Istimewa buat penonton dan peminat di Malaysia, kali ini Astro First
membawakan Stand By Me Doraemon 2 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First,
saluran 480 bermula 4 November ini. Bersempena ulang tahun ke 50 tahun
Doraemon, pihak produksinya telah menghasilkan sekuel kepada filem Stand By
Me Doraemon (2014), iaitu Stand By Me Doraemon 2. Filem ini telah pun
ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya menjadi filem kedua dengan
kutipan box office tertinggi di Jepun pada minggu pembukaannya, di samping tersenarai dalam top 10 filem
kutipan paling tinggi di Jepun untuk tahun 2020. Selain itu, filem ini juga
menerima komen positif daripada penonton serta peminat setia Doraemon. Komen
yang paling banyak memenuhi ruang media sosial adalah filem Stand By Me
Doreaemon 2 penuh dengan emosi yang menyentuh perasaan.
Release date: November 20, 2020 (Japan)
Directors: Takashi Yamazaki, Ryuichi Yagi
Adapted from: Doraemon
Pelakon suara: Wasabi Mizuta (Doraemon), Megumi Ohara (Nobi Nobita), Yumi
Kakazu (Shizuka
Minamoto), Tomokazu Seki (Suneo Honekawa ) dan Subaru Kimora (Takeshi "Gian"
Gōda)
Music by: Naoki Satō
Box office: $78.5 million
Filem ini diarahkan oleh dua pengarah animasi hebat di Jepun, Takashi
Yamazaki (Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik di Japanese Academy
Awards pada 2006) dan Ryuichi Yagi, yang mana mereka juga merupakan pengarah
yang sama untuk filem prekuel, Stand By Me. Takashi Yamazaki amat terkenal
dengan mengarahkan animasi terbaik, antaranya ‘Parasyte’ dan ‘Space
Battleship Yamato’.
Bukan itu sahaja, menerusi filem berdurasi 95 minit ini turut menjelaskan
maksud sebenar nama Nobita. Nobita sering dimarahi oleh ibunya dan
menganggap dia bukan anak kandung kepada keluarga tersebut. Namun, dia mula
menghargai pengorbanan setiap ibu bapa sejurus selepas merentas masa sekali
lagi ke saat Nobita dilahirkan. Tidak lengkap jalan cerita animasi Doraemon
jika tiada alat-alat menarik mahupun canggih yang keluar dari poket
Doraemon; jadi menerusi Stand By Me Doraemon 2 turut mempamerkan alat-alat
baru Doraemon serta babak merentas masa terowong masa.
Rata-rata pelakon suara untuk watak-watak dalam filem ini juga adalah
pelakon yang sama dari filem prekuel seperti, Wasabi Mizuta (Doraemon),
Megumi Ohara (Nobi Nobita), Yumi Kakazu (Shizuka Minamoto), Tomokazu
Seki (Suneo Honekawa ) dan Subaru Kimora (Takeshi "Gian" Gōda).
SINOPSIS FILEM STAND BY ME DORAEMON 2
Kisah Stand By Me Doreaemon 2 bermula apabila Nobita terjumpa satu-satunya
anak patung pemberian neneknya, lalu membuatkan dia rindu untuk bertemu
dengan nenek. Jadi, Nobita dan Doraemon telah merentas masa silam untuk
melihat neneknya dari jauh. Tanpa sengaja, Nobita bersembunyi di dalam bilik
dan neneknya percaya Nobita datang dari masa depan. Jadi, nenek memberitahu
dia mahu Nobita hidup bahagia dan berharap dapat melihat siapakah bakal
isteri Nobita. Bagi memenuhi hajat nenek, Nobita dan Doraemon telah merentas
masa hadapan sewaktu hari perkahwinan Nobita. Nobita dewasa tidak muncul di
hari perkahwinannya bersama Shizuka. Nobita (kanak-kanak) dan Doraemon
segera mencari Nobita dewasa. Rupanya Nobita dewasa telah masuk ke terowong
masa dan pergi ke zaman kanak-kanaknya kerana tidak yakin dengan dirinya
mampu untuk membahagiakan Shizuka. Kemudian kedua-dua Nobita bertukar badan
dengan menggunakan alat dari poket Doraemon. Malangnya, alat tersebut tidak
sepenuhnya siap, jadi kesannya akan membuatkan kedua-dua Nobita hilang
ingatan.
Doraemon cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kedua-dua Nobita.
