Trending


Makan Cucuk-Cucuk Steambot Sedap Di Amoi Steamboat TTDI

Hi korang! Kadangkala bila dah boring nak makan nasi atau menu biasa semasa dinner buat tekak ni tak puas. Tak lalu makan dibuatnya. Jadi mesti nak cari menu makan yang lebih ringan kan? Kalau kat TTDI ni ada banyak juga tempat makan yang best. Kalau malam di tapak pasar malam, berderet gerai-gerai jual pelbagai jenis makanan yang pelbagai. Memang tak sah kalau tak berhabis sebab semua buat tekak rasa nak makan.



Kali ni Kak Bell nak kongsi satu lagi tempat makan best di TTDI iaitu menu cucuk-cucuk steamboat. Memang ada banyak je tempat atau restoren yang menyajikan steamboat dan grill, tapi tempat cucuk-cucuk steamboat ni santai je dijual dengan van. Kak Bell makan cucuk-cucuk steambot sedap di Amoi Steamboat TTDI yang terletak di depan Secret Recipe TTDI dan berdekatan McD TTDI. Haritu lepas makan Miecord Char Kuey Teow terus menyinggah kat van Amoi Steamboat ni. Memula was-was jugak sebab ingat tak halal. Tapi dah usha-usha logo ada tanda Halal.




Kat Amoi Steambot ni ada macam-macam jenis cucuk-cucuk yang korang nak. Ada jenis bebola yang pelbagai, sayuran dan juga sotong fresh, kerang dan sebagainya. Untuk harga korang boleh tengok cucuk lidi tu ada ditandakan dengan warna hijau (RM3), merah (RM2.50), hitam (RM3.50) dan biasa tanpa warna (RM2). Bab harga ni standard la area TTDI kan, tak dapat la secucuk RM1.

Walaupun agak pricey tapi memang terbaik cucuk-cucuk steamboat kat Amoi Steamboat ni. Korang boleh request untuk celur biasa atau goreng tepung kat sini. Kuah dia sangat lah sedap terutama bila makan yang goreng tepung. Biasa kalau Kak Bell datang akan beli brokoli goreng tepung, cendawan goreng tepung atau kangkung. Brokoli tu memang hot item dan cepat habis. Masa mengarang ni pun Kak Bell cadang dah nak pergi lagi esok beli cucuk-cucuk brokoli goreng tepung. Haha.


Kalau datang sini ada juga disediakan beberapa buah meja untuk korang duduk santai menikmati steamboat cucuk ni. Memang sangat puas hati. Jom siapa yang nak try Kak Bell bawa nanti.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. sedap pulak tengok kak bell makan cucuk2 ni. nnt ke area sana nak singgah la makan sini.. thanks sharing idea nak makan mana..

    ReplyDelete
  2. kena try nampak menarik dan sedap. suka dengan pilihan yg ditawarkan sangat banyak

    ReplyDelete
  3. Suka makan benda nie tapi tulah, makin lama makin mahal harga setiap cucuk. Ingat lagi zaman masa sekolah dulu, satu cucuk 40sen je dekat pasar malam. Skrg mmg tak lah nak dpt harga 40sen.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post
"
;