10 Permainan Game Zaman Dulu Yang Mengimbau Nostalgia Budak 90-an

Sebelum munculnya pelbagai mobile games populer di kalangan gamers pada masa ini, ada beberapa game PC atau game video tape yang dimainkan oleh generasi milenial. Kalau budak-budak zaman 90-an mesti tak asing lagi dengan video game seperti Super Mario, tetris, hidden objek, match three dan yang sewaktu dengannya. Paling busuk pun main permainan santai seperti Solitaire dan Minesweeper yang biasanya sedia ada di dalam sistem operasi Microsoft Windows. Kalau zaman dulu game ini ajelah yang ada kat PC atau dekstop kan.


Kemudian, permainan game semakin berkembang kepada permainan game online. Game online sekarang pun dah tidak sama seperti game online zaman dulu. Kalau game online dulu hanya 2 pemain sahaja dalam satu-satu masa tetapi sekarang dah boleh multiplayer dengan kemampuan peranti canggih zaman sekarang.

Bagi korang yang lahir pada zaman 90-an mesti tidak asing dengan 10 permainan game video, game arcade dan game online klasik berikut. Kalau tahu memang sah-sahlah korang semua pun dah tua macam sis.


1) Tetris

Tetris adalah permainan video pemadan jubin atau susun bata yang asalnya direka dan diprogramkan oleh jurutera perisian Rusia Soviet Alexey Pajitnov. Zaman dulu selalu main melalui game boy. Masa tu adik beradik ramai memang berebutlah masing-masing nak main game boy kan! Nak main game Tetris, kena tunggu giliran.


Dulunya game Tetris ni warna hitam putih aje. Tak macam sekarang dah berwarna-warni dan pelbagai jenis. Paling baru Tetris 99 yang boleh secara multiplayer seramai 99 orang pemain! orang boleh main percuma secara online.

2) Pacman/Cookie Monster

Game ni memerlukan Pac Man untuk makan sebanyak yang boleh titik titik dalam blok-blok maze. Kemudian ada 4 ekor hantu yang akan kejar Pac man iaitu Inky, Blinky, Pinky dan Clyde. Pac Man kena lari dan tak boleh berlanggar dengan ghost tadi. Kalau Pac Man makan buah ceri, ghost tadi akan jadi perlahan sekejap. Bolehlah makan titik-titik sampai habis.


Korang juga boleh cuba main game Cookie Monster yang diilhamkan oleh PacMan. Caranya sama sahaja cuma bila Cookie Monster makan pelet kuasa, ghost akan bertukar jadi biskut.


3) Super Mario

Generasi 90-an pasti tidak asing lagi dengan game Mario Bros. Siri Mario ini adalah salah satu francais permainan yang paling berjaya dan terkenal. Memang tak sah kalau zaman dulu semua orang akan ada video game tape Super Mario. Korang kena melompat untuk elak kura-kura, hit blok untuk dapatkan syiling emas, cendawan merah, cendawan 1UP hijau atau bunga api.


Cendawan merah membuat anda tumbuh menjadi Super Mario (jadi besar) dan dapat bunga api untuk tembak bola api kepada musuh. Cendawan putih untuk tambah nyawa. Permainan ni last sekali berlawan dengan naga untuk selamatkan Princess Peach.

4) Minesweeper

Kebanyakkannya mungkin ramai yang tak nak main game ni sebab payah nak menang. Game ni perlu pemain untuk buka semua kotak yang ada nombor dan flag sepuluh bom untuk ditanda. Nak terangkan pun payah memang sampai ke sudah sis tak pandai nak main. Asyik bom meletop aje!


5) Solitare Freecell

Game ni akan open kad dan deal semua kad pada deck.Misi game ini adalah untuk menyusun semua kad mengikut turutan menaik berdasarkan jenis bunga pada kad dan juga susnan pangkat atau nilai kad. Contohnya, kad akan disusun dalam urutan K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A dengan bunga yang serupa pada kad.



Kalau dulu memang main yang sudah diinstal dalam Microsoft Windows. Kalau nak main online secara free pun boleh game Solitare Freecell ni. Kalau suka main game kad yang lain seperti 21 Blitz, 5 Stack Blackjack atau Hearts boleh main free di Card Games.


