Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 3 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 3

Trending

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 3

Konsert ke-3 Gegar Vaganza 8 telah berlangsung pada 5 Disember 2021 dengan tema Segalanyaku Terima. Persembahan dibuka dengan lagu Shake It Off (Taylor Swift) oleh pengacara Nabil Ahmad & Jihan Muse yang telah mengacarakan GV sehingga sekarang. Walaupun ke laut dalam tapi memang seronok tonton mereka berdua ni di setiap episod GV. Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 3 menyaksikan penyingkiran pertama pada malam ini.


Persembahan pilihan Kak Bell bagi konsert minggu ke-3 GV8 ialah Suki Low, Aliff Aziz dan Nikki. Aweera pun not bad sebab bawakan lagu Boneka dengan cara dia sendiri tapi belum mampu nak atasi markah peserta carta 3 teratas. Untuk Adibah Noor, Kak Bell rasa dia mampu untuk nyanyi dan buat persembahan yang lebih mantap. Mungkin di minggu seterusnya Kak Dib akan tunjukkan taringnya.

Aliff Aziz dengan Nikki malam tu memang wow dan kedua-dua peserta ni sangat konsisten dari persembahan konsert minggu yang pertama. Rasanya boleh masuk final mereka berdua ni. Tak sabar nak tengok Aliff Aziz nyanyi lagu Slam next week sebab lagu tu memang berhantu masa zaman sekolah dulu. Suki Low pun best sangat sebab berjaya bawakan lagu Dato CT. Cengkok dia pun kena dan masa awal-awal nyanyi tu rasa macam suara Dato CTDK pulak.



Bagi peserta bottom 2 memang Kak Bell dah jangka sebab dari minggu pertama persembahan mereka sama je. Mungkin Dato Fazley boleh tingkatkan lagi persembahan dia supaya dapat naik carta dan Kak Bell nak tengok Ani Mayuni nyanyi lebih mantap next week.

Info Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2021
Tarikh: 5 Disember 2021
Tema : Segalanyaku Terima
Lagu Pembukaan: Nabil Ahmad & Jihan Muse - Shake It Off (Taylor Swift)

Senarai Lagu Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 8
  1. Nikki Palikat- Semalam (Aina Abdul)
  2. Adibah Noor- All I Ask (Adele)
  3. Aliff Aziz- Kasihnya Laila (Jinbara)
  4. Aweera- Boneka (Ernie Zakri)
  5. Upiak Isil- Retak (Ella)
  6. Suki Low- Badarsila (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
  7. Saiful Apek dan Yassin (Saya)- Better Man (Robbie Williams)
  8. Azan Scan- Ini Rindu (Farid Hardja & Lucky Resha)
  9. Shidee- Blue Suede Shoes (Elvis Presley)
  10. Bandi Amuk- Nak Dara Rindu (Tan Sri P.Ramlee)
  11. Datuk Fazley Yaakob- Yang Sedang Sedang Sja (lwan)
  12. Ani Maiyuni- Naluri/ Hadirlah Kekasih (Datuk Nora Ariffin)
  13. Kumpulan Nico G- Manis (Dato Zainal Abidin)


Keputusan Markah Minggu 3 Gegar Vaganza 2021
1. Nikki (84.80%), 2. Aliff Aziz (83.90%), 3. Adibah Noor (81.30%), 4. Suki Low (78.60%), 5. Saiful Apek & Yassin (73.70%), 6. Aweera (71.50%), 7. Upiak Isil (61.30%), 8. Bandi Amuk (60.10%), 9. Shidee (58.30%), 10. Ani Mayuni (58.10%), 11. Azan Scan (54.80%), 12. Fazley Yaakob (54.00%), 13. Nico (50.10%)

Juri Jemputan: Dato AC Mizal
Anugerah Digi Next Level/Artis Betul-Betul Luar Biasa : Shidee
Bintang Cuckoo Healthy Home : Saiful Apek & Yassin
Bintang Paling Power Meow: Nikki Palikat
Peserta Tersingkir Minggu 3 Gegar Vaganza 8: Kumpulan Nico G

Akhirnya minggu ketiga menyaksikan penyingkiran pertama iaitu kumpulan NICO. Agak-agak siapa peserta seterusnya yang bakal disingkirkan?

Sumber gambar Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post