Review Drama Korea Netflix My Name : Drama Thriller Misi Balas Dendam - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Drama Korea Netflix My Name : Drama Thriller Misi Balas Dendam

Trending

Review Drama Korea Netflix My Name : Drama Thriller Misi Balas Dendam

Hi semua! Dah lama betul Kak Bell tak kongsi ulasan atau review filem/drama. Sebenarnya memang jarang sangat dapat melayan filem ataupun Netfilx di rumah. Balik rumah pun dah dekat jam 1 pagi, dok mengurus anak meow di rumah sampai kelelahan. Tunggu waktu cuti lah baru ada masa nak enjoy movie.


Sekarang tengah trending serial drama Korea My Name yang dibintangi oleh Han So Hee yang mula tayang di Netflix pada 15/10/2021, Jumaat lalu. Drama thriller arahan pengarah Kim Jin-min ini memang ditunggu-tunggu oleh para pencinta drama Korea setelah kejayaan Kim Jin-Min dengan drama Korea Extracurricular yang telah mendapat penghargaan di 57th Baeksang Arts Awards 2021. Jadi jom kita ulas sedikit mengenai K-drama terbaru Netflix berjudul My Name ini.

Tajuk : My Name
Production company: Studio Santa Claus Entertainment
Bahasa asal: Korea
Arahan: Kim Jin-min
Executive producer: Yoo Jeong-wan
Watak-Pelakon: Yoon Ji Woo (Han So-hee), Choi Moo-jin (Park Hee-soon), Jeon Pil-do (Ahn Bo-hyun), Cha hi-ho (Kim Sang-ho), Jung Tae-joo (Lee Hak-joo) dan Do Gang-jae (Chang Ryull).
Genre : Aksi, Thriller
Mula tayang: 15 Oktober, 2021
Jumlah episod: 8


Sinopsis Drama Korea Netflix My Name

Serial drama Korea My Name ini mengisahkan tentang aksi balas dendam Yoon Ji Woo (Han So-hee) terhadap kematian ayahnya secara tiba-tiba dan mengenai organisasi penjenayah dadah Dongcheonpa di Korea Selatan.

So-hee Han dalam Undercover (2021)

Disebabkan untuk mencari pembunuh ayahnya yang mati ditembak didepan matanya sendiri, Ji Woo bermati-matian nak balas dendam serta menuntut keadilan. Ji Woo telah menyertai polis dan akhirnya diterima masuk ke bahagian Narkotik.

Di bahagian Nirkotik, Ji Woo mengenali Pil-Do antara orang yang kuat di jabatan ini dan sentiasa mendapat kepercayaan dari ketua unit mereka. Ji Woo ditugaskan bekerja dengan detektif unit narkotik Jeon Pil Do lakonan Ahn Bo Hyun dalam tugasaan penyamaran mereka.

Hee-soon Park dan So-hee Han dalam Undercover (2021)

Dalam penyamarannya, Ji-woo memutuskan bergabung dengan kartel dadah demi mengungkap dan mencari pembunuh ayahnya. Ji-woo dibantu oleh Choi Moo-jin (Park Hae-soon) yang memimpin kartel dadah tersebut dan merupakan sahabat kepada ayahnya. Moo-jin memberikan Ji-woo nama samaran Oh Hye-jin untuk bekerja di unit narkotik sebagai mata-mata bagi organisasi dadah mereka.


Ulasan Drama Korea Netflix My Name

Sebenarnya judul asal drama My Name adalah Undercover dan akhirnya ditukar kepada tajuk My Name kerana judul pertama dianggap sama macam drama lain.


Hak-ju Lee dalam Undercover (2021)

Jalan cerita My Name ni memang tidak mengecewakan dan memang padat dengan aksi thriller dengan adegan pertarungan yang amat menegangkan. Memang konfem penonton tidak akan kecewa dengan scene aksi pelakon yang amat meyakinkan. Sis pun layan maraton straight 8 episod sebab nak tahu ending drama ni.

Selama proses penyamaran, lakonan Han So Hesebagai Ji Woo bersama Jeon Pil Do memang nampak memiliki chemistry yang bagus. Dalam drama ni juga buat pertama kalinya Han So Hee melakonkan watak dengan karektor berbeza untuk drama bergenre thriller. Sangat berbeza dengan karakter Han So Hee dalam drama Nevertheless atau The World of The Married. Memang Han So Hee nampak garang dan mantap gila lakonan dia. Tambah masa dia tengah berlawan dengan kunco-kunco dadah.

Hee-soon Park dalam Undercover (2021)


Dalam drama ni akan ada banyak plot twist dan konflik samada Ji Woo memilih untuk memihak kepada pihak polis ataupun menyebelahi kartel dadah pimpinan Choi Moo-jin yang pernah jadi kawan baik bapanya satu masa dahulu. Jadi, who is the killer dalam Korean drama My Name ni? Cuma nak cakap memang banyak plot twist dan mesti tonton untuk tahu cerita sebenar.

Kalau nak tahu ending drama My Name dan nak tahu siapa pembunuh ayah Ji-Woo, korang boleh tonton di Netflix. Sediakan juga tisu sebab tak sah kalau tak mengalirkan air mata kalau melayan dan menonton drama Korea. Kak Bell bagi 8/10 bintang!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post