6) Zuma Legend

Ada banyak versi game Zuma ni. Memang tak ingat dunia lah main sebab nak habiskan level. Game Zuma Deluxe dulunya memang sangat popular. Untuk online sis main Zuma Legend. Game ni mudah sahaja, cuma perlu aim dan tembak bola berwarna dari mulut kumbang (shooter) ke bahagian lingkaran bola berwarna yang lain. Bila pair 3 bola dengan warna sama, bola akan hilang. Kene cepat habiskan semua bola sebelum bola sampai ke hujung lingkaran. Kalau Zuma Deluxe depa pakai katak as shooter dan kena install dalam lappy or PC. Untuk elak laptop slow dan berat, main online free je Zuma Legend ni.


7) Galaxian/Galaga/Space Invaders

Game ni semua lebih kurang sama sahaja konsepnya. Galaga tu game sequel untuk game Galaxian. Dalam game ini perlu tembak semua musuh atau alien atau space ship dan kumpul mata. Akhir sekali lawan boss.


8) Battle City Tank

Game Tank ni adalah game strategi yang merupakan game perang kereta kebal. Game ni boleh up to 2 orang pemain dan kena tembak kubu batu bata musuh. Korang juga boleh bina blok kubu pertahanan untuk halang tank musuh tembak kubu utama. Boleh pakai blok warna putih sebab kuat.


9) Words Search

Salah sebuah game santai tapi memerlukan mata yang tajam untuk cari perkataan tersembunyi. Untuk puzzle game ni ada saiz grid 12x12, 14x14 dan 16x16. Sebelah kiri akan ada senarai perkataan yang perlu di cari. Lepas jumpa, perkataan tersebut akan hilang dan perkataan baru muncul. Nak cuba taham kepantasan dan ketajaman mata, boleh main online secara percuma di Words Search Puzzle Game.



10) Game Hidden Object

Untuk game cari barang tersembunyi juga sangat popular dan even sampai sekarang pun terdapat banyak jenis permainan game hidden object. Ada sesetengah game boleh zoom in untuk cari objek dengan lebih jelas. Tetapi kadang-kadang tak jumpa juga dibuatnya.



Boring-boring sis main online game Hidden Kitchen, cari barang tersembunyi di dapur mewah ni ha. Nak cari barang kat Medieval Castle, The Palace Hotel atau Pirates and Treasures pun ada. Pilihlah mana suka.

Main Game Online Percuma

Sekarang ni memang Kak Bell lebih selesa maian game online percuma sahaja. Sekurang-kurangnya dapat release tension dan tak perlu pakai ruang dalam hardisk untuk install arkib game. Rupa-rupanya masih ada game-game yang kita selalu main masa kecil-kecil dulu. Kalau tak sama pun ada juga game yang diinspirasikan daripada game-game lama. Korang boleh cuba cari di Solitaire.org.

So dalam semua senarai game ni ada tak yang pernah korang main? Nampak sangat kita semua dah berusia ya. Memang mengimbau kenangan betul, nostalgia main game masa zaman kanak-kanak di tahun 80-an atau 90-an.

7 comments:

  1. Sis pun sesekali nak release tension main juga game ni. Hehe. Sis dulu terer main Pacman tapi sekarang ni bila main asyik kena makan dengan hantu je. Haishhh....

    ReplyDelete
  2. Yeahhh!! Semua game saya pernah main! Paling best main lawan ngan member game kereta kebal tu. Masa tu ada N-Gage QD

    ReplyDelete
  3. battle city tank tu best.. kita mmg suka main dulu-dulu. mengimbau sangat ni heheh

    ReplyDelete
  4. Tetris tu asyik tul main, leka berejam sampai kena marah ngan Mak dolu sebab tak tido malam. Nak naik level punya pasal. Kenangan sungguh. HAhaa

    ReplyDelete
  5. Wahhh zaman i lah ni, these games are so familiar with me especially TETRIS, and pacman

    ReplyDelete
  6. almost semua game ni pernah main! hahahaahah mengimbau kenangan betul lah! tapi kan yang minesweeper apa tu sampai skrg tak reti nak main hahaaha noob

    ReplyDelete
  7. Saya budak 90-an pun tak main game ni. Hahaha. Masih main konda kondi, batu seremban dan galah panjang. Sebab komputer mak tak bg guna. Hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.