DRAMA THE HOTEL 2: JIWA YANG KAU PUJA, SEKUEL KEDUA LEBIH DRAMATIK DENGAN PLOT TWIST - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DRAMA THE HOTEL 2: JIWA YANG KAU PUJA, SEKUEL KEDUA LEBIH DRAMATIK DENGAN PLOT TWIST

Trending

DRAMA THE HOTEL 2: JIWA YANG KAU PUJA, SEKUEL KEDUA LEBIH DRAMATIK DENGAN PLOT TWIST

Drama rantaian Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2 merupakan sekuel kepada bahagian pertama naskhah romantik thriller berjudul The Hotel yang mengangkat tentang isu kesihatan mental mengenai pembunuh psikopat terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. Menerusi paparan 18 buah episod, kesinambungan bahagian kedua bakal menampilkan konflik dan unsur plot twist lebih suspen dan dramatik yang dikembangkan daripada jalan cerita musim pertama.


Idea asal sekuel Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2 diilhamkan oleh penerbit dan pengarah prolifik, Michael Ang dan diarahkan oleh sutradara Nur Ain Sharif. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Rahim Ramli, Michelle Yoon, Qawiem Hamizan dan Mamu Vies.

Untuk sekuel kedua, sebahagian besar barisan pelakon yang membintangi musim pertama masih dikekalkan seperti Sean Lee, Natasha Elyzza, Farah Ahmad, Yasmin Hani, Datin Paduka Eina Azman, Nabil Aqil, Azhar Amir, Asha Merican dan Ku Faridah. Selain daripada mereka, tiga nama popular turut dibawa masuk selaku teraju utama untuk menghidupkan musim terbaharu iaitu Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly dan Dini Schatzmann.


Brisan Pelakon Drama THE HOTEL 2: JIWA YANG KAU PUJA

UQASHA SENROSE sebagai Dr. Firhani
SYAZWAN ZULKIFLYsebagai Haziq
SEAN LEE sebagai Umar
NATASHA ELYZZA sebagai Umaira
DATIN PADUKA EINA AZMAN sebagai Julia
DINI SCHATZMANN sebagai Adri
FARAH AHMAD sebagai Sharifah Hanisa
YASMIN HANI sebagai Tania
NABIL AQIL sebagai Arman
AZHAR AMIR sebagai Syed Jamaluddin
ASHA MERICAN sebagai Marsha
KU FARIDAH sebagai Miss Ros


SINOPSIS DRAMA JIWA YANG KAU PUJA : THE HOTEL 2

Walaupun dengan pengurusan tegas baru di bawah Tania, hotel itu dikejutkan lagi dengan kematian Akash yang merupakan kawan dan rakan perniagaan Umar. Dr. Firhani, penghuni baru di Samudera Suites yang pada mulanya tinggal di unitnya sendiri, berpindah masuk dengan Umaira yang kini tinggal seorang.



Konflik antara mereka bermula apabila Dr. Firhani dan Umar mula rapat dan Umaira cemburu. Dr. Firhani terus diburu oleh bekas tunangnya, Haziq yang mempunyai keadaan mental yang tidak stabil. Apabila Dr. Firhani dapat tahu yang Haziq membunuh Akash, mencederakan Umar dan menculik Adri (semua akibat sikap posesif melampau Haziq yang tidak mahu mereka mendekati Dr. Firhani), Dr. Firhani dan Umar terpaksa merancang untuk membunuh Haziq bersama-sama.

Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2 akan ditayangkan menerusi slot Megadrama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 27 Oktober 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post