Trending


SCAMMER MAKAN DUIT ! BERIBU DUIT DALAM BANK LESAP BEGITU SAHAJA

Sekarang ini, macam-macam cara scammer gunakan untuk dapatkan duit dengan cara mudah dan pantas daripada orang ramai. Tentunya dengan cara licik dan penipuan. Benda ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses online banking dan turut juga berlaku melalui akses emel dan aplikasi Whatsapp. Paling bahaya sekarang, tanpa nombor TAC pun scammer makan duit ni boleh curi beribu duit dalam akaun bank kita.


Baru-baru ini, ada seorang kawan Kak Bell kena scam. Habis lesap duit dia sebanyak RM2771.48 dengan sekelip mata. Kawan Kak Bell, Scha ada kongsikan pengalaman kena tipu dengan scammer di facebook dan Kak Bell kongsikan semula dengan kebenaran sebagai langkah berhati-hati supaya tidak terjerat dengan modus penipuan scammer. Bila dapat tahu kes ni, Kak Bell pun gelabah. Rasa nak stop semua mana-mana linking kad bank pada app yang ada. Kita ni nak buat online sebab nak mudah dan cepat. Takkan nak pi beratur kat bank atau pejabat pos kan! Ada jugak bahaya online banking ni ya.


JENIS-JENIS PENIPUAN SCAM

Biasanya jenis penipuan ni terjadi akibat dari aktiviti online seperti Phising dan Scam. Phising ni adalah penipuan dengan mencuri informasi/maklumat pelanggan melalui laman URL palsu. Kemudian ada juga scam Spoofing dan cabutan bertuah. Diantara jenis scam yang popular kat Malaysia adalah:

1. Scam Pinjaman Kewangan Mudah Cepat
Scam ini biasanya menjerat anda yang memerlukan wang dengan kadar segera. Scam ni akan pakai tagline seperti Kadar Faedah 0% atau Kelulusan Pinjaman 100% Dijamin. Contohnya, untuk anda mendapatkan pembiayaan kewangan sehingga RM100,000 anda perlu membayar sejumlah wang terlebih dulu sebagai wang pendahuluan loan yang anda minta. Hujung-hujung duit sendiri yang lesap.

2. Macau Scam
Scam ni paling bahaya dan paling convincing. Scammer akan berlakon jadi pegawai polis atau pegawai bank dan diminta pindahkan wang seperti bayar saman dan sebagainya.

3. Love Scam
Bagi yang kemaruk cinta pun boleh kena scam. Biasanya perkenalan dengan orang putih atau orang Afrika di socmed. Then depa akan pos barangan mewah ke Malaysia dan kemudian barang yang dipos stranded kat pihak kastam. Dimintanya kita bayar duit sekian-sekian.

4. Scam Pewaris Harta/Wang
Anda akan menerima satu emel yang menyatakan anda adalah pewaris harta bernilai jutaan ringgit daripada individu yang anda tidak kenali. Biasanya emel akan guna nama Afrika dan payah lah nak sebut namanya. Dah kenapa tetibe ada orang nak bagi harta berbilion-bilion kat korang kan!


ONLINE BANKING SCAM, TRANSAKSI TANPA NOMBOR TAC/OTP

Berikut ni adalah perkongsian kes scam online banking kawan Kak Bell.

SCAM AWARENESS!!
Guys..meh sini aku ceritakan kejadian yang menimpa aku..nak kata tragis ntah..nak kata sedih pon ntahla..tapi rasa macam ramai lagi scammer ye kat luar sana..so hati2 guys!! Selalu dengar citer member-member duit hilang dalam bank account tetiba..dan sian gak la kat dorang..dalam hati “fuh nasib baiklah bukan aku!!”!Yela..duit aku tak banyak pon dalam akaun..sebab awal bln selalu dah kira settled abes bayar loans, utility bills bagai kan..tolak-tolak adalah tinggal RM300-400 untuk belanja gedik-gedik kat shoppee ke..gi kuar makan ke..beli es kacang ke..goreng pisang ke..ermm..


Silap sapa atau salah sapa? Mana ada kite sesuka hati nak bagi kad bank kite kat org kan..n kite xdapat OTP sms apapun kat handphone kite..melainkan data kite leaking from somewhere else kan.. Selalu aku gaji 26hb but kekadang 25hb malam dah ada dalam akaun..26hb Jumaat malam aku pegi cucuk duit utk simpan kt tgn n bagi emak abah..yg balance tu aku biarkan utk bayar loan keta n autodebit akaun Netflix, Coway, iCloud n Life Insurance ku..ada lebih mmg transfer ASB..Aku kuarkn duit aku kat Petrol pam senang sbb leh isi minyak keta skali..so lepas tekan amaun 1k aku amik duit n haruslah mintak resit konon2 nk tgokla baki aku..weii..baki ko tggal RM506.06!!Biar betik!! So aku dgn bijak tgok cimb apps aku..eh ada je lagi duit aku..mesin atm ni tingtong ke atau aku amik resit org lain?? Aku tgok tp date and time tu mmg aku la..Biasalah kan..dlm cimb kan ada baki akaun yg ada n baki akaun yg boleh dikeluarkan..kt apps tu nmpak normal je..so aku abaikan..

