Tip Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik & Senarai Air Fryer Terbaik Paling Laris Di Malaysia! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tip Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik & Senarai Air Fryer Terbaik Paling Laris Di Malaysia!

Trending

Tip Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik & Senarai Air Fryer Terbaik Paling Laris Di Malaysia!

Seperti namanya, 'air fryer' menggunakan udara untuk memasak makanan tanpa menggunakan api atau alat pemanas. Perkakas dapur yang satu ini, memang sangat sesuai untuk mereka yang ingin kekal sihat dan memudahkan kerja memasak di dapur. Berbanding dengan oven tradisional, air fryer tidak perlu dipanaskan (pre-heated) terlebih dahulu. Cuma mmasukkan makanan ke dalam ruang memasak dan tunggu sehingga masak. Dengan air fryer, masakan juga akan lebih sihat kerana sebanyak 70% penggunaan minyak telah dikurangkan.


7 Tip Bagaimana Memilih Air Fryer Terbaik

Sebelum membeli air fryer, ada beberapa perkara dan kriteria utama yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli seperti jenis air fryer macam mana yang hendak dibeli, berapakah bajet, kapasiti memasak dan beberapa perkara lain. Berikut adalah beberapa tip bagaimana memilih air fryer terbaik.

1. Jenis Air Fryer

Umumnya, air fryer terbahagi kepada 3 katogeri utama iaitu:
  • Air fryer jenis basket
  • Air fryer jenis turbo
  • Air fryer jenis halogen


2. Bajet

Terdapat banyak jenis air fryer dengan pelbagai harga. Ada yang bermula dengan RM150 sehingga kepada RM1,300. Secara purata, harga air fryer ialah lebih kurang RM300. Semuanya bergantung kepada jenama, model dan kapasiti yang diinginkan untuk sesebuah air fryer. Jadi berapakah harga sebuah air fryer yang anda ingin belanjakan?

2. Saiz / Kapasiti

Kapasiti merupakan salah satu perkara yang perlu diutamakan. Kebanyakan air fryer di pasaran mempunyai kesesuaian untuk keluarga yang mengandungi 4 orang ahli. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih ramai, cari model air fryer yang bersaiz XL atau XXL. Sekurang-kuranya dapatkan air fryer yang boleh memuatkan 1 ekor ayam sudah memadai.

3. Ciri-Ciri Yang Perlu Dicari

Selalunya kita akan membezakan di antara air fryer jenis digital atau analog. Tetapi ada juga sebahagian air fryer hanya mempunyai 1 tombol/knob kawalan masa dengan susu yang tetap. Rasanya lebih selesa jika dapatkan air fryer dengan fungsi kawalan suhu dan masa ketika memasak.
  • Tombol kawalan masa dan suhu
  • Pemasa (digital atau analog)
  • Mode dan aksesori untuk menggril
  • Program pra-set
  • Penggera apabila masakan sudah selesai


4. Kuasa Watt

Umumnya kita tahu bahawa kuasa air fryer yang tinggi, masa memasak pun singkat. Penggunaan elektrik bergantung kepada nilai kuasa watt dan jumlah masa yang digunakan untuk siap memasak. Saiz air fryer yang besar memerlukan kuasa yang lebih tinggi untuk memanaskan ruangnya yang besar dan memasak makanan yang banyak. Kebanyakkan air fryer dilengkapi dengan kuasanya antara 1000 – 2000 watt.

5. Fungsi Istimewa

Air fryer dengan fungsi Istimewa/multi fungsi untuk pelbagai jenis masakan juga adalah bonus. Pastikan air fryer dapat memasak makanan secara sekata dengan peredaran angin panas 360 darjah.

6. Senang Dibersihkan

Pastikan komponen basket atau bekas memasak air fryer yang senang ditanggal dan dibersihkan. Pastikan juga bahawa komponennya adalah anti-lekat (non-stick grill).

7. Maklumbalas Pengguna

Antara tips yang sangat penting untuk anda tentukan air fryer terbaik dan paling sesuai adalah dapatkan maklum balas dan komen dari pengguna.Jangan lupa membaca komen dan review daripada pengguna sebelumnya.

