DRAMA SIHIR TAMPILKAN KAMAL ADLI DAN HUN HAQEEM - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DRAMA SIHIR TAMPILKAN KAMAL ADLI DAN HUN HAQEEM

Trending

DRAMA SIHIR TAMPILKAN KAMAL ADLI DAN HUN HAQEEM

Drama rantaian ‘Sihir’ ialah sebuah naskhah asal terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn.Bhd. berkisarkan tentang perkara syirik seperti amalan sihir dan santau yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat Melayu negara ini secara khususnya.


Penceritaan drama menerusi paparan 20 episod ini menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam. Watak Nuh, lakonan Kamal Adli mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi. Manakala watak Hud lakonan Hun Haqeem pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Idea asal drama ‘Sihir’ diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma serta turut menyaksikan kolaborasi gabungan empat sutradara berbeza yang terdiri daripada Michael Ang dan Azmir Effendi, serta pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem. Selain duduk di kerusi pengarah, mereka berdua juga turut menyandang watak utama pada masa yang sama. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Mamu Vies.



Selain Kamal Adli dan Hun Haqeem, drama ‘Sihir’ turut diserikan dengan kehadiran nama- nama popular seperti Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah, Dilla Ahmad serta ramai lagi.

PELAKON DRAMA SIHIR

KAMAL ADLI sebagai Nuh
HUN HAQEEM sebagai Hud
ZARUL UMBRELLA sebagai Ustaz Ayob
SHARIFAH SHAHORA sebagai Sahara
FARAH AHMAD sebagai Juanita
ZARYN MYN sebagai Cik Hilyah
WAN ELLYAS sebagai Wan
FIZA THOMAS sebagai Salina
DR. KATALINA sebagai Mila
MAK WAN LATAH sebagai Cik Munah
DILLA AHMAD sebagai Salmah


SINOPSIS DRAMA SIHIR

Nuh dan Hud merupakan pasangan kembar yang mempunyai deria keenam dan masing- masing dengan kelebihannya yang tersendiri. Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara. Mereka dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir. Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari. Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.


TRIVIA MENARIK DRAMA SIHIR

1. Teraju utama, Kamal Adli dan Hun Haqeem yang memegang watak sebagai pasangan kembar bernama Nuh dan Hud dalam drama ini secara peribadi memang menggemari genre seram. Watak Nuh yang dilakonkan oleh Kamal Adli merupakan seorang yang mempunyai kebolehan untuk menerima sesuatu alamat atau petanda menerusi mimpi. Manakala watak Hud lakonan Hun Haqeem pula merupakan seorang yang mempunyai kelebihan dan hijab untuk melihat sebarang entiti seram dan perkara yang berkaitan dengan sihir.


2. Kamal dan Hun pernah terserempak dengan pontianak sewaktu hari ketiga berada di set penggambaran yang bertempat di sebuah ladang kelapa sawit. Namun begitu, tiada sebarang gangguan berkaitan perkara mistik di set berlaku sepanjang penggambaran dijalankan.

3. Kebanyakan kisah yang ditampilkan dalam drama ini adalah berkisarkan dengan angkara sihir. Manakala entiti seram atau hantu yang ditonjolkan pula bukanlah dalam bentuk visual wajah dan susuk fizikal yang menakutkan kerana ia lebih menfokuskan kepada penceritaan yang menyeramkan.

4. Skrip untuk drama ‘Sihir’ sudah dibuat sejak PKP 2.0 lagi dan mengambil masa lebih kurang empat bulan untuk disiapkan sepenuhnya sebelum penggambaran dijalankan.


5. Solekan kesan khas dan tata rias untuk drama seram ini turut mendapat sentuhan make-up artist atau MUA popular, Nisa Khan yang berjaya menghidupkan apa yang ingin dizahirkan oleh pengarah.

6. Baki penggambaran drama ‘Sihir’ masih lagi berjalan sehingga sekarang dan dijalan sekitar Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dan Kota Warisan.

Drama ‘Sihir’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 1 November 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post