DADI CINEMA BAKAL DIBUKA DI PAVILION KL DAN DA MEN USJ

Buat kaki wayang di Malaysia, sudah bersediakah anda untuk merasai pengalaman menonton filem luar biasa selepas ini? Tak lama lagi bolehlah korang semua menonton wayang di Dadi Cinema iaitu rangkaian pawagam kedua terbesar di China (disebut sebagai DAA-DEE) yang akan dibuka tidak lama lagi.

Pavillion KL Star Max Hall


Rangkaian pawagam terkemuka China ini bakal beroperasi mulai 1 November 2021 dengan pembukaan dua cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ. Kedua-dua lokasi tersebut menampilkan konsep dalaman yang unik: Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi pawagam pertama di Malaysia yang memperkenalkan “konsep menonton wayang di bawah bintang” melalui Star-Max Hall di mana seluruh dewan pawagamnya dihiasi dengan tema galaksi dan bintang gemerlapan. Projektor laser canggih juga digunakan untuk memaparkan grafik pawagam yang lebih terang dan jelas sementara sistem bunyi Dolby Atmos pula menawarkan pengalaman audio keliling yang menakjubkan.

Da Men Street

Da Men waiting area

Da Men Concession counter

Rekabentuk pawagam di Da Men USJ pula berlandaskan konsep terbuka “Street Scheme” (Da Men Street) yang dihiasi dengan gambar rajah seni bina dan tanda isyarat lalu lintas, sekaligus menghadirkan rasa girang buat penonton wayang meskipun sebelum tayangan bermula.

Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur juga menyediakan pengalaman VIP dengan layanan Star+ Hall premium yang datangnya dengan tempat duduk recliner, pad pengecasan wayarles, butang panggilan servis, dan akses ke ruang istirehat peribadi yang menawarkan makanan dan minuman ringan terpilih tanpa had untuk dinikmati sebelum tayangan bermula.

Pavillion KL Hall 2

Pavillion KL  Star Lounge

Pavillion KL  Recliner Seats


Anak-anak kecil juga pasti terhibur di Dadi Cinema dengan adanya Lil Star Hall yang mesra keluarga. Dewan ini dilengkapi dengan tempat duduk comel yang direka khas untuk kanak-kanak serta taman permainan Lil Star Playland untuk anak-anak anda bermain sementara menanti tayangan bermula. Kedua-dua kemudahan ini boleh didapati di kedua-dua cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ.

Selain menonton filem blokbuster terkini, pengunjung pawagam juga berkesempatan untuk membeli belah di bahagian cenderahati Dadi Cinema. Mereka juga boleh mendaftar atas talian untuk kad keahlian Dadi Cinema iaitu U+, yang membolehkan mereka menikmati diskaun dan tawaran istimewa di kesemua cawangan Dadi Cinema.

Lil Star Hall Pavillion KL

Lil Star Playland Pavillion KL

Dadi Cinema adalah sebahagian daripada Dadi Cinema Group. Ia merupakan rangkaian pawagam kedua terbesar di China dengan 2,936 skrin dalam 496 pawagam meliputi 191 bandaraya di seluruh negara China. Ini merupakan julung kalinya syarikat ini mengembangkan perniagaannya ke Malaysia dan dua lagi lokasi baharu iaitu Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights yang telah dikenalpasti untuk pembukaan pada masa akan datang.

Buat korang yang gemar berkunjung ke pawagam, jangan lupa datang menonton dan nikmati sendiri kepuasan dan pengalaman yang sukar dilupakan di Dadi Cinema. Tiket boleh diperoleh melalui atas talian, aplikasi Dadi Cinema (Huawei App Gallery & Apple Store), atau di kaunter konsesi di pawagam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dadi Cinema, sila layari www.facebook.com/dadicinema/ atau www.dadi.my.

0 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.