REVIEW SOS (AI) PLACEN+: Anti-aging Serum Menggunakan Bio-Teknologi Plasenta

Industri kecantikan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di seluruh dunia. Semua pun ingin tampil cantik dan menarik dan permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan. Dipengaruhi oleh sikap pengguna hari ini yang mementingkan kecantikan, diantara produk kecantikan yang turut mendapat tempat di pasaran kini adalah produk yang mengandungi plasenta.


Plasenta sudah digunakan sejak zaman kuno dalam terapi anti-penuaan dan perubatan. Perlu dimaklumkan bahawa hukum penggunaan plasenta bagi rawatan kosmetik menggunakan suntikan plasenta manusia adalah haram tetapi penggunaannya diharuskan bagi tujuan perubatan. Etika penggunaan plasenta manusia atau haiwan untuk kosmetik memang selalu selalu diperdebatkan secara meluas dan kali ini Kak Bell nak kongsikan tentang 'The Ethical Placenta' iaitu SOS (AI) PLACEN+ yang dihasilkan sepenuhnya melalui kejuruteraan bioteknologi.


Plasenta Etika (Artificial Intelligence) PLACEN+

Sebilangan besar produk plasenta berasal dari rusa, kuda, babi atau biri-biri, dan sebahagian kecil adalah dari manusia. Penggunaan plasenta manusia untuk produk kecantikan sentiasa diperdebatkan secara meluas kerana isu etika dan penggunaan plasenta generik daripada sumber haiwan pula mempunyai keberkesanan yang terhad dan boleh menyebabkan alahan berikutan struktur genetik haiwan dan manusia yang berbeza.


Oleh yang demikian, jenama kosmetik  SCIENCE ON SKIN (SOS) yang ditubuhkan sejak 2016, menghasilkan (AI) Placen+ sebagai regim kecantikan terbaharu bagi mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bersinar.

(AI) PLACEN+ Biotechnology Oleh SCIENCE ON SKIN (SOS)

(AI) PLACEN+ merupakan satu lagi kejayaan oleh SOS sebagai salah sebuah pemain dalam revolusi rejim kecantikan anti-penuaan. Serum anti-aging (AI) PLACEN+ dihasilkan 100% dari kejuteraan-bioteknologi yang seakan plasenta manusia (ethical placenta). Ianya dihasilkan dari :
  • Hormon pertumbuhan plasenta bioengineered (PGF);
  • Hormon pertumbuhan epidermis (EGF);
  • Hormon pertumbuhan insulin (IGF-2);
  • Hormon pertumbuhan Acidic fibroblast (aFGF); dan
  • Thioredoxin (TRX).



Placental Growth Factor (PGF) yang digunakan dalam produk ini adalah hasil bioteknologi dengan komponen struktur genetik yang sama dengan faktor pertumbuhan yang terdapat dalam plasenta manusia. Untuk lebih mudah faham, (AI) PLACEN+ ini terdiri daripada faktor pertumbuhan plasenta seperti plasenta manusia yang dipanggil PGF. Anda tidak perlu bimbang kerana (AI) PLACEN+ ini:
X Bukan dari manusia
X Bukan dari haiwan
X Bukan dari tumbuh-tumbuhan


Dengan struktur genetik yang sama seperti faktor pertumbuhan dalam plasenta manusia, (AI) PLACEN+ jauh lebih berkesan untuk menembusi dan memperbaiki kulit. Selain itu, pengguna vegetarian juga boleh menggunakan produk ini dengan selamat kerana tiada bahan haiwan yang digunakan.

(AI) PLACEN+ adalah 100% cruelty-free dan tidak mengandungi:
X Bahan dari haiwan
X Bahan dari manusia
X Parabens, wangian, alkohol, silikon, surfaktan, minyak mineral
X Pewarna tiruan


Kegunaan Dan Fungsi SOS (AI) PLACEN+

Semua bahan aktif dalam (AI) PLACEN+ adalah 100% bersaiz nano bagi peningkatan penembusan dan penyerapan lebih cepat oleh kulit untuk meningkatkan keberkesanan keseluruhan. Kegunaan dan fungsi SOS (AI) PLACEN+ seperti:

• Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
• Merangsang sintesis kolagen dan menegangkan kulit
• Memperbaiki tekstur kulit
• Mengurangkan hiperpigmentasi dan kesan parut
• Mengurangkan cela (blemishes) dan memperbaiki liang pori
• Menjadikan kulit lebih halus dan berseri


Bagi anda yang mencari regim pembaharuan kulit yang lengkap, (AI) PLACEN+ dapat membantu untuk melawan garis-garis halus dan kedutan, kesan hiperpigmentasi, masalah tona kulit tidak sekata, pori-pori besar dan juga isu kulit kusam dan tidak licin.


