Cara Dapatkan Voucher Hotel RM100 Di Shopee - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Dapatkan Voucher Hotel RM100 Di Shopee

Trending

Cara Dapatkan Voucher Hotel RM100 Di Shopee

Hi semua! Mesti semua orang tengah seronok sebab sekarang dah mula boleh balik ke kampung dan dining di kedai makan. Dengan PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) yang telah memasuki fasa ke-4 untuk sesetengah kawasan, aktiviti travel dan bercuti pun dah dibenarkan untuk individu yang telah lengkap divaksin. Memang ternanti-nanti bilalah boleh dapat tavel atau bercuti ke mana-mana kan.


Disebabkan dah boleh merentas negeri, mesti ada diantara korang yang tengah plan nak bercuti. So, Kak Bell kongsikan cara redeem voucher hotel RM100 di Shopee untuk percutian korang nanti. Banyak tu dapat jimat RM100 untuk kos penginapan. Syaratnya mesti dah lengkap vaksin ya.


Syarat Vaksinasi Lengkap

Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (PfizerBioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm), individu mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Manakal bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.


Voucher Hotel Shopee x Cuti-cuti Malaysia

Sekarang Shopee ada menawarkan voucher Hotel Shopee x Cuti-cuti Malaysia untuk penginapan hotel 3 hari 2 malam di seluruh negara dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Hotel Malaysia di Shopee.


Terdapat dua voucer hotel Shopee RM100 dan RM50. Voucher hotel Shopee RM100 adalah untuk pilihan hotel 4 & 5 bintang, manakala voucher hotel Shopee RM50 untuk hotel 3 bintang.

E-baucar RM50 untuk penginapan 3H2M di hotel 1-3 bintang
E-baucar RM100 untuk penginapan 3H2M di hotel 4 & 5 bintang



Cara Dapatkan Voucher Hotel Shopee x Cuti-cuti Malaysia

Untuk korang yang tertanya-tanya macam mana nak beli and redeem voucher hotel dekat shopee, berikut adalah cara nak dapatkan voucher tersebut di Shopee:

1) Buka apps Shopee dan klik di ‘Shop Malaysia’
2) Lepas tu cari dan klik ikon ‘Cuti-cuti Malaysia’


3) Anda akan dibawa ke page ‘Cuti-cuti Malaysia’
4) Klik ‘Claim’ voucher samada RM50 dan RM100



5) Buat pilihan negeri dan hotel pilihan


6) Tekan voucher dan pilih voucher code yang dah diclaim tadi.
7) Tunggu hotel reply confirmation number.


Ok, untuk payment hanya boleh dibuat menggunakan shopeepay. Selepas buat bayaran, korang boleh hantar emel hotel pilihan untuk reservation.

Make sure korang buat room reservation 3 days in advance. Ada setengah hotel tu required 2 hari sahaja. Cuma nak pesan kat korang tolong jangan buat last minute booking if nak guna voucher tersebut bagi mengelakkan isu yang tidak sepatutnya berlaku sebab pihak hotel pun perlu verify voucher dengan pihak shopee terlebih dahulu.


Nanti bila dah redeem voucher, silalah baca T&C dan ada dinyatakan validity untuk voucher hotel yang korang redeem tadi. Boleh buka app Shopee dan redeem voucher hotel shopee ni sebelum kuota habis. 

Mantaplah Shopee sekarang ye. Semua ada. Dah macam booking site hotel. Kak Bell pun sekarang rajin pakai Shopee Food sebab murah. Yang lain tu bukan main mahal ye caj makanan dan delivery sekarang ni. Oklah jangan lupa redeem cepat-cepat voucher ni sebelum kuota habis. Selamat bercuti!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post