Lulu Grocer Amerin Mall Cawangan Ke-4 Lulu Hypermarket Dibuka Di Seri Kembangan

Hi semua! 25 Oktober lepas Kak Bell sempat berkunjung ke cawangan Ke-4 Lulu Hypermarket di Amerin Mall, Seri Kembangan. Sebelum ini semasa pembukaan outlet ke-3 di Setia Alam pun Kak Bell sempat pergi. Biasalah, mesti Kak Bell tak lepaskan peluang dengan tawaran hebat pembukaan outlet Lulu Hypermarket.


Untuk outlet ke-4 Lulu Hypermarket ini berbeza daripada 3 cawangan yang sebelumnya dan dikenali sebagai LuLu Grocer. Buat penduduk Balakong atau Seri Kembangan atau mereka yang tinggal berhampiran Amerin Mall boleh datang shopping barangan keperluan di sini.


Lulu Grocer Stor Runcit Pertama Lulu Group Retail

Lulu Grocer di Amerin Mall ini merupakan stor runcit yang pertama dibuka oleh Lulu Group Retail. Lulu Grocer ini berkonsepkan beli-belah barangan keperluan secara selesa, pantas dan mudah.


LuLu Grocer mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan lain. Amerin Mall juga terletak bersebelahan dengan Lebuhraya SILK, jadi LuLu Grocer memang mudah diakses dari arah Serdang, Cheras dan Kajang.

3 Hari TAWARAN PEMBUKAAN Bermula 25-27hb Oktober

Seperti yang kita semua maklum, LuLu terkenal dengan kebersihan, ruang membeli-belah yang luas, selesa dan harga terbaik. Buat pelanggan Lulu Hypermarket, sekarang ada TAWARAN PEMBUKAAN selama 3 hari bermula 25-27hb Oktober. Kalau opening outlet Lulu memang semuanya murah. Pastikan semak dahulu barang yang ada tawaran harga rendah dan murah.



Amerin Mall turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak kenderaan serta semua perkara yang akan menjadikannya Lulu Grocer sebagai tempat beli-belah kejiranan kegemaran anda. Pendek kata semua barangan dapur, barangan segar dan barangan kegunaan rumah yang lain ada di Lulu Grocer. Sempatlah Kak Bell shopping satu troley barangan di Lulu Grocer.

Antara barangan yang Kak Bell beli dengan harga tawaran promosi seperti beras Basmathi Sunflower (RM34.90; retail RM60), container 71L (RM29.90; retail RM52.99), sabun serbut TOP 2.1kg (RM8.99; retail RM15.90), pewangi ruangan Ambi Purr (RM3.99; retail RM6.90), tisu daput Scott (RM8.99; retail RM14.95) dan macam-macam lagi.




Sekiranya korang mencari kimchi, sambal belacan, keju, acar pelbagai jenis, cili jeruk, barangan kisar seperti bawang, cili dan sebagainya, bolehlah terjah ke bahagian Delicatessen. Kalau nak cari jenis kekacang dan pelbagai jenis kurma boleh cari di bahagian Roastery.




Antara tempat yang Kak Bell akan singgah mestilah bahagian Hot Food (Masakan Panas). Di sini ada macam-macam makanan yang sedap seperti nasi ayam mandy, nasi beriani, lasagna, ayam bakar dan pelbagai lagi pencuci mulut Arab. Memang ramai ya yang beratur nak tapau sebab harganya murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan kedai di luar.



Bersempena dengan hari pembukaan, ada beberapa hidangan yang ditawarkan pada harga promosi. Contohnya seperti beli 2 ekor ayam bakar akan dapat air coke 1.5 litter secara percuma. Di bahagian Bakeri ada disediakan aneka kek, roti, biskut homemade dan manisan. Selain produk in-house, terdapat juga jenama lain seperti Gardenia dan pelbagai lagi.

Jadi, apa tunggu lagi. Sebarkan berita baik ini kepada semua rakan anda yang tinggal berdekatan dan nantikan Tawaran Pembukaan Lulu Grocer yang Super-Duper. Memang berbaloi! Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial media rasmi LuLu Hypermarket di bawah:

2 comments:

  1. Memang best bila dapat shopping kat sini. Promosi 25-27 betul2 murah

    ReplyDelete
  2. Bilalah nak ada di JB yaaa, suka betul nengok sususan dan produk dia yang fresh nauu..
    Btw kemain laju yaaa load tukar template ni, kemas dan tersusun jee Bella..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.