya adalah adegan-adegan menarik serta menampilkan kereta-kereta koleksi menarik idaman penonton. Buat peminat kereta, filem Marabahaya Underground akan menampilkan kereta-kereta terhebat seperti, Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo, Porsche dan banyak lagi. Selain itu, filem berdurasi 90 minit tersebut turut dipadatkan dengan adegan kejar-mengejar yang sudah cukup membuatkan adrenalin penonton mengalir deras. Bukan hanya satu babak yang pamerkan aksi tersebut, tetapi dari awal sehingga ke penghujung filem!


Filem ini menggandingkan pelakon popular tanah air, Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama. Ini adalah kali pertama kedua-dua bintang ini digandingkan berdua untuk sebuah filem, namun ‘chemistry’ atau keserasian mereka berdua dalam menggerakkan watak dapat dirasai. Bagi watak antagonis pula dilakonkan oleh pelakon filem Olabola iaitu Jian Wein dan penyanyi rap tanah air yang semakin meningkat naik, MK K-Clique.



Watak-watak lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan Cat Farish. Manakala bagi penampilan istimewa seperti, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang.

Selain berlakon, Cat Farish juga menggalas tanggungjawab sebagai Penerbit dan Pengarah Bersama bagi filem ini. Pengarahnya pula adalah Helmi Yusof, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Bikers Kental (2013), Bikers Kental 2 (2019) dan banyak lagi.


Tajuk : Marabahaya Underground
Genre : Aksi Komedi
Pengarah : Helmi Yusof & Cat Farish
Produksi : D’edge Communication (M) Sdn Bhd
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 90 min
JumlahHariPenggambaran : 45 hari
Lokasi Penggambaran :Ipoh, ShahAlam & Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan di AstroFirst : 2 Disember 2021

OST FILEM
Lagu: Velocity
Penyanyi :Operahaus x Lil J feat Eddie G, Bee Manhan, Malik Abdullah & Orga
Lirik :Faizul, Lil J , Eddie G, Bee Manhan, Mambang & Orga
Komposer :Faizul

BARISAN PELAKON
Hazama sbg Ahmad Fisun (Chon)
Joey Daud sbg Shah Dhani
MK KCLIQUE sbg MK
Jian Wein sbg EDK
Jasmin Suraya sbg Dotty
Dayana Roza sbg Amyra
Scha Elinnea sbg Intan Juliana
Santesh Kumar sbg Santesh
Amzarul sbg Mail
Cat Farish sbg Loyai


SINOPSIS FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND

Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Akan tetapi Shah Dhani juga adalah seorang yang banyak hutang dan kaki judi. Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya dari hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon. Kemudian Chon ditugaskan untuk menghantar barang kepada pelanggan Dotty, tetapi barang itu telah tertukar tanpa disedari oleh Chon dengan sebungkus sampah. Dotty mengugut Chon untuk memulangkan duit yang hilang itu dan Chon merasa Shah Dhani telah mengkhianatinya. Akibat daripada kejadian itu, Shah Dhani telah diculik oleh orang suruhan Dotty. Chon dan rakan-rakan terpaksa menyertai perlumbaan haram yang besar “Mara Underground” untuk menggantikan wang yang hilang.

Jangan lupa saksikan live episod filem aksi komedi bertemakan aksi kereta, Marabahaya Underground full movie online yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 2 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post