Akhirnya, mereka sedar dan segera kembali ke masa hadapan dan memperbaiki
keadaan huru-hara yang berlaku di majlis perkahwinan. Di saat Nobita
memberi ucapan bagi melengkapkan majlis perkahwinannya, Nobita melahirkan
rasa sayang terhadap nenek, ibu dan ayah yang telah banyak berkorban dalam
membesarkan Nobita, dia juga berjanji akan hidup bahagia.
ULASAN FILEM STAND BY ME DORAEMON 2
Istimewa, jika kebiasaannya animasi dihasilkan dalam 2D, tetapi Stand By
Me Doraemon 2 dihasilkan dalam bentuk grafik komputer 3D dan jalan
ceritanya diadaptasi daripada filem pendek, Doraemon: A Grandmother’s
Recollections(2004). Kisah bermula apabila Nobita merentas masa lampau
untuk bertemu neneknya, dan kemudian mendorong Nobita dan Doraemon untuk
melihat Nobita sewaktu dewasa di saat bersedia untuk melangsungkan
perkahwinan dengan Shizuka. Pelbagai elemen positif dan banyak pengajaran
diselitkan menerusi watak utamanya Nobita. Mungkin selama ini watak Nobita
amat sinonim dengan karakter yang kurang keyakinan diri dan sering dibuli,
tetapi di dalam filem ini menyaksikan bagaimana karakter tersebut mengubah
masa depan Nobita.
Watak Doraemon di dalam filem ini juga dilihat seperti kebiasaannya
sentiasa ada bersama Nobita di kala gembira, sedih dan cemas. Kali ini
juga turut memberi fokus pada kesetiaan Doraemon dalam persahabatan dengan
Nobita apabila diuji ketika satu insiden telah berlaku. Tidak dilupakan
watak lain seperti Gian, Suneo, Shizuka turut menghiasi filem ini dan
menampilkan sisi berbeza apabila mereka sudah dewasa.
Terdapat beberapa babak menyentuh perasaan seperti apabila Nobita bertemu
neneknya, gelagat Gian dan Suneo, serta imbau kenangan Nobita dan
Doraemon. Meskipun ia filem animasi tetapi babak dan iringan muzik serta
lagu tema bertajuk ‘Rainbow’ (Niji) nyanyian Masaki Suda mampu menjentik
hati penonton. Lagu Rainbow dihasilkan bagi menggambarkan kegembiraan
Nobita dan Shizuka.
Jangan lupa saksikan filem animasi, Stand By Me Doraemon 2 yang akan
berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 4 November 2021. Untuk
melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau
On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari)
secara berulang-ulang. Manakala, bagi yang ingin menonton filem koleksi
Doraemon The Movie: Nobita’s, boleh juga melanggan dua koleksi filem
tersebut di Astro First secara kombo (Doraemon The Movie: Nobita's
Chronicle of the Moon Exploration (2019) dan Doraemon The Movie: Nobita’s
New Dinosaur (2020), bermula 28 Oktober lalu dengan satu harga istimewa
RM18.00. Selain itu, bagi filem Doraemon The Movie: Nobita’s New Dinosaur
(2020) juga boleh dilanggan dengan harga RM15.00 bermula 21 November akan
datang.
Rawlins dah baca komik yang nie, masa tu pun dah rasa sedih. Nie kalau tengok movie, mau berderaian air mata nie. Nak tengok this weekend la
ReplyDeleteI've watched the 1st movie, can't wait to watch my 2nd one thanks for the summary, many of us r fans of doreamon.
ReplyDeletecite doraemon ni memang tak lapuk la, buku pun best, movie lagi lah best, dulu banyakkkkk sangat koleksi komik doraemon hehe
ReplyDeleterasa.yg filem ni lg sedih.. nanti nak cari and tgk.. dulu selalu kayan siri doraemon
ReplyDeletedoraemon lah satu2nya cerita animasi yang tak sentiasa malar segar. bukan sahaja kanak2 tetapi dewasa pun masih akan tonton cerita ni in shaa Allah nanti saya tonton :)
ReplyDeleteSuka sangat cerita doraemon ni.. Kalau ade cerita baru mesti tengok.. Memg nak layan cerita stand by me ni
ReplyDeleteAww, finally ada juga yang kedua ni, ramai tunggu nak tengok Nobita kawen kan.
ReplyDeleteSis tengok kat Netflix masa tu.. not bad juga cuma mula tu lembab betul citenya, masyk opertengahan baru okay.. lebih suka cite doraemon bersiri hehehe
ReplyDeletekartun kegemaran anak2 saya ni.. hee~ tak sabar nak bagi spoiler kat dorang.. boleh masukkan Stand By Me 2 ni kat list movie time malam minggu ni.. terima kasih awak !!
ReplyDelete