Trending


15 TIPS MENGELAK PENIPUAN SCAMMER

Hati-hati ye korang! Zaman sekarang, macam-macam modus penipuan scammer ni. Berikut ni Kak Bell kongsikan di antara beberapa kesedaran keselamatan tentang penipuan scammer, apa yang boleh dibuat apa yang perlu dielakkan untuk mengelak dari menjadi mangsa scammer.



Jom ikuti beberapa tips mengelak penipuan scammer:

1) Perhatikan notifikasi transaksi dan semak aktiviti transaksi pada penyata bank masing-masing dengan lebih kerap. Boleh hubungi bank segera jika terdapat sebarang aktiviti yang luar biasa.
2) Jangan kongsi maklumat sensitif seperti nombor kad / ID Pengguna / PIN / kata laluan / TAC anda. 3) Jangan panik dan beri maklumat peribadi kepada penipu yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan dan sebagainya, walaupun mereka menggunakan taktik untuk menakutkan anda.
4) Jangan memohon untuk pembiayaan peribadi melalui pautan yang tidak disahkan atau individu yang menjanjikan kadar yang lebih rendah.
5) Jangan mengambil arahan daripada sesiapa untuk menukar nombor telefon bimbit anda di ATM kepada mana-mana nombor selain nombor telefon bimbit anda sendiri.
6) Pastikan anda login pada alamat website bank yang betul takut terklik URL palsu
7) Gunakan secure browser ada https://


8) Sentiasa ingat untuk log keluar setelah anda menyelesaikan transaksi perbankan anda.
9) Jangan klik pada pautan atau buka lampiran e-mel daripada penghantar/sumber yang tidak diketahui/tidak boleh dipercayai.
10) Jangan menyimpan butiran kad anda pada pelayar web/browser anda. Sila clear cache dan browsing history.
11) Jangan menggunakan PIN Kad yang senang diteka seperti tarikh kelahiran.
12) Jika anda mengakses akaun anda menggunakan komputer di kafe siber, perpustakaan atau tempat kerja, pastikan komputer ada perisian anti-virus, "firewall", anti-spyware dan pelayar terkini. 13) Tidak digalakkan untuk mengakses akaun melalui sambungan Wi-Fi public, terutama di tempat awam seperti lapangan terbang, hotel atau pusat membeli-belah.
14) Memuat turun anti-virus terkini dan mengimbas peranti anda dengan kerap bagi mengelak Malware, phising (pencurian identiti/maklumat peribadi).
15) Jangan teruskan online/engage dengan scammer, jika pemanggil disyaki adalah scammer.


Cara Semak Nombor Telefon Dan Akaun Bank Scammer Melalui Portal Jenayah Komersial

Anda juga boleh menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank scammer melalui Portal Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia. Portal ini ditubuhkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), atau juga dikenali sebagai Commercial Crime Investigation Department (CCID) Bukit Aman.

Melalui Portal Jenayah Komersial ini, anda cuma perlu masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank yang anda rasa mencurigakan, lakukan carian dan hasil carian akan memaparkan sama ada nombor telefon atau nombor akaun bank tersebut mempunyai rekod laporan polis. Berikut ialah langkah-langkah untuk menggunakan laman Portal Jenayah Komersial PDRM.

  1. Buka laman web Semak Mule CCID di alamat https://semakmule.rmp.gov.my/
  2. Pilih Kategori "Nombor Telefon" atau "Akaun Bank".
  3. Masukkan nombor telefon atau akaun bank yang anda ingin cari.
  4. Tulis semula "Captcha" seperti yang dipaparkan.
  5. Tekan butan "Semak Maklumat".
  6. Maklumat berkaitan carian anda akan dipaparkan.
  7. Sekiranya sistem tidak menjumpai nombor telefon atau nombor akaun bank yang dimasukkan, keputusan carian akan dipaparkan sebagai "Tiada Report Diperolehi".

Walau bagaimanapun, sekiranya ada report telah dibuat terhadap nombor telefon atau nombor akaun bank tersebut, keputusan carian akan memaparkan maklumat berapa kali report telah dibuat terhadap nombor telefon atau nombor akaun bank scammer tersebut.

Semoga perkongsian tips ini dapat mengurangkan dan mengelak risiko kita untuk menjadi mangsa sendikit scammer. 
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post
"
;