JACK ‘N JILL POTATO CHIPS PERKENAL PERISA LOKAL TERBAHARU ASAM PEDAS IKAN

JACK ‘n JILL Potato Chips, jenama snek kegemaran di Malaysia telah melancarkan perisa baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan lokal yang langsung iaitu Asam Pedas Ikan! Hidangan savuri ini yang cukup sinonim dengan gabungan rasa pedas dan masam sentiasa menjadi kegemaran orang ramai dan pastinya perisa baharu JACK n' JILL Potato Chips baharu ini menjadi kegemaran peminat snek di negara ini.


Pelancaran perisa baharu ini merupakan sebahagian daripada kempen JACK ‘n JILL Potato Chips iaitu Waaajah Baharu, Waaa Asam Pedas Ikan, Waaa Bestnye! Antara sorotan penting dalam kempen ini adalah pembungkusan baharu untuk keseluruhan rangkaian JACK ‘n JILL Potato Chips, yang menonjolkan reka bentuk lebih moden, kemas dan bertenaga yang memberi fokus terhadap perisa-perisanya.


Potato Chips Asam Pedas Ikan Perisa Tempatan Kedua Selepas Sambal Udang

Potato Chips Asam Pedas Ikan ini merupakan perisa tempatan kedua yang dilancarkan oleh JACK ‘n JILL Potato Chips selepas perisa Sambal Udang yang telah dilancarkan pada 2020. 


Sebagai sebahagian daripada kempen “Temanmu Selalu” bagi meraikan hubungan mesra yang terjalin antara JACK ‘n JILL Potato Chips dengan rakyat Malaysia semenjak 1984. Justeru, JACK ‘n JILL Potato Chips mengambil kesempatan untuk memperkenalkan perisa Asam Pedas Ikan yang semestinya menepati cita rasa orang ramai.

“Susulan kejayaan pelancaran perisa Sambal Udang pada tahun lalu, kami berasa teruja untuk terus mempromosikan perisa tempatan menerusi JACK ‘n JILL Potato Chips perisa Asam Pedas Ikan pula. Melalui perisa terbaharu ini, diharapkan agar JACK 'n JILL Potato Chips akan terus menjadi ‘Temanmu Selalu’ kepada para penggemar snek di Malaysia dan keenakannya membuatkan mereka terluah kata 'Waaa Bestnye!' Pembungkusan baharu juga telah menyuntik nafas segar kepada produk ini dengan wajah modennya menyerlahkan lagi profil perisanya,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia.


Beli Potato Chips Asam Pedas Ikan Dan Tebus Semangkuk Asam Pedas Ikan Di Warung Terpilih

Bagi meraikan pelancaran JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan dan reka bentuk pembungkusan baharunya, JACK ‘n JILL Potato Chips ingin mempelawa peminat-peminatnya untuk menikmati semangkuk Asam Pedas Ikan di warung-warung yang mengambil bahagian di seluruh negara. Pada 13 November 2021, bawa bersama bukti pembelian JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan (bertarikh di antara 15 Oktober 2021 hingga 13 November 2021) untuk menebus satu set makanan bawa pulang berupa hidangan Asam Pedas Ikan bersama nasi putih.



Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk mendorong orang ramai menyokong perisa tempatan, tetapi juga pengusaha-pengusaha warung setempat terutamanya sepanjang tempoh sukar perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman Facebook jenama ini di @jnjpotatochips. JACK ‘n JILL Potato Chips juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Naim Daniel, yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu untuk musim yang kedua.

JACK ‘n JILL Potato Chip perisa Asam Pedas Ikan kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman seswang berikut.

Facebook Jack 'n Jill Potato Chips
Instagram Jack 'n Jill Potato Chips

#JacknJillPotatoChipsAsamPedasIkan
#JacknJillPotatoChipsWaaaBestnye
#JacknJillPotatoChips
#sapotlokal

0 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.