Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 4 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 4

Trending

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 4

Konsert ke-4 Gegar Vaganza 8 telah berlangsung pada 12 Disember 2021 dengan tema Berdiri Bulu Romaku. Untuk persembahan konsert malam ni semuanya bagus dan ada peningkatan. Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 4 juga nampaknya ada perubahan besar setelah konsert malam tadi.


Malam ini Kak Bell sukakan persembahan Adibah Noor, Nikki dan Aweera. Sebenarnya Kak Bell letak harapan tinggi pada Aliff Aziz sebab Kak Bell suka dengan lagu Jika Kau Rasa Getarnya nyanyian kumpulan Slam. Tapi sayangnya persembahan Aliff malam ini flop termasuk juga Upiak. Pelik pulak dah kenapa malam ni Aliff tak perform.

Dah masuk minggu ke-4, persembahan Datuk Fazley Yaakob masih sama dan memang Kak Bell jangkakan sama ada Fazley atau Upiak akan tersingkir. Tapi sayang kalau Upiak tersingkir kerana 3 persembahan minggu sebelumnya amat baik. Malam ni nampak sangat persembahan Upiak kurang best. Walaubagaimanapun tahniah buat semua peserta yang rata-rata buat persembahan yang meningkat.



Info Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2021
Tarikh: 12 Disember 2021
Tema : Berdiri Bulu Romaku
Lagu Pembukaan: Nabil Ahmad & Jihan Muse - Sakit (Zynakal ft Yonnyboii)

Senarai Lagu Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 8:
  1. Nikki Palikat - Zombie (The Cranberries)
  2. Aliff Aziz - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
  3. Adibah Noor - Jika (Melly Goeslow)
  4. Suki Low - Jampi (Hael Husaini)
  5. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Getaran Jiwa (T.Sri P.Ramlee)
  6. Aweera - Bila Cinta (Gio)
  7. Upiak Isil -Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari)
  8. Bandi Amuk -Satu Kesan Abadi (Iklim)
  9. Shidee - Hati Yang Terluka (Broery Marantika)
  10. Ani Maiyuni - Lebih Indah (Dato CTDK)
  11. Azan Scan - Dir (Rahim Maarof)
  12. Datuk Fazley Yaakob - Mahligai Syahdu (Hattan)



Keputusan Markah Minggu 4 Gegar Vaganza 2021
1. Adibah Noor (78.10%), 2. Nikki (76.60%), 3.Suki Low (75.00%), 4. Aweera (83.90%), 5. Shidee (69.10%), 6. Aliff Aziz (68.40%), 7. Azan Scan (68.10%), 8. Saiful Apek & Yassin (64.80%), 9. Ani Mayuni (57.80%), 10. Bandi Amuk (55.50%), 11. Upiak Isil (60.50%), 12. Fazley Yaakob (50.00%)

Juri Jemputan: Dato Shah Rezza
Anugerah Digi Next Level/Artis Betul-Betul Luar Biasa : Shidee
Bintang Cuckoo Healthy Home : Saiful Apek & Yassin
Bintang Paling Power Meow: Adibah Noor
Peserta Tersingkir Minggu 4 Gegar Vaganza 8: Datuk Fazley Yaakob

Buat Adibah Noor memang terbaik persembahan dia malam ni dan lagu Jika yang dibawakan dengan unsur koroncong memang menjadi. Sememangnya layak untuk markah tertinggi pada Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 4.

Sumber gambar Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post