Cara Menggunakan (AI) PLACEN+

(AI) PLACEN+ ini datang dengan 2 vial serum bagi pek pengenalan dengan isian 3 ml. Bagi pek lengkap pula datang dengan 7 vial serum di mana 1 botol serum adalah untuk penggunaan selama 3 hari.


Langkah penggunaan seperti berikut:
1) Goncangkan botol serum sebelum digunakan.
2) Bersihkan wajah dengan bersih sebelum menggunakan produk.
3) Sapukan lapisan nipis di muka dan leher. Biarkan serum diserap sepenuhnya.
4) Gunakan siang dan malam untuk mengalami pengalaman kelahiran semula kulit. 1 botol serum x 3 hari penggunaan.

Dalam pek pengenalan ini mengandungi 2 botol serum yang cukup untuk penggunaan sehingga 6 hari. Elakkan produk terdedah kepada secara langsung dan tempoh masa yang lama kepada cahaya matahari .

Pek pengenalan (RM209): 02 x botol serum (penggunaan 6 hari)
Pek lengkap (RM599): 07 x botol serum (penggunaan 21 hari)



My Verdict

Dari segi pembungkusan, SOS (AI) PLACEN+ datang dalam kotak putih yang rapi dan kemas. Untuk vial serum memang sangat hygenic sebab ada 3 lapisan penutup untuk menjamin kebersihan produk ini. Anda perlu membuka penutup plastik, diikuti dengan penutup aluminium dan seterusnya penutup getah sebelum boleh menggunakannya. 2 lapisan penutup pertama memang sangat rapi dan kukuh. Selepas gunakan, penutup getah tersebut dapat menutup semula botol serum dengan rapi tanpa tumpah.



Serum pula berwarna jernih dan bertekstur tidak likat. Pada Kak Bell serum ini ada sedikit bau tetapi tidak terlalu kuat.Baunya ok, bukan bau yang tidak menyenangkan  dan bukan bau pewangi. Kak Bell tak dapat nak terangkan baunya macam mana. Serum ni memang cepat meresap pada kulit muka dan ringan. Jadi kena cepat ratakan pada wajah. 

Masa hari pertama pakai, terasa sedikit rasa tingling sensation pada muka tapi sekejap sahaja. For the next use, everything was ok. So far so good, ada nampak perubahan but Kak Bell perlukan lebih masa penggunaan untuk kulit muka Kak Bell yang tak berapa licin ni. Buat anda yang ingin mencuba teknologi terbaru regim kecantikan hasil gabungan sains teknologi ini, bolehlah cuba SOS (AI) PLACEN+.

Produk ini boleh didapati di klinik estetik dan dermatologi di 13 negara di Asia dan Timur Tengah. Untuk Malaysia, SOS (AI) PLACEN+ boleh didapati di klinik estetika dan dermatologi ternama di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati SOS di:
Website: Science On Skin (SOS)
Facebook: Science On Skin MY
Instagram: @scienceonskinmy
Email: enquiries@sos-skin.com

6 comments:

  1. Wah, patutlah Kak Bell cantik sangat 😍 Rupanya pakai SOS serum placenta ni. Zaman sekarang ni dah begitu banyak teknologi dah

    ReplyDelete
  2. I have not try this placenta serum before but it looks promising.

    ReplyDelete
  3. Kalau salah baca tadi, ingat SOS tomato ke cili tadi tau hahahaha..
    Eh bagus ya kalau bahan ada placenta ni, tak silap lebih cepat kesannya tau kalau gunakannya.. nak try survey laa..

    ReplyDelete
  4. kandungan dan formulasinya mmg benar2 selamat.. so bolehlah try.. suka baca verdict dr bella

    ReplyDelete
  5. wow patutlah cantik haahahah pose tu tetap ya menarik hahahaa bagus juga produk ni kalau tengok bahan2 dia boleh la try nanti

    ReplyDelete
  6. Wow serum teknologi terkini. Tentu dengan bahan yang bagus + placenta lagi cepat berkesan. Teringin juga nak cuba tapi rege nya tu kena menabung dulu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.