So aku smpai uma je, aku pon akan amik diary aku utk tengok senarai bill yg aku perlu bayar n tanda ✅..aku mmg mcm ni..!! So pertama skali aku akn bayar utk loan keta..lepas tekan2 n kuar error katanya “ insufficient funds “ pelik wei..bila aku masok password cimb baru aku nmpak yg RM506.06 tu..mmg apapun tak lepas sis!!

Aku dah panic dan terus call centre CIMB n dia kata ada autodebit transactions RM941.62 sebanyak 2 kali n duit tu masih floating kat akaun aku..dia tanya ada buat apa2 bayaran ke? Merchant tu punya swift code located kat Canada guys!! Aku xde Bf org sana kot!! Ntah apa2 la..agent tu kata klu bukan maka ini scammer..then aku tanya boleh ke dapat duit tu balik? aku rasa nk lumpuh ye bila aku dgar agent tu kata tempoh refund within 8-12minggu ye guys!! So dia kata kena dispute case and block the ATM card..so itulah yg terbaik..sabar je la n aku dh serabut nak kena kuar simpanan ASB aku utk bayar bill semua..dah la nk hujung tahun utk kira dividen simpanan..JAMMED otak..takpe nk buat mcm mana kan. Report Submitted!!


29hb Isnin aku keje mcm biasa sbb selasa baru cuti utk uruskan buat kad baru..

30hb Selasa..aku pon pergi CIMB Bank Glenmarie sbb aku singgah office skali sebelom tu..CIMB Glenmarie punya staff mmg tip top!! Baguih n tenang ye..mmg terus terang aku satisfied ngan service dorang..byk bantu aku n siap suh buat report polis bagai..so aku buat kad baru and aku suh sister tu bg aku transactions sbb aku kan dh blocked kad n mmg aku xleh buka cimb clicks tu pon..Alangkah terkejut lagi skali sbb ada payment dah released ye RM888.24 pd 28hb tanpa pengetahuan aku..so korang kiralah ye semua total scammer tu amik duit aku RM2771.48 yer!! Rupanya ada lagi 1 transaction yg masih ada n utk amount yg baru tu xde lagi report dibuat..aku stress giler n terus buat police report utk cover report ni..Malam tu kat Balai Polis Sg Plong..aku pon citerla kat abg polis tu n beria-ria dia taip n dengar citer aku..disebabkan akaun bank aku tu aku buka kat CIMB Taman Tun Dr Ismail, dia terus hantar kes tu ke IPD Brikfields utk laporan komersial katanya..

Aku pon balik n singgah mkn kat McD ngan member aku..penat katanya seharian wei urus benda ni waktu cuti aku!! So ngah mkn tetiba dapat call dari Inspector Officer IPD Brikfields perempuan..tegas suaranya n dia suh cerita la..abes citer dia advice aku esok utk pegi mana-mana CIMB bank utk submit cover police report ni skali n isi borang utk dapatkan full transaction keluar masok duit akaun bank aku..n kena update kat dia pastu..


1hb December Rabu..aku amik EL sbb aku kena lagi uruskan ngan bank n update ngan IPD inspector tu lagi..serabut la hidup aku kalu keje gak..manager aku pon approved. So haruslah aku g CIMB kat Glenmarie tu lagi..aku jumpe staff tu nama Fatin..sgt baik n sgt detail menerangkan process utk refund tu..dia kata kes-kes mcm ni if unauthorised payment yg customer tak aware or acknowledge slalunya bank yg akan cover kerugian tu sekiranya merchant tu bukan dari negara ni..nak kata sistem scammer kat luar tu lebih canggih dari sistem kita..n scammer ni boleh amik duit kita hanya dgn nombor bank card kite tanpa dia dapat CVV no tu pon duit dorang leh amik ye..MashaAllah..genius la scammer tu! So report kedua aku buat utk amount RM888.24 yg dh gone dari akaun aku..total aku buat 2 report utk 3 unauthorised transactions..So akhir skali aku kena tunggu refund tu within 8-12 weeks guys!! Aku tak dpat bayangkan kalu org yg kena ni takde simpanan n nak kena sara anak bini ke atau nk baya uma keta bagai..bole depressed wei..


NASIHAT AKU..jangan sambil lewa pasal scams ni guys!! It can be happend to everyone ye..