Setelah melihat beberapa tips pemilihan air fryer yang bagus untuk anda pertimbangkan, berikut jom lihat beberapa jenama dan model air fryer terbaik & jenama air fryer paling laris Di Malaysia!


10 Model Air Fryer Paling Laris Di Malaysia

1) Russell Taylor AF-24 (RM229.00)


2) Russell Taylor AF-34 (RM220.00)


3) Khind ARF22 (RM255.00)



4) Russell Taylor AF-25 RM218.30


5) Philips HD9220/20 (RM689.00)




6) Primada PCR1220 Rotatable 3D Air Fryer (RM297.97)

7) Philips HD9860 Air Fryer (RM1,449.00)
8) Philips Viva HD9623 (RM638.00)



9) Xiaomi Onemoon (RM189.00)


10) Tefal FX1000 (RM359.00)




9 Air Fryer Terbaik Di Malaysia

Di antara jenama atau brand air fryer terbaik di Malaysia adalah seperti Philips, Haier, Tefal, Airbot Morgan, Khind, Elba, Milux dan lain-lain. Jom kita lihat 9 model Air Fryer Terbaik Di Malaysia.

1) Pensonic Air Fryer PDF-2201


2) HETCH Digital Turbo Air Fryer DAF-1720-HC



3) Russell Taylors Air Fryer AF-34 XL 4.8L



4) Khind ARF3000 Air Fryer 3L



5) Tefal Fry Delight Air Fryer (FX1000)



6) Haier HA-AF253 Air Fryer
7) Airbot AF100 Air Fryer


8) Birkeshire AF-500-M XXL Air Fryer


9) PerySmith 4.8L 3D Air Fryer Ecohealth Series PS1520


Senarai 25 Air Fryer Terbaik Di Malaysia

  1. Hiraki AF105 (3.8L)RM139.90
  2. Yilizomana (7L) RM199
  3. Kelen Munoz Air Fryer (3.8L) RM125+
  4. Kelen Munoz KMAF5SSTDB (6.8L) RM229.99
  5. Panaletrik (3.8L) RM124
  6. Samu Giken (10L) RM399.90
  7. Riino AF510T (12L) RM539
  8. Primada PCR1220 (14L) RM359
  9. Hafele (25L) RM499
  10. Cuisinart (17L) RM1,559
  11. Corvan AF50 XXL (5L) RM338
  12. Airbot AF550 (5.5L) RM179
  13. Nakada NKD1100 (5L) RM229
  14. PerySmith Air Fryer EcoHealth Series PS1520 (4.8L) RM247
  15. Giselle KEA0202 (4.8L) RM180
  16. Khind Air Fryer ARF3000 (3L) RM126.90
  17. Russell Taylors AF-24 (3.8L) RM179.99
  18. Russell Taylors AF-34 (4.8L) RM229
  19. Russell Taylor AF-70 (7.7L) RM289.99
  20. Russell Taylor AF-55 (5.5L) RM329.99
  21. Hericaine Monda Digital Air Fryer (4.8L) RM186
  22. Philips HD9218 (0.8L) RM419
  23. HETCH Digital Turbo DAF-1720-HC (10L) RM385
  24. XiaoYueLiang Onemoon OA2 Air Fryer White (4.5L) RM169
  25. Gaabor Air Fryer GA-M4A (4L) RM189
  26. Gaabor Air Fryer GA-M35A (4L) RM139

**Sumber : https://iprice.my/compare/
**Harga adalah berubah dari platform Shopee & Lazada

Boleh dikatakan semua air fryer yang ada di Malaysia sangat versatil dan boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis resepi masakan. Tetapi untuk sayuran segar hijau agak kurang bersesuaian kerana air fryer akan mengurangkan nutrien dan menjadikan sayur cepet kecut dan hangus. Apapun bolehlah rujuk buku panduan yang disediakan oleh jenama penyedia air fryer anda.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post