1) Sila buat simpanan n simpan dalam ASB atau Tabung Haji ke..supaya bila terdesak mcm ni kite ada simpanan nk cover..
2) Take control of your digital life..selalu aware if korang buat payment pakai wifi or tak pon, rajinlah clear cache and history from browser..selalu guna secured browser yang ada lambang 🔐 tu. As I said, scammers are genius enough to cross-website untuk dapatkan data peribadi kita. Preferably gunalah mobile data instead of wifi as more secured.
3) Check your online account regularly & check your bank account regularly. Please do report if any suspicious activity to your bank. Kalu kite ada rasa macam terberi data pada orang yang kite tak yakin, better kite report pada bank.
4) Keep your personal information data safe and secure. Jangan sesekali share details or pictures kat social networks sebab Fraudster kat luar tu, can easily make fake identity to target korang punya account.
5) “There is no need to feel ashamed or embarrassed about being scammed, because it can happen to anyone, but sharing your experiences with others can help disrupt and prevent scams.”. Tak perlu rasa depression atau berdiam diri dan malu ke sedih ke..Allah bg ujian pd setiap hambanya berbeza-beza..Hikmah kemudian hari kita tak tau apa ganjaran kita akan dapat..Insyaallah Allah itu adil pada hambanya..penyelesaian pasti ada.

Chill guys!! Spread this awareness to everyone ya..trust me..it can happen to anyone. Scams are becoming more and more sophisticated, using technology to make them even harder to detect. Not only SOP we need to care about..in fact, but this is also about the daily life activities that we might not aware.


Taktik Scammer Curi Duit Hanya Dengan WhatsApp Tanpa Guna OTP

Kalau di akaun sosial media, mesti korang akan perasan ada akaun fake aka scammer yang menyamar sebagai pembeli wang lama kekononnya nak beli duit-duit lama. Depa ni kalau elok bagikan je duit game Saidina tu!


Cara Scammer Whatsapp ni mereka akan buat panggilan atau whatsapp kemudian beritahu yang mereka adalah pihak berkuasa lepas itu minta mangsa transfer duit untuk elak daripada didakwa dan disaman, kononnya semua ini adalah atas perintah mahkamah. Untuk mendapatkan duit, selalunya scammer ini akan samada meminta mangsa untuk transfer duit terus ke akaun mereka ataupun meminta diserahkan nombor One-Time Password (OTP) atau Type Allocation Code (TAC) yang diterima mangsa kepada mereka.

Sebenarnya terdapat juga cara yang sangat bahaya iaitu apabila scammer langsung tidak memerlukan nombor OTP atau TAC untuk mencuri wang dari akaun bank mangsa. Scammer akan menggunakan acc favourite yang kita save dalam acc kita. Acc favourite ni kita sendiri set dalam acc kita, makna kata kita set favourite sebab kita selalu buat transaction ke acc orang tersebut, kalau dah set acc favourite tak perlu TAC number pun dah boleh transfer.


Scammer mungkin boleh duplicate WhatsApp atau curi data dari handphone kita semasa kita engage atau tengah online dengan mereka.Apa yang korang boleh buat:

1. Jangan online/engage dengan scammer, jika pemanggil disyaki adalah scammer.
2. Off WiFi/Disconnect mobile data seketika.

Cara Semak Nombor Telefon Dan Akaun Bank Scammer Melalui Portal Jenayah Komersial

Yang penting korang kena berhati-hati dalam hal sebegini. Jangan mendedahkan no kad pengenalan atau maklumat peribadi atau maklumat bank kepada orang yang tak dikenali. Later, Kak Bell akan update beberapa langkah lain yang boleh di ambil sebagai pre-caution semasa kita online.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Akak yang baca pengalaman kawan Bella tu pun rasa nak demam. Apatah lagi dia yang hadap kerja gila scammer. Berhati-hatilah dengan autodebit akaun dan sebarang transaksi online. Kalau boleh guna data sendiri.

    ReplyDelete
  2. Oh dear... what a sad story. I hope your friend is ok now. Memang skrang macam2 online scam dan bagai. Even kita blogger pun trima macam2 scam. Ada yg offer barang utk kita jadi endorser mereka. Tapi lepas tu minta kita bayar duit utk product mereka. Duh!

    ReplyDelete
  3. ni yang sangat saya takut. scammer ni pandai putar belit. takut sangat kalau terjebak. kesiannya kawan bella. thank bella ingatkan kita semua supaya sentiasa beringat.

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Seram baca! Terus rasa nak dedar badan ni. Penat nak uruskan benda yang bukan sebab kita kann. Moga kita semua dijauhkan dari scammer. Aamiinnn

    ReplyDelete
  5. takutnyaaa lahai, macam2 cara orang buat nak menipu lani. moga2 kita semua dipelihara aamiin

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. memang sekarang banyak sangat scam dan dia punya cara beragam lagi. Susah betul untuk menangkap orang yang membuat crime ini. Thanks for sharing the info.

    ReplyDelete
  7. Kita pernah alami kak... Masa tu dh seriau sangat2... Bygkanlah duit beribu kena telan cmtu je... Tp alhamdulillah cpt2 bertindak dpt balik duit..

    ReplyDelete
  8. Bahaya juga kan sekarang since kita dah set favourite dalam our phone.. valid juga bah! hurm.. risau la kan ada case macam ni.. kita bersusah payah earn money, ada yang try hard jalan mudah untuk scam duit kita.. Good knowledge sharing.. thanks ya!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post
"
;